Monday, March 5, 2018
Dekorasi bilik anak lelaki
Saturday, April 23, 2016
Gardening
Sekarang ni, setiap pagi asal keluar je, sy akan bertegur sapa dgn jiran, kak raziah yg akan membelek pokok pokok nya di laman. sy ceburu. beza dgn rumah sy yg tanah berbatu, kosong, plain..dinding tembok yg tak bercat, berlumut. mulalah sy rasa 'hangat' nk berkebun kembali.
so sy start replant semularos jepon yg tak terjaga tu (itu je antara pokok yg sy dpt angkut bersama dgn pokok limau purut dan pokok daun kari) menggunakan plastic type pot yg sy bawak masa pindah. pasu pasu berat terpaksa ditinggalkan pada owner rumah yg baru. takpe sy ikhlas bg walaupun sedih.
skrg ni dah ada enam pasu ros jepun pelbagai warna..baja semula pokok limau purut dan daun kari.dah nampak start tumbuh pucuk baru. alhamdulillah. masa kitaorg gi shah alam atas sbb penjualan rumah, sempat lagi singgah nurseri pokok sg buloh hanya beli 4 keping 2*1ft japanese grass. Sedih sebab tak dpt beli banyak sbb kami hanya naik myvi sahaja waktu tu..so tak muat kereta..huhu.. dgn 4 keping ruput tu en hubby pecahkan ke kepingan kecil dan replant kt laman yg berdebu tu.En hubby hanya directly tanam atas tanah yg digembur sedikit. Kami tak fertilize tanah tu, so mengharapkan nasib je la utk rumput tu hidup. malangnya dgn musim elnino skrg ni, ada tompok rumput yg tak dpt survive..dah lebih sebulan ditanam..ada bhgn yg nmpk galak menjalar..dan ada yg bercantum. mcm bela anak, setiap hr sy belek progress rumput rumput tu..huhu ada masa sy snap gambor laman kosong sy.
Rasa smgt utk berkebun semula especially sayuran. sblm ni kami tak perlu beli sayur sbb sayur favourite mcm sawi, bendi, kailan dah tersedia ditanam..tomato pun ada..sy pernah share ttg veggie garden sy sblm ni.
tgh fikir nak buat veggie bed sbb senang nk control tanah dan weeds..tgklah nanti lepas settle projek bilik belajar anak anak. skrg ni sy hanya tmbh koleksi orkid je and satu spesis pokok apa tah sedekah dr my daddy.
Hari ni seharian sy study pasal permaculture, sustain living farm.. untuk info boleh je search di you tube,.byk video yg di share ttg permaculture technique ni. Sy berkobar nak beli tanah di kawasan kampung. sedang eyeing tanah lot or tanah kampung untuk dijual. This time sy tak nak fikir lagi untuk beli rumah siap dr pemaju sbb kata je rumah mampu milik actually org kaya je yg mampu milik..kami rakyat marhein yg susah ni hanya mampu tengok. insyaAllah dgn tulang empat kerat en hubby, kami akan bina tempat berteduh kami dihari tua nanti. for now, sewa je rumah di Penang ni sbb harga rumah di PEnang aduhai sama je mcm di Selangor. Rumah mampu milik kerajaan negeri hanya boleh dibeli dgn bersyarat, mengundi di penangla, menetap lebih lima thn di Penang etc. So kami tak layak untuk apply. Rumah sendiri di kampung akan jadi weekend house smapai lah en hubby pencen. itu plan kami. insyaAllah.
Kalau dpt beli tanah lot, bestnye kalau sy dpt buat permaculture farm. bela ayam itik, pokok buah, sayuran, pokok landscape, flowers..amboi berangans.. mmg jiwa kampung habislah! hehehe
Kita hanya merancang, Dia yg menentukan segalanya. Semoga yg mendatang baik baik shj. Amin.
Pic throwback garden di rumah lama sy, tinggal kenangan..owner baru dah start renovate bhgn tepi rumah rasanya..sayu hati kalau fikir. huhuhu
Wednesday, April 20, 2016
Susun atur Buku, toys, stationaries dan superheroes... sigh
Entry kali ni saya nak bebel pasal anak anak teruna saya yang memerlukan didikan disiplin yang tinggi. Haih...dah nama pon anak lelaki kan, selipar dan kasut berselerak, beg sekolah saya ckp simpan dlm bilik, diaorg campak betul betul depan pintu bilik. Buku sekolah mcm belacan, siap bergulung setiap bucu (except Amir yg nampak agak cermat dgn buku dan brg sekolah beliau). alat tulis mmg sentiasa kena topup..sy rasa almost every month sy akan termenung kt rak stationaries kt supermarket nk memilih stationaries yg murah tp berkualiti. huhuhu..
