Sunday, September 23, 2012

Weekend @ home :)

Tak kemana weekend ku skrg ni..minggu lepas hubby ada jamboree 4x4 dekat sepang sepanjang weekend. weekend baru ni pula dia ikut kawasaki touring ke Tg malim. what to do, nak cari rezeki, anak dah isteri harus ditinggal-tinggalkan.

aktiviti Sabtu cuma habiskan masa dirumah, tgk tv, kemas rumah dan layan anak2. ptg ahad baru keluar tgk progress rumah dan bawa anak2 ke playground






malam try nak buat pavlova..tapi x jd..byk langgar pantang larang, kempis meringue ku.terus cmapak tong sampah. nyampah mak! :) malas nka ambik gambo.

mid nite packing barang dagangan  kedai bonda..rezeki dari Allah..tetiba je ada pelanggan asyik bertanya produk kedai bonda. byk stok dah habis. saya harus cari modal untuk tambah barang. disiplin dlm pengurusan wang juga penting. eheheh


kepada pelanggan kedai bonda yg jauh dekat..terima kasih byk sbb membeli belah dikedai bonda..skrg kedia bonda dah ada return customer. Happy sgt. Kepada pelanggan Shaklee, terima kasih juga sbb tak serik order suplemen shaklee yg kebaboom tu dengan saya. lagi sekali saya tekankan, rezeki dari Allah. kita minta pasti Allah makbulkan doa kita :)

Home Sweet home: Bhgn 3

Latest update: Dah 45% completed.

Tak sabar nak tgk rumah 100% complete. Dah complete pun mesti byk yg kena betulkan sendiri memandangkan pemaju ni terkenal dgn baut kerja ala kadar. saya tak suka design..saya cuma suka lokasi dan harganye..hehehe

mudah2an adalah rezeki tuk renovate. tak sabar!

p/s: smlm Adam tanya "mami,ni ke rumah kite..mcm buruk je..Adam taknaklah duduk sini.." adus..sedih mak..ni je yg mampu mak ko bg anak oi.. :D


 

Thursday, September 20, 2012

House project:Black and white kitchen

Suatu ketika dahulu aya ni berjiwa masculine..design rumah or furniture suka basic shape mcm square, round...tak minat kerawang bagai. untuk saya, less is better. Now minat dah beralih arah ke arah yg lebih feminine..suka roses, lampu chandelier, lots of green plants...kay..tarik nafas dalam2..stop berangan..

kalau di rumah lama saya, widuri impian, perabot saya cuma ada empat warna asas..biru, coklat, hitam dan cream. tu je warna basic dlm rumah saya. tapi takde pulak gambar rumah lama yg saya simpan. rumah lama tu apartment cum condo. so rumah sempit, design rumah mestilah modern and simple..tak bolehla nak over2 karang semak plak. sob sob..rindunya dengan rumah lama saya tu. tapi kalau tinggal situ lagi..asyik mimpi anak panjat balkoni. hero 4 orang..seriau dok ruamh ada balkoni. nak imagine pun takut.

Saya suka plan mcm mana design rumah saya nanti. tolak tepi pasal modal untuk renovate..jom berangan dulu. kat dapur saya nak design cenggini...bukan urban design..definisi kitchen design ni untuk saya adalah klasik. saya suka! taste mak2 lah katakan..heee actually suka roman blind dia and floor tiles serta pemandangan di luar..sambil minum kopi boleh usyar makcik sebelah sidai kain..wakakaka

k ladies..happy friday..have fun during weekend!

 

Monday, September 17, 2012

Scabies atau kudis buta pada kanak-kanak

Berakhir episod Amir patah tgn, kemudian kembar selsema teruk, kemudiannya Aryan pula demam panas disebabkan lung infection sampai kena warde..yg terkini anak teruna yg sulung pula terkena jangkitas scabies atau  kudis buta dlm bahasa melayu.

saya rasa nak menangis, baru je happy sbb anak2 dah sihat..skrg datang ancaman baru yg boleh attack the whole family. Adam gatal2 minggu lepas, saya ingatkan ruam panas, tpai makin lama makin teruk dan attack seluruh badan adam bahagian perut ke atas. tak sedap hati, saya bawa ke klinik..before this sy hanya sapukan calamine lotion pada badan. shockingly Dr ckp he was infected by mites..penyakit tu dipanggil scabies / kudis buta..whattt????

