Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Wednesday, March 7, 2018

Mengisi borang E Filing LHDN secara Online 2017

Pagi ni terasa suatu accomplishment bila rumah dah siap berkemas,mendobi, siram pokok dan..... isi borang e filing suami dan diri sendiri.



Saya memang tak bekerja, tapi ada income bisnes kecil kecilan, saya tetap akan ishtiharkan. Jadi surirumah pun kena juga isi e filing. Sebagai PA suami, income dia pun saya tolong declare, siap ada lebihan PCB terlebih bayar lagi. Duit yang akan dipulangkan LHDN akan jadi upah saya lah:)

Adakah susah untuk mengisi borang LHDN tu?

Taklah, cuma pastikan untuk claim rebat cukai, ada segala resit (untuk pembelian buku, majalah, laptop, ipad, langganan internet, receipt pembayaran hospital ibu bapa),surat pengesahan doktor untuk ibu bapa, etc..di sediakan, disimpan dari awal tahun.

Dokumen sokongan ni hanya diperlukan jika LHDN menghubungi kita untuk diaudit.

Dan paling penting, jangan salah isi borang ye..baca betul-betul kegunaan setiap borang, ada untuk bisnes, makan gaji dan sebagainya. Kalau tak tahu isi online, pergi je ke kaunter LHDN, staf LHDN dengan gembira akanmembantu uols

Selamat ber e-filing!


Wednesday, March 19, 2014

simplicity and minimalism




Hari ni saya melayan blog blog yg berkongsi tips untuk hidup mudah, iaitu simple life dan minimalist.

Seronok jugak melayan blog yg discuss pasal ni especially bila byk tips2 DIY, menggunakan kreativiti yg ada untuk menghasilkan sesuatu yg berguna untuk kegunaan dlm rumah tanpa perlu menggunakan wang yg byk.

menarik. antara idea yg boleh digunakan untuk menjimatkan wang, selamat untuk kesihatan juga:
1. tanam organic veggies and fruits
2. preserve hasil tanaman sendiri. mcm kita buat jeruk tu la..
3. homemade soap and detergent liquid
4. recycling
5. reuse things jadikan brg keperluan rumah yg lain
6. homecook from scratch- plan ahead menu
7. Plan for groceries shopping - pergi ke convenient stores yg ada SALE. beli byk2 buat stock
8. jimatkan wang, berli brg keperluan bukan kehendak. dgn cara ini, anda boleh berjimat untuk achieve financial freedom. pencen cpt. tak perlu rat race cr rezeki pagi buta tinggalkan anak2

sesungguhnya kenapa sy sibuk to blogroll entrysebegini? sbb dua hari ambik emergency leave, dua hero saya sakit. hr ni masih belum sihat sepenuhnya, tp sy kena bekerja. rasa mcmsakit hati bila fikir sy bekerja untuk wang bayar hutang.

so nak cpt berhenti kerja..kena ubah lifestyle. Live a simple life. eceh mcm skrg extraordinaire sgt life ku..kekekek



