Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Tuesday, April 29, 2014

Cerita pregnant and throwback story bersalinkan super hero

Aduhai lamanya tak update blog ni. Lama tak update kisah diri dan anak2.. sekali sekala kita ubah topik..bosan jugaklah kalau bila buka blog sy ni asek nmpk cerita Shaklee and projek rumah kan?kan? hehehe

Alhamdulillah, sy dah masuk 36 weeks pregnant. Macam mana rasa? aduhai, mmg teruji, maklumlah perut dah memberat, baby dah mula turun kebawah..asek nak gi toilet je rasanya. heart burn pun dah start rasa and selera makan berkurang. sy tak rasa nak mkn sgt, and seriau kalau mkn yg pedas2..mmg tak lena tidur sy dibuatnya.

saya ke office mcm biasa, drive sorg diri lepas drop anak2 ke school. Kengkadangrasa mcm tak larat sgt, tapi x smapai hati nak susahkan en hubby untuk hantar sy, sbb office kami berlainan arah.

insyaAllah hujung Mei ni kami akan timang anak kelima..semoga selamat hendaknya.

bila dah hujung2ni mulala nak throwback citer deliver anak2 yg seblm..hehehe senyum sengsorang bila baca kat entry yg dulu2. seram pun ada gak.hihihi

Anak2 semua excited menunggu baby aisyah keluar dari perut mummy. Aryan dah start super jeles especially bila dia nakal2 abang2 ugut xnak syg dia, nak syg baby aisyah je. hihihihi.. jgnla aryan pukul baby ye syg..

serius sy taksabar nak deliver baby ni..tp bila memikirkan kelengkapan baby lom beli lagi,barut, tilam semua tah kat dlm storage box yg mana satu..so harap baby bersabar ye sampai weekend depan. mami baru nak start mencari.

projek bilik baby dah kelaut. tunggu baby keluar dululah br mami deko. mami tak ada masa.masa mami penuh dgn aktiviti dgn abang2. rasa bersalah sungguh dgn baby yg sorg ni, parents lain sure excited beli baju baby in pink. tambah pula kalau first princess in family. tapi mami lg sibuk dgn projek tembok kat luar. so sorry dear...dlm seminggu dua ni mami akan start shopping.

hr ni feeling feeling flashback balik kisah kelahiran super hero.

cerita deliver Adam: http://cikpuansarah.blogspot.com/2008/12/aku-kembali.html
cerita deliver kembo: http://cikpuansarah.blogspot.com/2010/01/finallycerita-panjang-lebar.html


Rupanya saya tak cerita kisah saya deliver aryan dlm blog..kekeke wajib citer ni untuk rekod. nanti aryan besar, dia patut tahu apa yg berlaku dlm labor room.

Cerita ringkas rentetan sejarah deliver aryan

sy deliver di PP*M. Hari Ahad, di bulan pose. so bygkan weekend, standby doc and doc yg duty mungkin x seramia hr biasa. dkt waktu sahur, water bag leak, saya rasa basah..sy ingat sy terkenching..bila berdiri lagi byk kuar, mcm air takde kaler. panik juga sbb tka pernah ada experiencecamtu.

sy kejut hubby yg sdg tido..hubby mamai lagi, sy bgtau rasanya dah nak beranak kot. waktu tu anak2 yg lain dah dihantar ke kampung. adik kesygnan sy ada dikampung tolong jagakan tiga org hero.

so hubby suruh sy bersiap,kami gerak ke hospital dlm pukul 5pg, hubby singgah beli roti, air..sy smpt minum neskepe..sy kompomla tak pose..yg hubby tu kena sahur lakan..

sampai di spital dlm kul 6.30pg..nurse terus bawa ke bilik labor room. labor room PP*M ni dkt wing baru, derang baru pindah je dr wing lama..so semuanya serba baru, cantik. satu bilik satu patient...sy diberi ubat untuk buang air beso, settle semua doc dtg check bukaan..br tiga cm. saya frusmaklumle waktu kembo dulu, rilek je takde rasa apapun tau tau dah bukak 6cmt. lepas dia check rekod antenatal sy, tanya itu ini, dia tanya sy nak biar buka sendiri secara normal or nak dicptkan?

