Cerita semalam saya dah kongsi di FB dan IG saya.
Waktu dinner, saya makan di dinning tablr sambil menonton TV Ecah pula memanjat dining chair dan kemudian ke sofa. Saya tegur minta dia turun takut pula jatuh kan.. instinct mami memang betul, tak sampai seminit saya tegur, Ecah jatuh posisi mengiring betul betul depan saya.
Saya nampak bahu terhempas ke lantai, kemudian kepala.
Ecah menangis. Bunyi lain macam, kesakitan. Hati dah terasa, mesti ada tulang yg crack atau patah
Saya bertenang, dah biasa dah dengan insiden patah hidung, bahu, siku abang Ecah.
Saya dan hubby tenangkan Ecah pujuk dia sambil periksa bahagian yg sakit. Sebabkan dia dah calm sedikit, saya beri paracetamol dan Ecah tertidur
Tengah malam hingga ke pagi dia terjaga bila tak sengaja beralih posisi badan. saya ikat lengan ke badan menggunalan shawl supaya dia tak gerakkan tangan waktu tidur.
Esoknya awal pagi Ecah dah bangun makan biskut chipsmore dan milo. Dia dah tenang cuma sangat hati-hati bila bergerak. Saya mandikan dan pakaikan baju tanpa masalah. Dalam hati, mungkin hanya terseliuh, apapun harus bawa ke klinik untuk diperiksa doktor
Di KK Penaga, walaupun ramai sebab Ecah kanak-kanak, Ecah dapat fast lane untuk jumpa doktor.
Lady doctor, dia menyuruh Ecah mengangkat tangan, amazingly Ecah bolrh mengangkat. Doktor memberi komen, mungkin tak patah tapi kena xray untuk kepastian.
Result Xray ditangan. Juru Xray awal lagi beritahu saya yang tulang bahu Ecah patah. Aduhai kasihan Ecah.
Disebabkan kes patah tulang, doktor di KK mintak refer ke Hospital Seberang Jaya di Klinik Pakar Ortopedik
Maka, teruslah saya drive ke HSJ bersama Ecah. Saya mintak hubby jemput anak-anak yang lain dari sekolah.
Cut short cerita, doktor orthopedic di HSJ decide untuk tak buat apa apa, biar tulang heal sendiri dan akan di monitor dari sekarang.
Ecah di pakaikan armsling dari kaintiga segi macam masa saya belajar waktu aktiviti pengakap. hehe
Pulang ke rumah saya tukar ke arm sling Aryan yg patah tulang bahu juga dulu.
Hari ni Ecah ceria semula..walau sakit, dia mampu tolerate dengan kesakitan. Semoga cepat sembuh princess mami.