Showing posts with label Garden. Show all posts
Showing posts with label Garden. Show all posts

Wednesday, August 29, 2018

Veggie garden - Laman sayur

Assalamualaikum
Selamat pagi

Saya excited nak berkongsi perkembangan kebun sayur mini saya. Saya start dengan menanam biji benih bercambah dan alhamdulillah hidup subur.

Saya sangat sukakan idea homedsteading, kita grow sendiri our food, cuma sebab saya tinggal di kawasan perumahan, takdapat lah nak membela ayam telur, ayam, ikan, udang galah. hihi

InsyaAllah ada rezeki saya nak beli sebidang tanah untuk di jadilan agro farm. Besar cita-cita tau.

Sekarang ni belajar tanam pokok dulula ya dan kenal medium untuk tanaman. Musuh tanaman pun baru nak google. hehe

Actually laman ni belum siap lagi, cita cita nak buat buat open kitchen and breakfast nook mengadap garden dengan rumput menghijau.

Aduh cita-cita kemain.

Laman ni sekangkang kera, tapi kami bahagikan kepada beberapa bahagian.

workshop hubby
openkitchen dan laundry area
mini veggie garden
nonedible garden.

haaa cara cerita mcm rumah kau 10ekar..haha

sekarang ni ni edible garden nini d ada
kangkung
sawi mini
kailan
cili panjang
tomato
kacang buncis
kacang botol
terung
bendi
ulam raja
Pegaga

pokok herba masakan
serai
lengkuas
halia
kunyit
limau purut
kari
pandan

walau masih lagi semak laman tu..Alhamdulillah projek tanam sayur dah m

menampakkan hasil, sawi mini dah dua kali tuai, kangkung sekali tuai, cili panjang dah dah berbuah, bendi dah berbunga

Seronok berbudi kepada tanah. Sayur segar terus dimakan. Saya tak pakai baja kimia, hanya jirus dengan air beras, air basuhan ikan.

More food to grow after this, insyaAllah..tak serik walau asyik kena serang dengan siput babi..hehe







Thursday, May 19, 2016

Progress rumput jepun di laman

Yea! Musim hujan..rumput dah start galak merebak. Alhamdulillah..

Gambar 3wks ago

Gambar last week

Actually kalau tgk progress minggu ni  dah byk area yg ditutup rumput. Misi mengecat tembok masih lom mula. Kemalasan melanda. 

Wednesday, May 4, 2016

Mari berkebun: Ahli keluarga baru

Introducing our newest family members.. start collect semula pokok pokok.. Sejuk mata memandang

Pandan, kesum (fern tu dah lama dah)

Lima jenis anak pokok keladi dan cekur and pudina


pokok lidah buaya dah nazak dah tu...



Wednesday, April 27, 2016

Mari berkebun...

Progress rumput di laman rumah sewa. Cepatlah tumbuh menjalar syg sygku..pastu nk trim kamu insyaAllah akan,berseri sikit laman.. Tp rumput liar cepat betul bercambah.tiap hari kena merumput. Bolehla mak exercise buang lemak :)

Bila la nk mengecat tembok. Target sebelum puasa dah siap ceriakan laman. Seadanya dgn bajet minima.



Dua gambar dia ambil selang tiga hari...sobs..not much progress



Saturday, April 23, 2016

Gardening

Sejak berpindah dr rumah lama, sy mcm malas nk berkebun memandangkan rumah ni rumah sewa. Sy sgt rindu garden dirumah lama yg 80% completed. sungguh ! rindu sampai sebak bila fikirkan sy meninggalkan veggie bed sy, pokok kelapa matang, pokok mangga dan jambu diluar pagar. tempat storage tools yg hubby buat siap dgn sinki..my lawn yg hijau..huhuh sobs..sebak

Sekarang ni, setiap pagi asal keluar je, sy akan bertegur sapa dgn jiran, kak raziah yg akan membelek pokok pokok nya di laman. sy ceburu. beza dgn rumah sy yg tanah berbatu, kosong, plain..dinding tembok yg tak bercat, berlumut. mulalah sy rasa 'hangat' nk berkebun kembali.

