Wednesday, March 7, 2018

Mengisi borang E Filing LHDN secara Online 2017

Pagi ni terasa suatu accomplishment bila rumah dah siap berkemas,mendobi, siram pokok dan..... isi borang e filing suami dan diri sendiri.



Saya memang tak bekerja, tapi ada income bisnes kecil kecilan, saya tetap akan ishtiharkan. Jadi surirumah pun kena juga isi e filing. Sebagai PA suami, income dia pun saya tolong declare, siap ada lebihan PCB terlebih bayar lagi. Duit yang akan dipulangkan LHDN akan jadi upah saya lah:)

Adakah susah untuk mengisi borang LHDN tu?

Taklah, cuma pastikan untuk claim rebat cukai, ada segala resit (untuk pembelian buku, majalah, laptop, ipad, langganan internet, receipt pembayaran hospital ibu bapa),surat pengesahan doktor untuk ibu bapa, etc..di sediakan, disimpan dari awal tahun.

Dokumen sokongan ni hanya diperlukan jika LHDN menghubungi kita untuk diaudit.

Dan paling penting, jangan salah isi borang ye..baca betul-betul kegunaan setiap borang, ada untuk bisnes, makan gaji dan sebagainya. Kalau tak tahu isi online, pergi je ke kaunter LHDN, staf LHDN dengan gembira akanmembantu uols

Selamat ber e-filing!


Monday, March 5, 2018

Dekorasi bilik anak lelaki

Alhamdulillah my boys ada dua bilik setiap satu bilik dikongsi dua orang. memandangkan baru tiga bulan berpindah, banyak laki kerja susun atur, renovation akan dibuat dalam setahun dua ini. insyaAllah
Bilik pertama, bilik anak kembar saya, Amir dan Amar. Tema warna yang saya cuba adakan adalah biru putih. Suami buatkan rak buku sekolah. itu sahaja yang baru, segala perabot yang lain memang perabot sedia ada yang saya bawa dari rumah lama..konsepnya jadi mix and match.
jadilah kan untuk masa sekarang. penambahbaikan akan dilakukan sedikit sedikit.
Bilik kedua masih lagi huru hara, penuh dengan kotak dan tools DIY suami. saya hanya sediakan satu corner untuk menyusun buku sekolah anak sulung dan keempat, Adam dan Aryan.
Angan-angan nak create tema warna hitam kelabu putih, warna selamat untuk anak lelaki. saya akan kongsikan progress deko kedua bilik ini nanti.




Homeschool Aisya 4 tahun

Tahun ini sepatutnya Aisya ke Tadika. Tapi Aisya belum bersedia untuk berenggang dengan maminya
Sejak menjadi suri rumah, Aisya memang langsung tak boleh berenggang dengan saya. kalau dia keluar bermain dengan abang, setiap 10minit dia akan cari saya. Aduhai
So, this year masih ok untuk tidak ke sekolah, tapi saya homeschool si kecil ini di rumah. Saya mengajar Aisya mengenal alphabet, phonic reading, coloring, dan basic menulis. Saya tak membeli mana mana kurikulum yang banyak di jual di internet. Cukup sekadar menjadikan website homeschool mom di luar negara dan dalam negara sebagai rujukan.
Pagi ini, Aisya bermain Kinetic sand. Saya biarkan dia bermain sendiri sementara saya menyiapkan housechores. Tak ada rigid schedule untuk Aisya. Apabila saya agak kelapangan, saya akan adakan sesi bercerita dan membaca buku phonic.
Alhamdulillah, Aisya kini sudah habis buku 2 Bacalah Anakku. Saya belum memulakan buku 3 kerana ingin pastikan Aisya betul-betul familiar dan lancar dengan content di dalam buku 1&2 baru bertukar ke buku 3.

Potong rambut

Hari Ahad lepas, saya membawa anak anak ke kedai gunting rambut di kampung saya. Konon hendakkan kelainan, saya memcuba di kedai gunting rambut ala hipster.

Tapi, lepas digunting, rambut anak anak saya berjambul pula. Ala style rambut remaja sekarang tu. Bagi saya memang kemas hasil kerja adik adik barber ni, cuma tak sesuai untuk pelajar sekolah. Masalahnya, saya tak sampai hati nak mintak tukang gunting betulkan bila saya tengok muka diaorang kepuasan dengan karya seninya.

Ternyata sangkaan benar belaka, hari ini anak anak pulang dengan memberitahu yang cikgu menegur style rambut dioarang dan cikgu menyuruh memotong pendek rambut masing masing. lol

Daru sekolah terus saya bawa semua ke barber shop berdekatan rumah, untuk di alter semula  rambut diaorang. Kali ini, rambut dipotong mengikut piawaian sekolah..nak berfesyen, tunggu habis SPM ye anak anak.