adoi hai...first thing saya rasa muka saya panas..malu giler..mcm mana anak saya boleh terkena penyakit ni..mcm lah rumah saya kotor sgt..mmg tka percaya..tapi tulah kenyataannya..adam kena penyakit kudis buta..sebut nama tu je pun rasa satu mcm..kalo chicken pox ke boleh thn lagi...huhuhu

Paling ngeri, Dr ckp anak2 lain even parents pun boleh berjangkit. so Dr bg ubat thn gatal dan juga lotion anti scabies plus sulphur soap bar brand JF. balik je mulalah operasi membersihkan baju adam, cadar, tilan, sarung bantal..semua saya basuh dan tukar baru. dah tiga hari treatment, nampak bhgn yg mcm berair tu dah kering..ada satu bhgn teruk infected bawah ketiak pun dah kering terus. lega..

tapi smlm saya visit lagi klinik Aman. Dr puas hati tgk condition kulit Adam dan dia beri lagi ubat dan extra lotion for whoel family untuk pakai. wee kami berpesta lotion anti scabies..hehehe

smlm pun saya tukar lagi cadar. nampak gaya rumah harus betul2 bersih suci dari hama tu. fuh..mencabar! apapun kena buat walaupun penat sbb penyakit tu boleh dtg balik kalau tak direbus baju2 dikhuatiri telur dan hama tu snediri terlekat pada cadar and baju adam. terjangkit dgn adik2 dia mmg naya..nauzubillah.

saya masih tak percaya rumah saya kotor. sehabis mungkin saya jaga kebersihan terutama tmpt tidur anak2. anyway, dah takdir nak kena..harap2 di nursery segala bantal dan sarung tilam sentiasa dibasuh. kalau tak sia2usaha saya ni..huhuhu (mode: nak nangis...).

Byk sgt kejadian tak diingini belaku pada anak2 saya semasa diaorg di nursery..amir patah tgn..kuku kaki Amir pecah..bibir amar berdarah..Aryan Non stop kena selsema. saya fhm bukan senang nak handle nursery. kalau saya sendiri buka nursery, pasti akan ada masalah begitu. saya cuba nak memahami keadaan, tapi ini dah di kira too much untuk saya. saya tka smapai hati nak pindahkan diaorg ke taska lain..sbb budak2 tu sygkan owner. owner mmg baik orgnya. Semoga murah rezeki suami saya, smeoga langsai hutang piutang kami, semooga saya boleh jadi WAHM secepat mungkin.. tak sanggup lagi nak tanggung risiko anak2 berterusan sakit itu ini selama ada di taska.

kay ni infoyg saya dpt dari BlogDr Saiful pasal penyakti scabies. Bagus Dr ni share info kat blog..dia ni pakar kanak2 tau...

Penyakit Kudis Buta (Scabies)

Scabies dewasa..mempunyai 8 kaki


Telur scabies yang menetaskan larva scabies


Kesan scabies pada badan dan kaki

Scabies adalah penyakit kulit yang disebabakan oleh infestasi hama anthropod yang dikenali sebagai Sarcoptes scabie. Penyakit ini disebarkan melalui pendedahan yang berpanjangan kepada mereka yang mengidap scabies ini.

Organ utama yang terlibat adalah kulit di mana hama scabies betina akan masuk ke dalam kulit dan meninggalkan bahan-bahan buangannya (debris), telur dan najis hama ini. Keadaan ini meyebabkan tindakbalas alergi berlaku dan meyebabkan kesan gatal-gatal dan reaksi imunologi pada kulit. Scabies betina ini boleh megeluarkan sebanyak 90 telur sepanjang hidupnya lebih kurang 30 hari. Selepas 3-4 hari telur ni akan menetas dan larva akan menjadi scabies dewasa dalam tempoh 2 minggu dan kitaran ini akan berulang semula

Kesan utama pada kanak-kanak yang terkena scabies adalah gatal pada badan terutamanya pada waktu malam. Kesan-kesan pada kulit seperti bintik-bintik kecil berair (vesicles), kesan trak scabies dalam kulit (burrowing) dan kesan megelupas jelas terdapat pada celah-celah jari tangan atau kaki. Kesan-kesan sebegini juga kerap terdapat pada pusat, ketiak dan juga pada anggota sulit.

Rawatan adalah dengan memberi ubat sapu (untuk membunuh scabies dewasa, larva dan telur) pada seluruh anggota badan (leher ke bawah) yang perlu disapu pada waktu malam untuk 3 malam berturut-turut dan dibiarkan sehingga esok pagi baru dicuci. Adalah penting untuk merawat anggota keluarga yang tinggal serumah bagi mengelakkan jangkitan ini daripada berulang. Pakaian, selimut, sarung bantal serta apa-apa yang dipakai perlulah dicuci dan direndam dalam air panas mendidih untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut.

