Tuesday, May 31, 2016

Choc moist cake version pemalas



Self reference. Kek favourite anak anak sy..mujola derang x minat pavlova ke..kalau tak mau berpeloh mak mengadun bahan kek..hehehe

Resepi yg ni simple nk ikut sbb ikut sukatan cawan..sy pakai cawan sukatan untuk baking..kalau xde, uol pakai je cawan yg dlm kabinet tu. 

Choc moist cake

Bahan A 
2 Cup tepung kek
3/4 Cup serbuk koko

ayak

Bahan B

3 biji telur gred A
1 cawan minyak masak / melted buter
2 cawan castor sugar (sy kurang kan)
1 cawan susu cair
1 cawan air suam
1 sudu teh nescafe

Kalau rajin blend la guna handmixer. kalau datang penyakit M, pakai je blender biasa..blend for 4-5 minutes

Tuangkan bhn cecair dlm bekas, tuangkan bahan yg diayak sikit demi sikit dan kacau sampai sebati xde ketul ketul

bake at 180deg C for 50 minutes or sampai bau wangi. cucuk dgn lidi kalau takde adunan melekat kt lidi, dah masak le tu.

Bahan C- topping chocolate

1 Bar cooking Choc
1 cube kecik butter (agak agak je)
3 sudu susu pekat manis
3 sudu susu cair

masuk microwave agak choc mencair cair, keluarkan dan kacau cepat cepat untuk sebatikan bahan

tuang atas kek..tabun choc rice..done.

Monday, May 30, 2016

Busy weekend

Malas pulak nk udate blog ni. Mcm mcm peristiwa berlaku, momen indah dan tak indah dlm masa beberapa minggu ni. Saya cuba ingat semula:

last weekend 21.5.16 - Mommy bawa anak anak pusing penang island. early morning ikut ayah singgah office ayah kejap siapkan kerja ayah, then terus ke balik pulau mkn pasemboq, mee rojak, mee rabus. after that singgah gerai durian, mkn durian and tapau more durians for our neighbours. Sepanjang jln dr balik pulau ke teluk bahang, we stopped at several hot spots and then pergi ke Penang Hill. Ptg pulak singgah Hammer Bay, restoran seafood dekat area Queensbay makan ikan bakar maghrib baru sampai rumah.

On 26.5.16, Ada small birthday party sempena Birthday my daughter, Aisya Sufia 2 yrs old and my nephew, Azim Danish 1 yr old di rumah arwah moyang Aisya. Alhamdulillah acara mkn mkn sgt seronok We ordered Butterscotch cake and it was delicious. ada tit bits sikit for kiddos. Yang penting dpt celebrate dgn atuk and nenek Aisya dan nenek sedara Aisya.

28.5.16 - Early morning  we were at Dewan Sek Vokasional SPT because the twins were selected to participate in story telling competition. Both boys performed very well considering it was their first experience doing public speaking and they look relax even though there were some part which they forgotten the script..lol . Amar got 2nd place in story telling in English and Amir got 3rd place for story telling in Bahasa Melayu. ok la kan walaupun tak dpt ke state level. Congratulations sons. I am a proud mom. *Aryan x dpt ke 2nd round tilawah dan terjemahan sbb dia lupa terjemahan surah Ad Dhuha. Mommy still bangga dgn aryan sbb mommy tahu Aryan boleh buat lebih baik cuma mas tu mungkin Aryan nervous. :)

Today, we were invited to attend Hari Keibubapaan peringkat parlimen batu kawan. I tried to decline the invitiation sbb rasa mcm penat sgt dua minggu ni. Tapi nama je invitation, we have no option but to go.. hehe so insyaAllah in a few hours, early morning we all kena tadah telinga dengar parenting tips. I have went through the itinerary, the talk is focusing on raising kids with nutritious food. mknn sihat untuk perkembangan otak yg sihat. Hmm mcm semua parents dah tahu.. Tgkla mcm mana esok.

tu je nak update. Kbai

Thursday, May 19, 2016

Progress rumput jepun di laman

Yea! Musim hujan..rumput dah start galak merebak. Alhamdulillah..

Gambar 3wks ago

Gambar last week

Actually kalau tgk progress minggu ni  dah byk area yg ditutup rumput. Misi mengecat tembok masih lom mula. Kemalasan melanda. 