Wednesday, January 22, 2014

We Love u Rasulullah S.A.W

Seratus Sunnah Nabi s.a.w Dalam Kehidupan

1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8-Baca Doa Selepas Wuduk
9-Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat
11-Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Sembahyang Berhadang
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
22- Sembahyang Dhuha
23-Qiyamullail
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba’
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28-Sembahyang Istikharah
29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur
36- Sahur (Puasa)
37- Segera Berbuka Puasa
38-Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua (Musafir)
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
48- Doa Ketika Pakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
50- Baca Bismillah Ketika Makan
51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
52- Minum Dalam Keadaan Duduk
53-Berkumur Dengan Susu
54- Tidak Mencela Makan
55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan
56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri
58- Banyak Membaca Al-Quran
59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
61- Bertasbih
62- Mendoakan Orang Yang Bersin
63- Doa Untuk Pesakit
64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
65-Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
66-Berdoa Ketika Hujan Turun
67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
68-Baca Zikir Dalam Majlis
69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
70- Berdoa Ketika Angin Bertiup
71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
73- Menyebarkan Salam
74- Menuntut Ilmu
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
77- Akikahkan Anak
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
79- Melawat Pesakit
80- Senyum
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
83- Tutup Mulut Apabila Menguap
84- Sangka Baik Terhadap Manusia
85-Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
86- Sunnah Fitrah
87- Menjaga Anak Yatim
88- Menjauhi Marah
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
90-Bersedakah Jariah
91- Membina Masjid
92-Telorensi Ketika Berjualbeli
93- Menghilang Gangguan Jalan
94-Sedekah
95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah
96- Membunuh Cicak
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
98- Memberi Nafkah Keluarga
99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf
100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit

Jom jadikan 100 tu amalan hidup.

Monday, November 26, 2012

Tentang akhir Zaman

Hadis Rasulullah S.A.W tentang akhir zaman (hampir kiamat)
 







kiamat sudah dekat, Tidakkah kita mengetahui. Sejauh manakah amalan kita, layakkah kita untuk menghadap Allah yang Maha Esa, Adakah amalan kita sudah sempurna..?? Sejauh manakah keimanan Kita kepada Allah...?? Marilah kita sama-sama renungkan dan fikirkan sejenak akan akhirat jangan terlalu taksubkan dunia....


Antara Hadis Rasulullah S.A.W Tentang Akhir Zaman Ialah :


Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." * Sahih Bukhari*

Zina bermaharajalela.

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." * Sahih Muslim*

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." * Abu Hurairah r.a*

Bermaharajalela alat muzik.

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" * Ibnu Majah*

Menghias masjid dan membanggakannya.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" * Riwayat Nasai.*

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." * Riwayat Ahmad dan Hakim*

Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." * Riwayat Ahmad*

Orang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" * Riwayat Thabrani*

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." * Riwayat Ahmad*

Bulan sabit kelihatan besar.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." * Riwayat Thabrani*

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" * Sahih Muslim*

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" * Riwayat Ahmad*

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai* Sahih Muslim*

Semua tanda2 yang Rasullah SAW nyatakan sudah ada, yang terkini..Salji turun di Dubai (BH, 31 Dis.2004).Sesungguhnya Allah telah memberikan peringatan kepada manusia.

Mungkin ada yang pernah terbaca artikel ini,tapi just utk kongsi bersama2 kwn yang belum baca...
jihad fisabilillah..

Tuesday, April 17, 2012

Doa untuk bebas dari hutang dan kesusahan

Petikan yang saya ambil Blog Ibu Hebat:

Pada suatu hari, Baginda s.a.w masuk ke masjid, kata Abu Sa’id al-Khudri, lalu baginda melihat seorang lelaki Ansar bernama Abu Umamah sedang termenung, pada wajahnya tergambar kedukaan. Kemudian baginda Rasul bertanya, “Apa yang engkau buat di sini pada waktu begini, wahai Abu Umamah?” Abu Umamah menjelaskan, “Aku sedang  bingung kerana terlalu banyak hutang, ya Rasulullah.”Lalu Rasulullah s.a.w bertanya, “Mahukah engkau aku ajarkan satu doa yang dapat melangsaikan hutang-hutangmu dan melenyapkan duka dan kesedihanmu?” Abu Umamah berkata, “Tentulah aku suka, ya Rasulullah!”
“Bacalah setiap pagi dan petang doa ini,” kata baginda Rasul. Bacaan yang dimaksudkan baginda tersebut ialah, 


“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu daripada (sifat) pengecut dan bakhil, dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kezaliman manusia.” 
(Riwayat Abu Daud). 
Kemudian Abu Umamah berkata, “Doa tersebut aku amalkan dan akhirnya Allah s.w.t menyelesaikan hutang-hutangku, begitu juga kesusahanku.