memandangkantime tu bulan pose, sy kesiankan hubby yg kena tunggu sy kt luar.*tak best pasal spital ni, hubby tak dibenarkan teman kita dleiver baby. kalau nka tunggu secara normal, mungkin mlm or esok pagi baru deliver baby. kalau induced, doc ckp kul 11-12 noon baby keluar.

so sy decide untukdiceptkan proses dilation..doc pecahkan waterbag. satu ubat dimasukkan kt urat tgn sy..pastu contraction mula terasa. mkain lama makin kuat. oh ya sblm tu doc dah warning, pakar bius takde untuk bg epidural. what da fish! hohoho abesla aku.

disebabkan ada byk kes kecemasan berlaku and ramai plak wanita2 nak bersalin..doc mcm tka cukup tanah berlari masuk room by room..saya rasa annoyed sbb takde sapa dtg bg sokongan moral kt sy, dahla hubby tak boleh tmn..berbeza dgn HUKM, midwife sentiasa dtg check..bg kata smgt..yg kt spital ni mmg x patient frenly langsung. masa tu tak mampu nak ngumpat dlm hati..sakit contraction bapak la kan ..hihihi

saya dok tgk contraction and heartbeat baby kt mesin tepi saya..last2 sendiri decide bila time ku nak teran. apa taknya..sy tgk graf, heartbeat bb mcm dha drop sket..contraction gila kuat...masa tu dkt pukul 9 pagi. sy ckp dgn nurse, dia cuma senyum suruh sy tunggu jap...apa sekejapnye..rasa cam baby mmg kt pintu rahim dah..last2 saya sendiri decide untuk teran..sy teran sekuat hati..mmg terasa mcm kepala baby dah nak keluar..kebetulan nurse dtg..terjerit dia bila nmpak kepala baby..

terus dia jerit panggil doc, tp masa tu dia dha pun sambut baby tu..tinggal nak teran untuk kuarkan bahu je..another push, keluarlah baby Aryan bucuk sy tu..sy nanges sekuat hati..saya nanges bukan sbb terharu bb selamat..sy nanges sbb saya rasa nak maki hamun je semua yg ada dlm labor room tu sakit hati, annoying..tp memikinrkan kang kalo ku ckp mcm org gila, sapa nak kuarkan uri and jahit luka? tol tak? hehehe

sabo je la..

ha pasal uri, pas masuk wad,saya mcm ada bleeding luar biasa, sakit perut yg amat sgt..rupanya ada lagi uri tertinggal yg dok amoi tu tak kuarkan abes. tgh mlm ada doc lelaki dtg korek kuarkan ketulan uri yg tinggal..what da fish! sakit ko dahla kt bawah tu luka..dahtu  doc tu rilek je korek2.. kesimpulannya mmg night mare. seriously nightmare..sy syukur sbb Aryan slmt lahir dan sy selamat.

oh no..bila pikir experience lahirkan aryan ni..mmg seram sejuk nak menghadapi lagi satu proses kelahiran..semoga kelahiran puteri pertama kami ni dipermudahkan Allah s.w.t

Amin
 

Tuesday, February 25, 2014

whole week strory : Warded - Blood Transfusion & Berkelah di Pantai Kelanang lagi

Lama menyepi bukan sbb busy, tp sebab kesihatan tak mengizinkan. patutla last week sy cpt letih, nak buat kejra rumah pun x ada daya, rabu dan khamis saya bercuti untuk follow up check up dkt hospital putrajaya and KK. hari khamis tu masa tgh check perut, sy raa pening..kepala saya nmpak semua benda berpusing2. Doc ckp, tak bolehla nak biar, tu tanda hb sy terlalu rendah dan bahaya untuk saya and baby. SAtu lagi surat rujukan ke hospitla di buat. Doc nak minta hantar guna ambulance, sy tka setuju memandangkan sy bawa amir masa check up tu. so sy minta en hubby yg hantarkan.

lepas lunch, teruske hospital putrajya, tunjuk result darah dan ref letter, derang hnatar sy ke labor room untuk screening. another set of blood test lg kena buat, heart rate sy laju dr biasa, doc decide untuk transfuse darah. plan doc 2 pint darah akan dimasukkan dlm badan sy untuk increase hb. so bermlmlah saya mlm tu di ward sbb esok pagi2 start transfuse darah