so sy start replant semularos jepon yg tak terjaga tu (itu je antara pokok yg sy dpt angkut bersama dgn pokok limau purut dan pokok daun kari) menggunakan plastic type pot yg sy bawak masa pindah. pasu pasu berat terpaksa ditinggalkan pada owner rumah yg baru. takpe sy ikhlas bg walaupun sedih.

skrg ni dah ada enam pasu ros jepun pelbagai warna..baja semula pokok  limau purut dan daun kari.dah nampak start tumbuh pucuk baru. alhamdulillah. masa kitaorg gi shah alam atas sbb penjualan rumah, sempat lagi singgah nurseri pokok sg buloh hanya beli 4 keping 2*1ft japanese grass. Sedih sebab tak dpt beli banyak sbb kami hanya naik myvi sahaja waktu tu..so tak muat kereta..huhu.. dgn 4 keping ruput tu en hubby pecahkan ke kepingan kecil dan replant kt laman yg berdebu tu.En hubby hanya directly tanam atas tanah yg digembur sedikit. Kami tak fertilize tanah tu, so mengharapkan nasib je la utk rumput tu hidup. malangnya dgn musim elnino skrg ni, ada tompok rumput yg tak dpt survive..dah lebih sebulan ditanam..ada bhgn yg nmpk galak menjalar..dan ada yg bercantum. mcm bela anak, setiap hr sy belek progress rumput rumput tu..huhu ada masa sy snap gambor laman kosong sy.

Rasa smgt utk berkebun semula  especially sayuran. sblm ni kami tak perlu beli sayur sbb sayur favourite mcm sawi, bendi, kailan dah tersedia ditanam..tomato pun ada..sy pernah share ttg veggie garden sy sblm ni.

tgh  fikir nak buat veggie bed sbb senang nk control tanah dan weeds..tgklah nanti lepas settle projek bilik belajar anak anak. skrg ni sy hanya tmbh koleksi orkid je and satu spesis pokok apa tah sedekah dr my daddy.

Hari ni seharian sy study pasal permaculture, sustain living farm.. untuk info boleh je search di you tube,.byk video yg di share ttg permaculture technique ni. Sy berkobar nak beli tanah di kawasan kampung. sedang eyeing tanah lot or tanah kampung untuk dijual. This time sy tak nak fikir lagi untuk beli rumah siap dr pemaju sbb kata je rumah mampu milik actually org kaya je yg mampu milik..kami rakyat marhein yg susah ni hanya mampu tengok. insyaAllah dgn tulang empat kerat en hubby, kami akan bina tempat berteduh kami dihari tua nanti. for now, sewa je rumah di Penang ni sbb harga rumah di PEnang aduhai sama je mcm di Selangor. Rumah mampu milik kerajaan negeri hanya boleh dibeli dgn bersyarat, mengundi di penangla, menetap lebih lima thn di Penang etc. So kami tak layak untuk apply. Rumah sendiri di kampung akan jadi weekend house smapai lah en hubby pencen. itu plan kami. insyaAllah.

Kalau dpt beli tanah lot, bestnye kalau sy dpt buat permaculture farm. bela ayam itik, pokok buah, sayuran, pokok landscape, flowers..amboi berangans.. mmg jiwa kampung habislah! hehehe

Kita hanya merancang, Dia yg menentukan segalanya. Semoga yg mendatang baik baik shj. Amin.

Pic throwback garden di rumah lama sy, tinggal kenangan..owner baru dah start renovate bhgn tepi rumah rasanya..sayu hati kalau fikir. huhuhu

























Thursday, June 4, 2015

cerita laman lagi

Tak banyak progress laman kecuali start mengisi tanah di dalam veggie bed yg hubby buat. beli 10 kampit..1/3 bekas je terisi..so kena beli lagi tanah hitam.

hr ni insyaAllah sy akan dpt lapan pokok cuphea abd dua pokok lantana oren n cream. cadangnya nak tanam di celah tembok tu. excited. sy juga ada order benih pokok pokok bunga yg susah dpt di nursery dr seeds galore di fb. parcel otw. yea!

aktiviti mengemas rumah mmg xkan habis. skrg fokus area laman dulu..clearkan bhgn yg menyakitkan mata..tutup dgn pokok hiasan..skrg ni kami lagi suka lepak di luar dr di dalam rumah..hihi

seminggu dua lagi sy akan buat operasi declutter bhgn dlm rumah. nk minimize brg sebanyak mungkin. rasa mcm nk let go few items dlm rumah... tgklah mcm mana

bhgn rumput yg kami cuba growkan..ni pic lama..skrg improved sikit
sebahagian pokok yg disemai
Ros purple. baru bertunas. sy tanam melalui keratan batang
pokok cekur dlm pasu..
Water lily je yg berbunga.