Wednesday, May 18, 2016

17.5.18 Dinner @Western Food & Claypot @Jawi

 Just a random pics mommy ambil masa dinner dkt satu restoran western.. kt situ tulis by Chef Zul..siapakah chef zul? femeskah? hehehe

kitaorg lapo..waktu maghrib terus google cr kedai jual lamb chop berdekatan. so kedai ni lah yg org bg review lamb chopnye sedap. so kitaorg bergegas gi lepas solat maghrib. Jaraknya just 15 minutes drive dr rumah. Kalau nak gi, keluar exit Jawi, lepas tol, ambik kanan..nampak stesen minyak sebelah kanan..then adaderet kedai lepas stesen minyak..kedai tu dekat deret kedai tu lah..jarak dlm 500m je dr simpang keluar tol.

Masa sampai ada lima family kt situ..tp meja mkn byk je..so kitaorg rasa selesala cuma xdela air cond bagai. tgk menunya..menu standard western food..takdela superspecial mcm Grellas.. hmm sebut Grellas je..drooling. lamb gril spagetti Grellas the best eva..*drooling lagi

Neway, kitaorang order Grilled lamb chop, grilled chicken with spagetti, fish n chips dan nasik ayam (Adam le ni..tekak melayu)

air stendedla neskepe ais, milo ais. lagi pun kt menu takde air special untuk diorder..air nye level kedai kedai tomyam je.

bila menu sampai, portion nye mmgle besar. sy rasa sos utk lamb dgn chicken sedap. cuma side dish nya stendedla, ada fries, potato bun (mcm tka berapa masuk je) sekeping daun salad dan dua keping timun..ekeke . kitaorg mkn takde rungutan..masa bayar pon takde rungutan..RM61.70.. kehkehkeh..

kalau singgah jawi, taktau nk gi mkn mana, boleh la try mkn kt situ..tapi hiway je..next time nk try claypot asam pedasnye..tak taula best in town ke idak. nanti iol komen eh..



er tgk gambo blkg aryan..tu la gamaknya wajah chef zul tu..misteri sgt





Sunday, May 15, 2016

Tilam/toto patchwork untuk newborn

AS Salam

PENGUMUMAN

Saya menjual tilam patchwork untuk baby.  Ada pelbagai corak yg sangat sangat comel cute untuk baby. Sipenjual pun geram tgk corak corak yg ada ni..tapi dah takde baby dah..Caca dah tak muat dah tido atas tilam tu..dia kena tido atas tilam queen size sbb tido lasak. hehehe

BTW  Whatsapp sy untuk dptkan latest corak yang ada. All ready stock..Anda bayar, kami pos. insyaAllah.


BABY TOTO 5PC SET PATCHWORK READY STOCK
READY
RM105

POST RM8 SM RM26 SS

Size : 65 x 90cm
1 Pillow
2 Bolster
1 Bed Cover
1 Toto Baby
KELEBIHAN

berkualiti bagus
jahitan kemas dan cantik
kain sejuk
tidak mudah berkedut
boleh dicuci dalam mesin basuh












Saya nak kurus..sobs

Saya jarang sgt rasa nak kurus..saya cuma akan merungut tak habis pasal nak kurus ni masa pregnant je..lepas tu dah tak sempat nak merungut, berat badan saya turun dengan cepat. Adalah sikit saki baki baby fat especially tang perut and peha. kekeke

Tapikan, sejak saya tak kerja ni, dalam masa tiga bulan pertama, berat saya bertambah 5kg! bygkan anda membeli beras 5kg, try kendong tgk..ha tu lah tambahan berat sy. aduhai..biasanya bila sy try be active sket and kurangkan makan, berat badan sy akan go back to normal la..range dlm 55-58kg.. tp now dah 60++.. betullah kata orang..bila umur meningkat, mulalah kita akan concern about beauty and health. kesihatan first, beauty second.. Tambah tambah pulak bila en hubby asek highlight, life begin at 40..his life la tu..bahaya nih...mak kena slim balik mcm dolu dolu demi kesejahteraan rumah tangga iol..