En Hubby sgt unhappy. dia panik kena handle anak2 sorg diri dgn ruamh bersepah, kain baju tak lipat and bj sekoalh anka tak iron. mmg keadaan rumah tunggang langgang sbb sy mmg rasa letih yg amat, asek berbaring je dua hari sblm kena warded tu. sy minta hubby bawak balik je anak2, bg diaorg mkn and tidokan dioarg. cuma pagi2 en hubby kena iron baju anak2..kerja yg dia tak pernah buat selama kawin dgn sy. in fact kt mana baju anak2 and baju sendiri pun sy kena bgtau. manjakan hubby saya? hehehe

so bila saya sakit, terpaksalah semuanya berdikari. Adam bgtau ayah lokasi baju..hero2 gotong royong lipat kain, sidai kain and ayah iron uniform baju sekolah hero2. *mami proud of you ayah :)

balik ke cerita saya di ward..masa cousin saya dtg bawak mknan, dia ambil gmabar saya di ward..mak ai..pucat lesi muka..bibir saya warna gelap..mata lebam. patutla doc nak masukkan transfuse darah. esok pagi bermulalah episod tambah darah...first pint, ok..smooth laju je darah mengalir masuk..pukul 12 lebih satu paket darah berjaya masuk. berdebar sungguh rasa..takut blood tu tak sesuai dgn sy..alhamdulillah tkade tanda rejection berlaku. every 15 minutes nurse akan ambik bp reading sy. normal. darah diterima elok dlm badan







2nd pint dimasukkan pukul 6.30ptg. darah pekat sedikit..symula rasa x selesa. last2 ada blood clog kt tube so tgn sy start membengkak..nurse try flush dgn air..waaaaa saket ooo nurse tolng urut2 tgn yg bengkak..flush lagi air masuk..fuh! last2 darah berjy jugka dimasukkan t berjam2 jugak baru habis sepeket.
lega! takde rejection juga. sy rasa segar..doc yg tgk ckp muka i nampak pinkish sket. buat blood test lg sekali..hb naik 11.4. yea!doc bg balik. seronok! dua mlm kt wad mmg tak best..sorg diri. nasib baik ada tab, ada wasap and my dear beloved frens layan saya dari pagi sampai tgh mlm. TQ C-A-M. Love u more and more..muah!

sampai dirumah on Friday evening..hubby ajak lunch dulu diluar..dating jap smeentara menunggu pukul 6 untuk ambik buah hati 4 org tu. sesampai sj saya di rumah..masyaAllah..toy's room bersepah..my eyeliner dibuat pensel bebudak ni conteng kat dinding and atas lantai..gincu sy patah..kertas bersepah..buku koyak rabak. kain baju yg berlipat and tak berlipat bercampur mcm gunung. uwaaa tak tau nak cerita..sy terus migrain..migrain yg sgt kronik..jumaat mlm sy dah tka boleh bgn, sampai ke ahad pagi br migrain berkurang. reda sket sakitnya. itupun reda sbb hubby ajak berkelah kt pantai kelanang. x nmpak rumah terus sihat migrainnye..hehhee

tak ada gambar rumah bersepah..tak tergamak nka ambik nad post kt blog. sgt bersepah okey *nanges

btw ni antara gambar gedik bebudak ni. we really had fun kt pantai..tgh hari balik..energy and mood semua org di recharged semula. balik non stop sy mengemas dan akhirnya ahad ptg keadaan ruamh balik ke asal. phew!







Thursday, February 6, 2014

Dugaan betol - isu berulang everytimme sy ngandung

Dlm seminggu pasti ada sehari sy mc. bila dah tahu ada masalah kesihatan waktu mengandung, lagi kerap sy kena berjumpa doktor dan dapatkan rawatan. dalam dua minggu hadapan, sy kena pergi ke hospital dan juga klinik KKM.