Masa awal sy pindah dirumah sewa ni, mulanya sy malas nk menyusun atur buku dan barang sekolah anak-anak. Walaubagaimanapun, setelah terjebak dgn blogger blogger yg homeschool anak, termasuk my pren http://dyanayusuf.blogspot.my/ yg br je update bilik study anak beliau, sy rasa cemburu, why not sy pon kemas bilik anak sy supaya lebih bersistematik dan selesa untuk anak belajar..bukanlah decor nak rak mcm dlm pinterest tu, tapi keywordnya susun atur dan sistematik. senang sy nk cari brg, senang anak nak kemas semula lepas guna.
Disebabkan skrg ni sy gigih mengajar anak sy ala ala home tuition after school, sy rasa mmg menjadi satu keperluan untuk sy sediakan bilik belajar yg selesa dan condusive gitu...
Permulaannya sy rasa nak meniru blogger organizing dgn membuat ala ala family command center..nyampahkan? mesti nak tiru orang..hehe
so saya try nk be creative la konon...siap ada idea board..poyos jugakla..tp dah xde keje nak buat, so sy buatla..hehehe
Then datang idea nk buat homeschool area siap whiteboard bagai..berpuluh jam sy spend dok menelek picture homeschool room tour kt google and pinterest..terinspire la jugak. so saya mengambil inisiatif untuk mula membuat online shopping beli brg murah murah untuk sy organize brg..some item dah sampai..ada lagi on the way. excited dgn idea 'bilik belajar' untuk anak anak..en hubby pulak mcm menyokong tak kesah. iyela..kalo dibangkang mau meroyan bini dia ni..mulalah kuar ayat mentangla sy oswaif, takde duit, bla bla bla..huhuhu
so ni antara kejadian yg berlaku...
![]() |
| Ni bilik study Adam/bilik buku/ toy ni. br 30% habis susun..tgh menunggu lagi dua rak untuk sy susun toys dan more books.. |
![]() |
| White board dan magazine rack ikea. dua dua baru sampai. bilik ni sy nk jadikan bilik aktiviti anak anak .insyaAllah |
![]() |
| Alat tulis, temporarily di letak atas rak ikea. guna tin susu pekat manis je..n labelkan. partly finished project. tgh menunggu 'rumah' mereka tiba |
skrg ni problem sy, sy bekerja (cr material untuk mengajar superheroes, teaching plan ..haaa engko jgn memain..) di meja mkn ikea sy..meja tu dah jadi part time meja belajar myboys and meja mkn time dinner. kt situlah sy buatreading session dan 1 to 1 teaching basic subject mcm Sains, maths, bahasa...
disebabkan kurang selesa, mulalah sy mengusyar meja kerja (sy ada meja di bilik study tp dah di hijack adam, anak sulung) so mommy terasa nak mencari meja yg ala ala scandinavian style (terpengaruh pinterest lagi..sigh) terpesona dgn meja tulis dr nesthouz ..tak sure eja betul ke tak. harga affordable tp masih kena penuhkan tabung ayam saya dahulu.
Terlalu byk project nk buat, projek biasa biasa shj untuk uols tp sgt mengujakan sy..termasuk idea gila mencari pendapatan sbg WAHM..tp takpe tu lmbt lagi. off topik pulak
BTW, kesimpulannya, biarpun rumah sewa, kalau nk hidup tak serabut, kenalah rajin kemas kemas.. sy memilih untuk menjadi minimalist, slowly sy nak sort brg yg tak perlu untuk dilelong atau bg org atau masuk tong sampah.insyaAllah
Rumah kecil saya, Syurga dunia saya. :)
Monday, April 4, 2016
Susun atur Hidup
Wah pagi pagi dah update story eh..maklumla ada terlebih masa waktu pagi, after school dlm pukul 1 baru mommy jadi super busy. Rutin pagi mcm biasalah have a mug of coffee, bg aisya tgk you tube nursery rhymes- her current fav songs are Johny Johny Yes Papa & bismillah Song. Dah seminggu sy demam selsema. dua minggu lepas aisya demam panas...lepas tu boys, then mommy pulak kena. lama saya tka demam, bila kena mmg kow kow teruknya.