Edisi Raya: Open House rumah sendiri

Update super duper basi..tapi kena update jugak..sbb first time buat open house.

Actually takdela open pun sbb masak sikit je..untuk rakan2 yg nak bertandang kerumah. takdela pasang khemah and upah caterer  kan... teringin nka buat besar2 an..tapi pastilah temanya..pot luck! heeee. tunggulah kalau pindah ruamh baru nanti. insyaAllah.

menu mkn2 umah saya adalah mee bandung, nasik impit, kuah lodeh, rendang and kuih muih raya. first time buat..takde  balang kuih cantek (huhuh sungguh memalukan)..takde pinggan cantik..takpelah..ni consider as trial..next time saya buat properkay..siap deco gitu..powertrain ladies..next time kite buat best2 and jemput korang..korang mmg selalu jd bahan eksperimen ku...

tetamu yg mula2 dtg is k fad and k irnie sefamily. then geng bujang rashid and fadil, then mlm tu ramai kengkawan samsol dan anak pinak derangmmg meriah mlm tu..saya siap kuarkan toy budak2 taknak kasik anka derang cranky, maklumla apak2 sibuk bersembang..rumah officially di tutup pukul 11.50pm..fuh..melayang kepala. patutnya a week after nak buat open house untuk geng aero, tapi Aryan plak warded..so burn hujung minggu di bulan Shawal..dok kat ward je the whole weekend.

ni je the only gambar sempat ambik..mak bz layan tetamu.

 oo mak ai..bersepahnye dapur ku..lesung batu pun nampak..hambek ko
 
 Nak masak rendan le ni
 


 K irnie time ni tgh sarat mengandung..4 hari kemudian..deliver bb
 
 K irnie, me and k fadz
 
Aryan dgn abg Fadilnye

Sunday, September 16, 2012

Edisi Raya: Open House Hari Raya

Holla ladies..bz ke weekend lepas? mak super bz..bz gi beraya.. hihih

saturday afternoon saya dgn my girfriends gi beraya di tiga rumah di area sek 7 shah alam..this time bawa si bongsu, Aryan je sbb abang2 diaorg ikut aunty and uncles dioarg gi melaka..naik malacca cruise lagi. jeles mak. En Hubby ada jambori 4WD apetah kat Sepang for one whole day. so tak ikutla jd my bodyguard

rumah pertama..rumah my lead engineer..tak amek gambo..malu sbb tak ramai yg kenal..geng powertrain ciput je yg dtg time kitaorg sampai. menu: sate, nasik impit, soto bagai..mcm menu di hari raya...

rumah kedua: rumah irnie..tgk baby aqeel yg baru lahir. so cute! comel! i love newborn baby..nak baby lagi boley? heeheh anak empat pun dah buat daku kurang siuman..tambahla kalo ada lagi satu kan? tgklah lagi tiga 4 taun..

datang rumah org dlm patnag kitaorg takdela expect nak mkn..tapi hubby kak irnie ni rajen tol masakkan kitaorg spagetti bolognaise. ada kuih raya lagi..ok la tu..sedap...and 5 start for the effort. :)

antar gambar yg di ambil kat rumah kak irnie:

 Wanita Powertrain
 
Ini Afiq

 Aryan n K fadz
 
 Ini My bucuk Aryan
 K Irnie and her baby + Daaniya anak k fadz
 
 As usual mesti ada gambar gedik mami dan aryan..heee
 
Auntie Adib and Afiq



ruamh ketiga..time ni kepala otak saya dah mcm nak pecah..migrain. penat bercakap dan bergelak ketawa agaknya..stress kepala mak..hihihi..rumah terakhir ni adalah rumah Che mat...our manager. mmg best ruamh che mat ni..ada mcm2 menu..roti arab..superb! sup daging, nasik impit soto dan mcm2..sorry tak mkn sgt sbb seronok jumpa kengkawan sampai tka lalu mkn..fuh mcmla tak jumpe kat opis..ahahah

ni antara akvititi anak2 dirumah che mat:

 Main buih sabun
 Aryan happy berjalan dgn stokin je..
 
 Eh..nape rambut u ni byk sgt?
 
 Tgk belon terbang2
 
 Hi Nia...u cun la..jom deting jom
 
 Kaum kerabat powertrain
 
 Makan, sembang dan gelak ketawa..
 
 Geng bujang dan tak bujang
 
 Anak dara Man majid..
 
Aryan dicelah2 anak dara orang