Balik ofis, my bestpren inform bos beso tak puas hati, tanya teruk sgt ke sakit sampai kena mc kerap?

nak jawab mcm mana eh? ko tak pernah ngandung kan. tapi salah ku jugak, sapa suh ngandung..kekeke

ah lantak la bos..tak kisahla apa impression mu. Mmg tka jadi apa dah kat sini. Pegi keje sbb nk gaji...org bg kerja saya buat, janji xde delay yg buat delay project. nak buat extra takdela kan.

cuma asyik absent tu jadi issue disiplin pada bos..ye la ngaku mmg selalu mc, tapi dah tak sihat..nak buat camne.

aiseh..agak2 kalau dah benti kerja run biz sendiri sy bolehke mccamni? kompom x kan berani mc..kekeke

apapun heaven mkn gaji.. mc camna pun gaji ttp masuk...sorry la bos..jgn emo plak. sy yg di wrong interprete as kaki ponteng ni pun rilek je tak emo..kikiki

*Tgh belajar sabar. kenapa tak confront terus dng aku eh..apesal nak ckp blkg tanya kengkawan aku? malu ke? mintak asam kt meja aku tak malu lak..alahai bos...




Wednesday, February 5, 2014

Buka buku merah di KKM

Assalamualaikum..

Just to update, minggu ni wk24 pregnant. Beofre this sy check up dia klinik GP. plannya after wk30 br nk jumpa gynae. tp memandangkan sy rasa x sihat sgt sejak dua menjak ni, gi check dkt klinik yg sy selalu check up, doc x sentuh sy, tp bg conlcusion mcm2...katanya, biasalah mengandung mmg camtu, rasa pening, rasa penat etc. bila scan, placenta saya di bhgn bawah..doc ckp tak apa, kita tgk nanti bila kandungan dah cecah wk 30. low lying placenta normal untuk early pregnancy..tp after wk30 masih di bawah, br decide severity and samaada nak csec or tak. now 24 wks..ada lg 6 wks..saya masih berharap untuk bersalin normal.

apapun, disebabkan tak sedap hati, atas nasihat kawan yg isterinya br deliver baby, dia encourage sy gi buka buku merah di klinik KKM. sbb saya baru berpindah di BSP, klinik kesihatan yg sy kena gi is klinik ibu dan anak kat jenjarom. mak ai! saya call klinik tu tanya lokasi..jauh dek non..saya bygkan pekan kecil dgn klinik yg kecil juga..kekeke

Pagi smlm saya tabahkan hati gi ke klinik kesihatan tu, smapai dipekan jenjarom, not bad la pekannya..macam2 ado..besar juga..ku ingatkan pekan kampung halamanku..kekeke

klinik pun beso, tp kereta bersusun..penoh sbb klinik tu ocmbine klinik kesihatan dan klinik ibu dan anak. sy terjah ke klinik ibu mengandung..rmaia nya manusia. semuanya boyots..ada wajah familiar, rupanya ada team khas yg cater pregnant mom dari kawasan perumahan saya, BSP. Bandar saujana putra ni ada ramia penduduk. walaupun dkt dgn pucong and shah alam, tp address dlm daerah jenjarom. sbb tu kena gi cawagan jenjarom.

Alhamdulillah, staf klinik yg bertugas semuanya baik dan helpful. walaupun lama menunggu, tp rasa ok jek. lepas buat FBC, result darah dpt serta merta. as expected HB sy merudum balik..dair 9.1 ke 7.7. nurse ckp bahaya..sy di diagnosed as severe anaemic. sy rilek je..dah biasa..huhuhu kena tanya itu ini, saya bgtaulah saya ni ada penyakit betha thalasemia dan carrier jugak. so terus code sticker buku merah sy jadi kuning. kena refer doc plak. kat klinik tu ada dua doc yg bertugas. kena investigate lagi..sbb kandungan sblm ada diabetic, kena minum air gula 12 hb ni.. ayaks.

walaupun kandungan lom cecah wk30, saya diberi surat untuk rujukan pakar di hospital putrajaya, at the same time kena buat check up every 2 wks dkt klinik kesihatan tu dan jumpa doc every visit. treatment plan sy, more FBC sbb nk monitor serum iron sy (betulke? sy tak ingat terms yg doc ckp) sbb xnak terlebih iron pulak, krg lain jadinya.