Rutin pagi mcm biasa akan ngadap laptop baca paper pasal research yg related dgn pembelajaran mommy or main main dgn software yg nk guna untuk research. Study life mmg berterabur. to be honest saya tak ada motivasi untuk belajar. kalau masa zaman undergrad, misi hidup sy nk dpt above 3 pointer to sbb semata mata nak mak sy happy je. serious, demi nk bg mak bangga dengan pelajaran sy, saya tak pernah tidur lebih 4 jam since form 4 sampai habis paper SPM sbb sy akan study..kalau tak study pun, sy mmg tak boleh tidur sbb sy di hostel, home sick. Setiap mlm sy akan tidur dgn air mata sbb rindu mak. Of course Mak tak tahu, tp cikgu saya tahu sy homesick sbb mata sy akan bengkak dan depress dkt kelas tp saya tabahkan hati stay di sekolah tu sbb nak mak sy happy and taknak dia susah hati. Saya ingat lagi ada seorang cikgu bgtau abah sy yg sy anak yg sangat baik. wow, bergenang tau bila cikgu puji sy mcm tu sekali. form 4 jugak ujian besar utk sy bila sy tahu mak sy kena cancer. so since dpt berita tu, sy janji pada diri hanya nak tgk senyuman mak sy..alhamdulillah sy nampak hanya senyuman dr mak sampai akhir hayat dia. sedih tau. Semoga roh mak ditempatkan dalam kalangan org yg soleh. amin.
Kesimpulannya, masa undergrad, sy ada misi, visi dan objektif hidup yg jelas. Skrg ni, sejujurnya saya tak tahu kenapa sy buat keputusan untuk jadi student semula dan belajar dalam bidang yg berbelas tahun sy tinggalkan. tak ke keje gila namanya..hehe niat sy bukan sbb nak certificate. Hati sy dah tawar nak bekerja semula so takde gunanya cert yg sy akan dpt tu. Tp sy belajar sbb nak ada environment belajar dirumah. Tu je.. hehe tp disebabkan ayah saya dah tahu dan dia mmg nak sgt anak dia belajar sampai ke awan, sy cuba nak dptkan jugak cert bg dia senyum masa konvo. doakan eh..berlambak je org grad..master je pon..bukan phd..tp sukar untuk sy yg tiada motivasi belajar ni.
Dah dekat empat bulan, sy rasa sy kena susun atur semula hidup sy..dari segi financial alhamdulillah biarpun skrg ni just satu income, tp Allah kan pemurah..kalau minta pasti Dia akan beri..sejak berhenti, sy rasa rezeki cukup malah melimpah ruah. Alhamdulillah..rezeki suami bertmbh tmbh.. mungkin niat kami nak happykan parents, so Allah beri rezeki lebih untuk selalu belanja diaorg. tak byk pun, walau sikit mak ayah sure happy. tak bg duit pun, selalu jenguk pun dioarg dah happy. Yang penting jaga hubungan dgn Allah brlah hidup rasa lapang. betul..sy dah rasa masa sempit..duit byk..tp byk yg keluar..sy yakin semua tu jadi sbb sy lalai dlm jaga hubungan sy dgn Allah s.w.t. Semoga saya dan suami diberikan hidayah, ditetapkan iman dan tidak terpesong walau pun sedikit hati kami untuk dptkan redha Allah. Amin.
Bulan Oktober thn lepas, sy buat keputusan untuk berhenti kerja tanpa berfikir panjang. saya tak ada plan B,C,D sy tawakal berhenti atas niat sy nk urus rumah tangga dgn teratur, jaga mkn pakai anak dan suami dan nk besarkan sendiri anak tanpa ada org lain menjaga. Saya nk hantar dan fetch them from school. sy nk fully bfeed aisya until she reach 2yrs..biarpun hanya tinggal few months je lagi aisya nk reach 2 yrs. hehe
Atas sbb tu jugak sy hanya boleh ke kampus waktu pagi, tgh hr sy dah balik mengadap anak anak. pastikan diaorg mkn snek, minum air, rehat, mndi, lunch dan buat hw or main. Cumanya jadual sy masih berterabur. jadual aktiviti anak anak pun masih lagi ikut mana sempat je. NO NO NO...mommy kena susun atur jadual harian anak anak.. so dlm masa terdekat ni sy akan buat schedule for my boys and Aisya. Mommy plan nak buat satu command center untuk jadi center dimana setiap orang akan refer apa yg diaorg kena buat on daily basis. Biarpun rumah ni rumah sewa, color rumah pun akan tak menawan hati,..saya kena pastikan rumah ni fully function and selesa utk semua orang termasuk tetamu.
