Showing posts with label Jom Terjah. Show all posts
Showing posts with label Jom Terjah. Show all posts

Friday, March 21, 2014

Jom Usyar: Rumah Halus -Tiny House

Di luar negara, terutamanya negara maju, ramai yg homeless sbb tak mampu menyewa rumah. yg bekerja pun  belum tentu dpt membeli rumah sbb harga rumah kt tmpt tempat diaorg terutamanya kawasan bandar  mmg mahal.. takyah ckp pasal harga rumah kt obersee tu, harga rumah kt mesia pun mcm dah tak masuk akal. jd terpaksalah juga beli dgn pemaju2 dgn harga yg mahal. endingnya, kita kena bekerja smapai ke tua untuk selesaikan utang piutang rumah,keter bagai.

Sempena smgt saya yg berkobar2 (ekeleh poyos)  untuk tukar lifestyle ke arah minimalist and simple, sy pun dok layan blog2 website yg cerita pasal financial freedom bagai. Antara solution untuk insan2 yg tak mahu berhutang ialah dgn memilih cara hidup simple, dan bina rumah kecil. mmg kecil tau! serius cam tak percaya je saiz rumahnya. dah tu portable, ko boleh angkut je kemana ruamah tu dgn truck. hehehe. yg ajaibnya rumah tu lengkap tau. ada tmpt lepak, tmpt tido, toilet, and kitchen.

ok, bukanlah niat sy nak pindah kerumah halus tu. anak ramai kot. takkan nak dok rumah cinonit tu. hutang rumah pun dah buat. takleh bayang kalo buat rumah halus tu, camne saya nak parking..boleh tak agaknya parking rumah kt tanah reserve ktm, or tanah reserve tnb..huhuhu. mau kena halau..nk view cantik sket, pi parking kt tepi tasik shah alam nun..

point sy nak share pasal tiny house ni, nak share idea susun atur rumah tu. bila rumah dah kecik, mmg kita kena kreatif nak susun atur brg. so automatik kena jadi seorang yg superorganized. ehem..rumah sy halus juga, besar sket je pon dari rumah omputih ni..so sy kena belajar untuk kurgkan brg2 yg takperlu dan memaksimumkan ruang yg ada.

oklah..malas nak ckp byk..jomla tgk camna mat saleh2 ni organize rumah derang. kengkadang terpikir, best gak buat rumah kecik ni, habuan saya dan baby Aisyah main pondok2. tmpt mummy and daughter melepak baca novel and tea party berdua..weee

source: http://tinyhouseblog.com  more interesting story and details of the tiny house can be read from this blog.











Monday, March 10, 2014

Jom usyar: my little sister's house

Rasa mcm nak buat entry2 khas mengusyar rumah org. hehehe seronok tgk progress rumah orang sbb secara automatik saya akan termotivasi untuk cantikkan rumah sy juge.

Entry kali ni sy nak update progress rumah adik perempuan sy, cikpuan Amirah. Rumah dia ni takdela wow mcm rumah yg kita dok tgk dlm pinterest or blog deko tu. cuma yg sy kagum, adik sy ni baru berumur 25 thn.. berkahwin umur 23thn. Tapi rumah dia lagi teratur dari rumah akak nya yg sulung ni. hihihih

Masa adik sy bertunang, adik ipar sy dah beli rumah teres setingkat. rumah ni siap sethn yg lepas. saiz rumah 20x70. 

Dah dekat setahun tinggal di ruamh ni, adik sy decide nak buat small house renovation. Antara renovation yg dibuat:

1. Besarkan gate, tambah tembok
2. Besarkan dapur
3. Kitchen cabinet
4. Plaster ceiling
5. Cat dinding

Sy tak tahu apa temanya..kekeke tp bg sy sedap mata memandang, kemas dan teratur. Adik sy ni dari kecik mmg sgt pengemas. Menyampah tau bila time nak raya, dia akan bg arahan paksa sumeorg kemas rumah. bukan takat kemas, celah2 almari, tingkap, kabinet, rak tak boleh ada habuk langsung. Siap kitaorg buat keje, dia jadi QC Audit hasil kerja kitaorg. Sapa tinggalkan cap jari dkt display cabinet kt living room siapla kena bebel.

Adik sy ni bertuah sbb hubby dia pun pengemas dua kali lima dgn dia, sama naik je peel derang ni. Adik ipar saya ni balik keje penat2, tak sempat rehat, panjat tangga buang habuk kat lampu kipas. so kalau gi rumah derang ni, sy cuak sket sbb hero2 kecik sy pakar sepah rumah. kekeke

ok jom le tgk progress terkini rumah dia. sorry gambo takde kronologi sbb tuan rumah yg ambik gambo. mmg ikut dan je dia ambik.


Ruang Tamu

Masa tgh renovate:


Lepas renovate: 

Tuan rumah lom habis mendeko lagi. maklumle baru je siap. tapi akak nye ni tak saba nak updet gamba dlm blog.



Takde gamba living room penuh. tuan rumah malas nak ambik gambo sofa. sofa derang ni pelik sket. kaler baby pink and baby blue. saya seram nak kasik anak2 dok atas sofa tu takut terlekat kesan coklat, gula2 kat sofa tu.mmg naya.


Habis renovate - Before and after 

Table top coklat tu actually dah ready made. pemaju dah buat siap2. mulanya adik sy plan nak tukar tile,tp memikirkan budget tak cukup. derang pakai je la table top seadanya.

                                        

                                       


 

Sy publish gambar ni tuan rumah tak tahu. kalau dia tahu, sure dia kemas kaw kaw hampar kapet bagai baru dia amek gambar..hihihi.