hmmm, sengihje la..mcm severe lak penyakitku ini. masa ngandungkan kembar, kena tambah darah, hb naik dari 6.8 jadi 9.1. masih lagi bawah paras yg normal. itupun masuk dua kampit darah ko..dah la sakit. this time saya masih saspen..sy xnak kena warded, susah! anak2 nak sekolah..suami tka mampu jaga empat anak sorg diri. eceh! dia tinggalkan ku dgn empat hero tu dua minggu boelh plak kan? ni la masa nak berehat xyah pikir nk kemas rumah ke apa kan? kekeke

apapun semoga kandungan ku slmt, tka ksiahla nak kena oprate ke or deliver normal or mami kena tambah darah..janji anak dara mami sihat walafiat.

dah diagnose sakit pelik2 ni takdelak nk offer suh bedrest ke apa..ku patut je ckp selalu pening..mana tua dapat mc. mak dha membuyung ni mmg malas nak gi keje.


Wednesday, January 29, 2014

Sudah 23 minggu

Alhamdulillah, kandungan dah mencecah 23 minggu.nk masuk enam bulan mengandung. perut dah membesar, badan mummy usah ckplah..membesar bagai johan..hihih

Pengalaman mengandung kali ini berbeza dgn semasa mengandungkan 4 abangnya. dulu sy sihat, jalan lajuje kesana-sini, mabuktidak teruk sgt cuma migrain sekali sekala. masa mengandungkan abang2nya seawal empat bulan sy dah  kena heart burn yg teruk.

mengandungkan anak kelima ni, saya mual, loya dan migrain silih berganti sampai masuk 13 minggu baru kurang. skrg ni pula sy cpt mengantuk, mcm sleeping beauty sy tidur, badan cepat penat..beza yang nyata, sy belum kena heart burn. br smlm sy mc lagi, kali ni urine infection pulak..patutlah rasa cramping pain..so doc beri antibiotik and oral soda untuk diminum.

Sudah scan, gendernya..jengjengjeng...






dua kali scan masih lagi girl..harap mmg rezeki sy nak dapat anak perempuan..happy, bahagia, hilang rasa sengsara sbb perubahan hormon itu ini sepanjang mengandung.

semoga anak ni sihat, cantik dan bijak dan solehah..amin



Thursday, August 4, 2011

Lamanya tak update blog

As-salam

Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak para sahabat sekalian..

Agak lama menyepi bukan bermakna saya dah bersalin, saya diam lama sbb hari Jumaat hari tuh telah dimasukkan ke hospital PP*M atas beberapa sebab:
1. diabetic
2. active contraction and cervix dilation 2cm masa tu
3. doktor worried with size of my baby..mula2 she felt empty inside my tummy..empty???? aku mcm nak pitam masa tu..dia rasa perut aku terlalu kecil untuk full term pregnancy.
4. dashed to ultrasound room, she measured my baby size - still not tally with the sizes of head and tummy vs femur. apa??? tulang femur anak saya lagi pendek dari saiz kepala.- masyaAllah, ujian apa tuhan nak beri pada saya ni

disebabkan faktor2 diatas, cik doktor tu terus call professor dia, and dpt clearence to be sent to labor room. saya tak sakit sgt, tak rasa nak bersalin, tapi dioarg still nak antar saya ke labor room..apekah?

sampai dilabor room, mcm dlm cerita ER, semua org nampak bz giler, i can see darah on the floor in my room..aiyak.. scary siot. I was ordered to change clothes, lying on my bed waiting for a group of doctors examine my condition. they discussed itu ini... pastuh asked me few questions. Then they decided to do another ultrasound session. Yes you must Encik2 dan Puan2 sekalin! I was totally worried with my baby's ocndition. is my Aryan alright?

One of the male doctor then performed the ultrasound...alhamdulillah, baby looks fine and all the concerns arised were due to the mistake made by the first female doctor. Alhamdulillah..syukur ya Allah.. my Aryan sihat.

After doing CTG scan, it was confirmed that the contraction still weak and not consistent. I wasn't surprise because I already told them that I was not in labor. I requested to be discharged right away. BUT the answer is NO after they received anoother lab report that I also got problem with urine infection. mak aih!! mencik makcik!