ni antara idea yg sy cedok dr Google image. Blogger susun atur mmg tekankan untuk each house kena ada satu family command center. At the moment peti ais kitaorg jadi tmepat tepek jadual sekoalh, art work, utility bils and important notes. lepas ni sy akan ubah ke lokasi yg lebih strategik. kesian peti es ku..lol
kalau projek ni berhasil, sy akan update pic nye ye..takdela segah dlm gambar..janji berfungsi dgn baik.
Next projek, nk kemas bilik boys..nak update katil jadi double decker..so in one middle room yg agak kecil, all kena compress..sy kena fully utilize space yg ada. diaorg pun dah besar dan sepatutnya tidur on their own bed..tak boleh lagi tidur berhimpit himpit mcm sekarang. walaupun dioarg mmg suka tidur berpeluk, anak lelaki kena la belajar tidur sendirian. barula macho..hehe
Ok go back to cerita study. saya perlukan lagi at least 2 months untuk sy organize hidup br saya ni. lepas tu bila sistem baru dirumah dah berfungsi sepenuhnya, baru sy akan fokus study. sy takde timeline utk study sy ni..mungkin habis in 2 yrs mungkin lebih. semoga dipermudahkan urusan sy.
Cerita breastfeeding, Aisya mmg dr baby bfeed tp tak fully sama mcm abang abang..di nursery mulanya sy bg EBM, tp instinct sy mengatakan EBM yg dibagi tak diuruskan dengan betul, so takut anak sakit perut, sy decide bg formula. balik dirumah br direct bfeed. awal nya Aisya minum formula milk, tp lepas dia start mkn solid food, dia reject FM dan hanya minum air kosong..dia minum skedar hilang haus..kadang kadang tu 2 oz pun tak abis minum. Tp bila sy balik dr office, mmg Aisya akan nak disusukan. kesian tgk anak dara sy ni..sanggup taknak minum susu botol tunggu mommy balik. sedih bila kenang abang abang aisya dr Adam, kembar, Aryan lagi saya serahkan dioarg pada tangan bbsitter sejak dari umur 2++ months. merah lagi diaorg masa tu, kecik cinonet je. Hanya doa Allah protect anak saya dr bahaya. kadang kadang sy menangis bila fikir mcm mcm insiden berlaku, adam kena physically abused by pengasuh, amir patah tgn, mulut amar pecah kena pukul dgn toy dgn kawan, belum lagi dikira insiden demam, selsema berjemaah, Penyakit berjangkit mcm impetigo, scabies, chicken pox, ketuat smapai saya kena ambik EL tak henti. bila dengar bos mommy merungut, mommy jadi demotivated..tp mmg la patut boss bising, ko ingat company tu bapak ko punya nak EL suka hati? hehe so startla episod saya hanya bekerja untuk gaji. takde dah smgt nak enhance career mcm awal saya kerja dulu.
Sebab tu sy salute pada mommies yg boleh manage anak, rumah tangga dan kerja at best condition. anak dijaga rapi, rumah tangga cantik, teratur, dr segi kerja asyik naik naik pangkt je. hehe wah mmg indahnye dunia kalau camtukan? sy dha cuba, tp gagal. sy kena giveup salah satu. sbb sy cepat stress. lagi pun bakat sy hanya sbg ibu, sy bukan project engineer yg bagus. sbb tu nak naik gred pun payah. so baik berenti, jaga anak, biar suami je cr rezeki. bila hati dia lapang, tak perlu fikir hal rumah (sbb sy uruskan semua), so sy harap dia boleh fokus pada kerja. semoga rezeki kami berkat.
