Hello ladies! Sejak dua menjak ni saya
banyak menghabiskan masa terluang dengan menyelongkar ‘google’ mencari ilmu2
tentang kewangan. Maklum sajalah, bila
dah berkeluarga, byk sungguh perbelanjaan bulanan sampaikan melebihi
pendapatan pulak. jadi kenalah review dan buat rancangan nak kurang bebanan hutang.
Untuk mengetahui kewangan kita ni sihat ke tak sihat, kita
kena buat dua perkara:
1. 1. Listkan total asset ditolak dengan total liability :
bermaksud, senaraikan segala aset2 yg ada dan tolak segala hutang2 yg ada. Adakah
baluenya positif atau negative
2. 2. Income – spending: jumlah pendapatan ditolak
dengan perbelanjaan. Positif ke negative?
Kalau negative, mmg kewangan anda dalam keadaan tidak sihat.
Kalau alir tunai korang terlalu kronik, sila minta bantuan perancang kewangan. Jangan
malu sbb kalau nak kira malu, silap2 status berubah jadi bankrupt. Lagi malukan?
Bila dah tau status kewangan korang sihat atau sakit, langkah kedua adalah menetapkan
matlamat kewangan. Apa goal cik2 dan puan2 dalam jangka masa pendek atau
panjang. Sila tulis dalam bentuk wording. Kemudian letak rating dari yg paling tinggi
priority nya and less priority. contohnya: nka habiskan utang kad kredit dalam masa setahun atau nak ada rm50k dalam tabung education anak korang bila umur dia 17 thn.
Dah ada goal/Hala tuju kewangan anda? Baru kita ke langkah
ketiga, iaitu langkah tindakan yg akan dilalukan untuk mencapai wawasan kita yg
suci murni tu. conthnya: wawasan saya
nak cepatkan tmepoh pembayaran hutang kredit kad, jadi plan saya adalah nak
kurangkandining out, masak dirumah, jumlah wang yg dapat dijimatkan itu saya
guna untuk bayar hutang kad kredit saya tu.
Realisasikan wawasan korang dgn betul2 ikut langkah tindakan
yg korang plan tu..
Dahtu, mulalah menyimpan rekod. Tang ni saya agak lemah, sbb
ia melibatkan organizing. Tapi saya dah mulakan langkah pertama dengan membeli
ini:
Bahagikan folder korang mengikut bulan kemudian masukkan
segala receipt/statement dlm folder. Let say receipt yg dibelanjakan bulan
march, masukkan folder bulan march. Cam gitulah ceritanya. Reason kenapa kita
kena rekod, sbb nak tgk cashflow kita dan juga memudahkan kita bila time nak bayar cukai pendapatan nanti. segala statement insurance, saving anak, or rezit beli buku ada dlm folder tu. dari situ jguak kita boleh tau cashflo kita ok or tak ok, kita ni Boros atau kedekut.
Dah
simpan statement2/ resit tu dlm folder, then rekodkan dlm excel file dalam bentuk berjadual.
Daripada rekod tu, akan tersedialah satu report monthly
financial korang. Hehehe baru boleh ke langkah seterusnya yakni sediakan
belanjawan. Cewah, mcm belanjawan Negara plak. Daripada laporan bulanan
kewangan korang, baru tau mana yg boleh dijimatkan, mana yg kena slash terus,
mana yg tak perlu.
Kemudian dah ada belanjawan, korang boleh baik pulih hutang
piutang bergantung pada wawasan kewangan korang yg korang plan tadi tu.
Setiap hujung bulan, jangan lupa review status kewangan
korang ok? sbb saya pun lom buat, jom kita buat sesama. insyaAllah berhasil nanti usaha kita nak uruskan belanjawan kita secara bijak dan teratur.