They sent me to new maternity ward at new building (O&G team just moved to this building on the same day i was admitted). nice ward, i can say. luas dan cantik..maklumle baru. saya paling suka toilet and shower room, satu toilet and shower hanya untuk dua patient sahaja. bersih, luas dan ada water heater... suka sgt!

saya jalan2 dalam ward, setiap bilik ada 4 katil sahaja...ada juga beberapa bilik yg hanya ada satu katil - untuk satu patient sahaja. tapi bilik tu belum betul2 boleh digunakan. maklumla baru pindah.

sebest mana pun ward ni, takkan sama dgn rumah sendiri. hari keempat, saya berjaya keluar. balik ke rumah..walaupun tanpa anak2 di sisi, tapi saya lebih gembira sbb ada en hubby di sisi. baby Aryan masih belum mahu keluar lihat dunia. biarlah dia lepak dalam perut mami ni.

my little boys dekat kampung pun ok aje. dioarg sihat, dan happy sbb ramai yg melayan. tok abah, tok, ateh adn acik rajin bawak diaorg jalan2, shopping... paling best abg Adam dah boleh eja susu. S.U.S.u = susu. tapi bila nak susu, dia akan ckp "adam nak nenen"

oh anak2, mami rindu kamu

Tuesday, June 28, 2011

4D scan - Yea! Saya lihat rupa Aryan Sufi

Hi all,


Yesterday I got one day off from Mr Doc. hihihihi but my visit to Klinik Mr. Doc cost me additional RM150! aiyok lari bajet saya bulan ni.


I have to pay extra becoz I decided to do 4D scan to see my little Aryan. Before this I always wonder how he will looks like and yesterday the question was answered. yes... no more surprise2 ye. My little Aryan looks exactly like his big brother, Abang Adam and he looks healthy and comfortable sleeping sambil peluk2 uri mcm bantal busuk.


Mr Doc was trying to wake him up by pushing softly my tummy, Aryan woke up and shown his furious face mcm tak puas hati kena kacau but end up he ignored all of the annoyance caused by Mr doc and sambung tido. Garang anak mami ni ye, ikut sapalah agaknye.


Memperkenalkan Aryan Sufi kepada semua:


Sorry pic ni tak tunjuk keseluruhan muka sebab sepanjang dok scan dia dok tutup muka dgn lengan. sebahagian muka kena tutup dgn uri. Yang bawah ni pic Adam masa few hours lepas lahir. sam tak dgn Aryan? samakan? samakan?




Alhamdulillah I am now 34 weeks preggy and Due date is supposed to be 11.08.09. mak ai tak lama dah tu..banyak barang baby yg belum dibeli. this month I spent a lot just for myself, none for my baby. hihiihihi oh bonus! oh ex-gratia..bila company nak release memo nih?

Sunday, June 19, 2011

Kenangan silam -->kisah kelahiran kembar

Dah lapan bulan mengnadung ni, debaran menanti saat nak melahirkan baby Aryan ni makin bertambah2. agak cuak memandangkan setiap kali saya ada di labour room, pengalamannya berbeza.

mengimbau kenangan silam (cewah..bacalah cerita dari post link blog lama saya ye..."

http://cikpuansarah.blogspot.com/2010/01/finallycerita-panjang-lebar.html

Monday, June 13, 2011

Persediaan menyambut Baby Aryan

Lagi 10 minggu maximum untuk saya deliver baby Aryan. sekejap je masa berlalu, pejam celik dah dekat due date bersalin. takuts!!!


I still remember the moment I discovered I am pregnant, it took me 10 minutes in bathroom trying to control my breath becoz i was totally disbelieved what i saw on the pregnancy test kit... two blue lines okeh! oh no!


Shocked, I cried and I blamed En hubby for that........ heheeheh. but he was supercool and just smiled happily when heard the news. Ah Cik Abang bukan u yang preggy mmgla boleh senyum. Later, I did another urine test but the result was still positive. I googled in the internet hoping for history recorded for false pregnancy result, but according to Encik google, urine pregnancy test is 99.99% accurate. apekah?


Actually i didn't plan for this pregnancy. Thinking of my three boys still need my attention, I am not only spent lot of calories and energy to raised them, I also sacrificed a lot of blood and tears jugak tau.... ahahaha gebang! So it will take me quite sometime to accept the fact that I am pregnant again. malunye!