Sejak sy berhenti kerja, Aisya mmg taknak lagi botol susu, infact dah takde lagi botol susu dirumah ni. Aisya bfeed selain dr mkn solid food and minum guna cup. jimat duit beli sabun botol pureen dan tak perlu maintain beli puting susu. hihi cumanya age Aisya dha nak reach 2 yrs hujung bulan 5 ni, sy pujuk untuk dia start minum susu formula sbb dia akan stop bfeed by 2 yrs. suami kp biarlah selama mana dia nak bfeed. tp dlm quran hanya Allah kata menyusu hingga 2 thn. so biarlah ikut apa yg Allah suruh. insyaAlalh awal MAy ni sy akan try intorduce aisya dgn FM semula. Semoga berjaya le hendaknye. amin
Sejak dua menjak ni rajin pulak update blog kan? cerita masih berkisar dgn perasaan jadi oswaif..masih tak move on..haha ala kasik chancela mak nak terbang melayang dgn perasaan bunga bunga. nanti mak update la entry yg berfaedah skek.
Friday, January 2, 2015
Projek Tembok dan Dapur : Gate dan bumbung
Ada sedikit progress untuk tembok rumah. Syukur hubby berjy DIY gate sendiri menggunakan material wrought iron dan jaring besi. dr kepingan besi, hubby potong mengikut design yg kitaorg setuju, then welding dan cat.
Maka siaplah gate yg simple..harap harap tu match la dgn rupa tembok..hihihi
update progress dapur, beam dah siap dibuat, hubby masih dlm proses ytk siapkan mould utk konkrit bumbung. byk keje rupanya..sy pun hanya mampu melihat..kesian jugak.. tp nk jimat punya pasal..besar pengorbanan en hubby ni untuk puaskan hati isteri yg bernafsu besar ni..hihihi
cepatlah siap..so sy nk dia rest x pyh berhujan panas di luar lg.
Wednesday, December 17, 2014
Projek Tembok dan Dapur
tak tau la part ke berapa dah..almost 11 months punye project u think. this is the latest progress..tembok almost finish..base paint dah ubuh separuh..musim hujan aktiviti mengecat harus di hentikan. cat pagar dah beli..warna nya? jengjengjeng..nantila bgtau.
sekarang hubby tgh siapkan bumbung dapur yg di extend. lepas tu bolehla buat lantai, plaster dinding, wiring n konkrit table top. seronoknye sy..xada.kc pon x apa asal ada proper place for me to cook meals for my kids.
design gate dah finalized. as usual la..kalau buat sendiri mestila akan buat yg pelik pelik. design yg kami buat simple je. hubby beli welding equipment welding sendiri besi utk gate. karanya dah 40% completed utk gate depan. ada empat keping gate yg boleh lipat. tgkla bila tahun tah nak siap.
announcement: kepada penduduk bandar saujana putra yang nk welding exhaust motor, besi, touch up pagar, bolehla contact sy ye. kita caj harga kengkawan je..hihii
syukur, rumah comel saya makin complete. #smile
Tuesday, December 9, 2014
Projek Garden : Herbs and vege garden
Ala- ala kebun Jamie oliver gitu..objektifnya untuk menjimatkan kos bahan mentah untuk memasak, organik dan suci.
saya start dgn basic vege dan herbs dulu ; limau purut, daun kari, serai, bunga kantan, salad, bayam, kacang botor, bendi, cili api, tomato, timun, daun kesum dan brokoli.
ini garden comel sy. alhamdulillah..skrg jd tmpt favourite sy dan suami...seronok tgk pokok membesar depan mata..feeling mcm tgk anak anak yg membesar. *actually x sabar nk mkn sayur yg di tanam sendiri.
Saturday, November 1, 2014
Projek Deko Ruang Tamu : Cat dinding lagi
Good morning... !
Saya br settle projek mengecat ruang tamu. warna pilihan, Bluet nippon. actually saya x happy sgt dgn warna ni..bila sapu dkt dinding, kaler tu too soft...jiwa saya kan masculine, tp sebab dah beli..cat je la..x suka next time cat balik warna kelabu..hehe
kerja mengecat kali ni ambil masa agak lama sbb kena hati hati di area tingkap dah plaster siling. tu pon comots.
esok, habiskan cat bilik aktiviti boys... dan bilik kerja saya merangkap bilik tetamu nk solat