Sunday, May 17, 2015

Progress laman rumah

Update sikit perkembangan di laman rumah. Tak adalah superb, tapi dah tak nampak lah lalang sampai lutut tu.
Sekurangnya hijau la sikit pemandangan... Laman belum lagi habis ditutup rumput. Kena beli lg 100 keping pearl grass utk tutup area yg berpasir.


Tgh tutup tanah dengan pasir

ni lah keadaan luar rumah last two weeks. semak kan? nak buat mcm mana..rumah x siap renovate lagi


gambar kat bawah ni keadaan rumah terkini.tu pun lom habis lagi ditutup dgn rumput


ni lah keadaan skrg

banyak lagi yg nak kena buat..en hubby pun lom habis lagi tuang simen utk tinggikan porch kereta n buat floor treatment. Bhgn blkg yg sblm ni kebun sayur jadi storage area brg pembinaan. Tgh memikir utk utlize koridor rumah utk jadi tmpt berkebun sayur. Tp dlm pasulah.

Nampak tak rumputnyg mcm sawah padi tu..tu rumput yg dipindahkan dr area blkg. Hopefully rumput tu akan blend well dgn rumput baru bg masa dua tiga minggu. If still hodoh, kitaorg tukar je dgn rumput baru. 

Sunday, March 2, 2014

Aktiviti Ahad - berkebun

Ala, weekend ni kitaorg xkemana pun, layan movie n cartoon dkt rumah je. mmg bermalasan habislah sampaikan plan nk cat dinding bilik bb pun x buat. hubby ckp dia nk rest betul betul before dia start balik construction work untuk bhgn dapur yg dua minggu terbengkalai sbb dpt arahan stop dr majlis daerah. nak tak nak kenalah apply permit. insyaAllah minggu ni dptle kot permitnye.

Anyway, ahad petang br kami anak beranak keluar nenyedut udara berjerebu kt luar. hubby borak borak dgn sapa tah yg dtg menyinggah, sy bz tanam pokok pokok yg baru sy beli masuk dlm pasu. mmg best berkebun ni rupanya...terapi jiwa dan emosi sy yg x stabil..sambil ubah pokok masuk dlm pasu, sy ckp ckp dgn pokok mintak hidup segar. hehehe

dahtu terasa rajin pulak nk susun atur pokok pokok ni bg nmpk kemas sket kt luar tu. sejuk hati yg menengok. sabarlah wahai hati...siap pagar, pasti akan siap jugak mini garden sy. insyaAllah.

Ni gmabar yg sy ambik pagi sabtu. selain pokok keladi gergasi yg sy beli, sy jugak beli pokok pandan, pokok daun kari dan pokok cili api.
Ni lepas dha pindah masuk pasu plastik.
Susun susun sket kasik kemas. ni kira kawasan penyemaian pokok2 la ni..hehehe

Friday, February 28, 2014

Aktiviti pg ahad

1.3.14
1. mami marah adam sbb jatuhkan sebekas berus gigi dlm mangkuk tandas.  kena tukar br berus gigi tu..aiseh
2. breakfast roti telur n sambal sardin.licin plak hero mkn
3. pukul 8.30pg, tokey nursery hantar pokok yg sy order, keladi daun lebar, pokok kari yg harizah order, pokok cili api, pokok pandan... n more tanah hitam. tq daun keladi ada duit sy order lg..hehe
4. mami berguling jp cam citer industan atas katil, dok merenung bilik bb yg xde progress. tunggu kawan yg ke ika beli rak kayu dua set utk bilik tu. tgh sale from rm59 jd rm29..wajible beli. seb baik ada kawan berhati mulia offer nk tolong belikan. tq pijie n shima. korg mmg baik.
5. plan ptg ni nk ubah pokok masuk dlm pasu..kumpul dulu pokok, siap tem
bok, insyaAllah nk susun atur pokok jd taman yg cantik.
jauh lg perjlnan sy membesarkan anak dan mencantikkan rumah...huuhuhu