Ready to be teased by colleagues and friends, I pull all the strength and buat muka tebal announced the news in Office pantry during morning breakfast. As expected, some of them congratulated me but majority still unbelieved the fact that I am about to have another child. Yes friends and foes, we will celebrate our third anniversary this november with our four boys! hehehhee


Ok end of story.


I am almost 8 months pregnant but I just realized I ignored this baby too much. sian baby, Mami tak pikir pun apa2 persediaan untuk deliver baby. Bangun pagi tadi, suddenly I felt really guilty for my ignorance towards my little baby. Yes I agreed that I was not too excited of being pregnant again, but that was few months ago. Now I am sincerely love the baby. Only I am too busy with his Abangs until I am not able to spend more time talking to him and pay attention for his kickings.


Mami tau Aryan anak yang baik yang sentiasa mengalah. even sepanjang mengandungkan Aryan, Mami sihat sejahtera takdela mabuk2 teruk or HB darah Mami turun mendadak sampai kena warded mcm masa ngandungkan abg2 Aryan. Oleh sbb itu, Mami berjanji akan prepare yang terbaik untuk sambut kelahiran Aryan ye...sedihle pulak!


Masa packing nak pindah rumah, I did packed all baby stuff belongs to Abang Adam and the twins brother in a few containers. Not much baju can be re-used, most of them already worn, or bertahi lalat. I should buy at least a dozen newborn clothes for Aryan. booties and mittens pun dah berbulu or kembang, so need to beli baru. what else ek?


1. newborn pants and tops x7 sets
2. more booties and mittes x 4 sets
3. Newborn diaper
4. Minyak Yuyi
5. Digital Thermometer
6. Baby cream
7. Sebamed body lotion
8. Sebamed Body shampoo
9. Nursery bag (i have a few nursery bags but wish to have a new one yg more stylish..hehehe)
10. Towel
11. Playpen ( the one used by his abangs already returned to my sister in law)
12. cloth diapers. Jom selamatkan bumi!



apa lagik ek? tak boleh pikir skrg



and for myself during confinement
1. Set jamu lepas bersalin
2. booking tukang urut di shah alam and dekat kampung
3. tungku (checked! dah beli yg tungku elektrik)
4. Loose t shirts and pants
6. Belly band
7. Bengkung perut
8. Chahaya skin care (hihihihihi...apa tu? nak melawa lepas beranak le tu..nantikan transformasi Pn Sarah)


and for Breastfeeding preparation:
1. new Avent manual breastpump
2. more BPA free bottles for EBM storage
3. New cooler bag
4. Ice pack
5. repair my mini fridge untuk tinggal di surau office
6. BF pillow
7. single seater sofa...... En hubby, saya nak sofa mcm kat bawah ni boleh?




Semoga dipermudahkan saya melahirkan baby Aryan. Semoga baby Aryan sihat, sempurna... Can't wait to hold you in my arm son.....

Wednesday, June 8, 2011

Antenatal Check up and the baby's name

I went to KPJ Selangor this morning for ANC. I am now 30wks preggy so starting this month, I will visit my Gynae, Dr siti every two weeks. can't wait to meet her again to check the baby's progress.

So far so good, apart of being diagnosed having Beta Thallasemia Trait, my baby's development is awesome. I can see him kicking, moving a lot from monitor when Dr siti is scanning my tummy. hehehehe

Until today I am still searching for a right name for my baby. I want a strong name for him, a name that means a leader. so far i have one name in my mind- aryan sufi. I like this name but some comments received form friends and family this name is not common and too strong for my little boy.

ok i tell you why.. Aryan means kekuatan penuh and sufi means ahli tassauf. so by combining these two names, it become kekuatan penuh ahli tassauf, a protector or someone that will protect ahli sufi...hmm i love the name.

okla baby..now Mami will call you Aryan Sufi. Anyway Aryan is almost simillar with his twins brother names: Amir Rayyan and Amar Rayyan. Sufi is almost similar to his Abg Adam name- Adam Saufy which i always pronounce Saufy as Sufi too...

love the name, love the baby..love Abg Adam and Amir and Amar a lot

love Ayah the most... :)