BTW dulu saya mmg gemok..masa form 5, berat sy 68kg okeh..debabs sgt..masuk matriks di USM, sem pertama sy rilek lagi..sem kedua dah panik sbb xde boyfren.kahkahkah..gile. pastu beli running shoes..sy memilih berjln kaki dari dewan kuliah matriks, atas bukit ko...mau semput memanjat (skrg dah takde dah matrikulasi USM) ke hostel desa permai (tempat shooting filem alisetan yg femes tu)..skip lunch, breakfast ala kadar, cuma sy dinner dgn fresh milk, apple and roti sket..mmg gila..sy kurus kering. kira berjaya la bila kita desperate kan? Lepas berjaya, tup tup dpt la boypren. *ok buang masa je..adik adik jgn bercinta masa belajar. naseb baikla berjaya grad dan jadi engineer.

Pastu berat badan naik sket bila kerja..senang hati kan..55kg camtula..just nice untuk ank dara..kekeke pastu putus cinta..tinggal tulang balik.. ekeleh..nak muntah bila fikir. tp masa kurus tu la En hubby pandang i, sebelum ni sket tak pandang, cakap dgn kite ni pandang tempat lain kemain sombong dia..tetiba je pas iol kurus, dia start sengih lain mcm..nampak cun kot badan nipis melayang tu..hahah  p/s: I love u sayang.. :P

Untuk anak anakku, Adam, Amir, Amar, Aryan, Caca.sila jangan langkah mommy ni ye..buang masa je bercinta time belajar. Sila belajar rajin rajin, betulkan niat mencari ilmu kerana Allah..insyaAllah tiba masa dan jodohnya, korang akan dpt pasangan kesyurga.

Ok berbalik pada permasalahan sy yg gemuks ni. apa yang sy buat dlm sebulan pertama ni..not much..kawal kalori intake, sedikit plank, burpees dan squat exercise. takcukup! metabolism sy low sgt..and saya tak boleh control pengambilan coffee..saya akui sy coffee addict. kronik boelh migrain kalau tak ambil. orang kata minum satu mug coffee, mmg semalaman tak tido... sy minum 3 mug, sy boleh kerabat atas katil and zzzz

Next phase, ada dlm 3 wks before puasa, sy kena jog, main football dgn my boys and kejar ecah dekat playground. itupun kalau hari tak hujan lah..

seriously sy sgt concern dgn ukur lilit pinggang saya..lemak lemak please go away..

target in 2 months, berat 55kg..amin amin..



Wednesday, May 11, 2016

Girls outing day + tulangnya retak.

Secawan caramel latte + my princess,aisya =I am a happy lady

Bawa my baby gi penang island sbb hantar hp en hubby tg tertinggal dirumah. Lepas tu bawak caca gi mengopi bg dia happy sket main dkt playground lepas lama kena kurung dirumah.

AlhamdulillH..caca dah nmpk ok lepas seminggu dia jatuh dr dining chair. Tulang siku retak. Dah nama budak-selagi boleh tahan sakit tu, kehidupan riang ria diteruskan mcm biasa. Haisy..memanjat guna sebelah tgn pun boleh. Mami yg kena perhati tgn caca takut dia byk sgt guna nanti bengkak pula.

Dr yg rawat x de buat apa peocedure pun...tulang retak tu sikit je dan akan ok sendiri. Caca adalah anak ketiga dari lima orang anak gg tulang retak dan patah. Kejadian pertama masa.amir jatuh playpen di taska..tulang siku jugak..patah. Kena operate masukkan dawai..ikat, disimen..lepas sebulan kot doc tarik dawai tu dr siku. Alive! Mak nebes takut dia meraung tp dah nama anak jantan..rilek je dia buat.muka pelik tgk dawai disiku ditarik keluar.

Next yg kena adalah aryan masa dia sebaya caca. Jatuh de katil dirumah adik. Dia panik sbb xde org dlm bilik. Tulang bahu aryan retak. Tiga minggu camtu dah sembuh..takde simen ke apa..doc cuma balut bandage besar keliling badan ikat sekali tgn tu xnak kasik gerak. Gitu la

Now aisya pulak..kesian baby mommy..mujur aisya brave girl..walaupun meraung dlm bilik xray mcm tgn dia patah empat bhgn..huhu alhamdulillah Allah masih pinjamkan Adam, Amir,Amar,Aryan dan Aisya dlm keadaan sihat dan ceria. Semoga anak anak mommy sentiasa dibawah lindungan Allah s.w.t

P/s akhirnya mommy dpt kad ucapan hari ibu dr Adam. Sgt costdown..haha penjimat betoi anakku. Apapun tq ye nak mommy hargainya.