Wednesday, August 29, 2018

Promo vivix Ogos 2018

Bulan ni promo shaklee adalah Vivix.

Vivix mempunyai banyak faedah terhadap kesihatan. Kadar antioksidan yang tinggi terkandung dalam Vivix memberi faedah terhadap sel tubuh,

Vivix membantu menjana tenaga dalam mitokondria sel, membuatkan menjadi bertenaga sepanjang hari


Vivix menggalakkan penghasilan sel baru untuk menggantikan sel yang rosak. Sebab tu ramai yang memberi feedback, kulit menjadi berseri, wajah kelihatan lebih muda dan bebas cela. wow kan?

Luka cepat sembuh setelah mengambil vivix kerana kandungan dalam video vix mengaktifkan penghasilan sel sel baru.

Ramai ibu selepas bersalin mengambil vivux ni. Orang yang cedera, luka pembedahan juga digalakkan mengambil vivix untuk memercepatkan kadar pemulihan luka.



Best kan vivix?

Jangan tunggu, promo hanya tinggal 2hari lagi. harga memang tak masuk akal. whatsapp saya untuk penerangan lebih lanjut.

Setiap pembelian akan menerima free gift dari saya 😉

wasap.my/60193833108/vivix

Siapa saya?

Saya Sarah Amin, isteri kepada Sol, ibu kepada Adam,Amir,Amar,Aryan,Aisya

Saya pengedar Shaklee yang sah (ID:1303386)

Saya sedia dihubungi 24jam sehari, feedback akan akan diberi dengan kadar segera.

Penghantaran adalah keseluruh Semenanjung,Sabah,Sarawak.


Tuesday, August 28, 2018

Anakku patah tulang bahu

Cerita semalam saya dah kongsi di FB dan IG saya.

Waktu dinner, saya makan di dinning tablr sambil menonton TV Ecah pula memanjat dining chair dan kemudian ke sofa. Saya tegur minta dia turun takut pula jatuh kan.. instinct mami memang betul, tak sampai seminit saya tegur, Ecah jatuh posisi mengiring betul betul depan saya.
Saya nampak bahu terhempas ke lantai, kemudian kepala.

Ecah menangis. Bunyi lain macam, kesakitan. Hati dah terasa, mesti ada tulang yg crack atau patah

Saya bertenang, dah biasa dah dengan insiden patah hidung, bahu, siku abang Ecah.

Saya dan hubby tenangkan Ecah pujuk dia sambil periksa bahagian yg sakit. Sebabkan dia dah calm sedikit, saya beri paracetamol dan Ecah tertidur

Tengah malam hingga ke pagi dia terjaga bila tak sengaja beralih posisi badan. saya ikat lengan ke badan menggunalan shawl supaya dia tak gerakkan tangan waktu tidur.

Esoknya awal pagi Ecah dah bangun makan biskut chipsmore dan milo. Dia dah tenang cuma sangat hati-hati bila bergerak. Saya mandikan dan pakaikan baju tanpa masalah. Dalam hati, mungkin hanya terseliuh, apapun harus bawa ke klinik untuk diperiksa doktor

Di KK Penaga, walaupun ramai sebab Ecah kanak-kanak, Ecah dapat fast lane untuk jumpa doktor.

Lady doctor, dia menyuruh Ecah mengangkat tangan, amazingly Ecah bolrh mengangkat. Doktor memberi komen, mungkin tak patah tapi kena xray untuk kepastian.

Result Xray ditangan. Juru Xray awal lagi beritahu saya yang tulang bahu Ecah patah. Aduhai kasihan Ecah.

Disebabkan kes patah tulang, doktor di KK mintak refer ke Hospital Seberang Jaya di Klinik Pakar Ortopedik 

Maka, teruslah saya drive ke HSJ bersama Ecah. Saya mintak hubby jemput anak-anak yang lain  dari sekolah.

Cut short cerita, doktor orthopedic di HSJ decide untuk tak buat apa apa, biar tulang heal sendiri dan akan di monitor dari sekarang.

Ecah di  pakaikan armsling dari kaintiga segi macam masa saya belajar waktu aktiviti pengakap. hehe

Pulang ke rumah saya tukar ke arm sling Aryan yg patah tulang bahu juga dulu.









Hari ni Ecah ceria semula..walau sakit, dia mampu tolerate dengan kesakitan. Semoga cepat sembuh princess mami.

Monday, August 20, 2018

Ogos 2018

Assalamualaikum

Lama kan saya senyap sunyi..hehe

Ada je, sibuk dengan anak-anak.

Niat nak update daily activities dengan kiddos di blog memang ada, sebagai kenangan mami dengan anak-anak.

Sekarang ni saya kembali dengan aktiviti berkebun. Adalah few jenis pokok sayuran yang saya tanam. Hobi yang melekakan saya, menyibukkan saya dari banyak mengeluh kebosanan.

Tiga tahun pertama, saya enjoy betul tak bekerja, menjadi housewife tapi bila anak makin membesar, terasa macam rindu pulak dengan office, rakan taulan yang ramai.

Saya mula merangka apa plan saya untuk beberapa tahun akan datang. Saya tai mahu membazirkan tenaga muda, sementara badan masih sihat dengan tak buat apa-apa.

kan?

Nak lipat baju, esok packing barang untuk balik sambut aidiladha di kampung. selamat hari raya. selamat berpuasa pada yang akan berpuasa esok.

Semoga Allah ampunkan segala dosa kita dan seluruh ahli keluarga kita. semoga Jannah tempat kita diSana nanti. Amin

Wednesday, March 7, 2018

Mengisi borang E Filing LHDN secara Online 2017

Pagi ni terasa suatu accomplishment bila rumah dah siap berkemas,mendobi, siram pokok dan..... isi borang e filing suami dan diri sendiri.



Saya memang tak bekerja, tapi ada income bisnes kecil kecilan, saya tetap akan ishtiharkan. Jadi surirumah pun kena juga isi e filing. Sebagai PA suami, income dia pun saya tolong declare, siap ada lebihan PCB terlebih bayar lagi. Duit yang akan dipulangkan LHDN akan jadi upah saya lah:)

Adakah susah untuk mengisi borang LHDN tu?

Taklah, cuma pastikan untuk claim rebat cukai, ada segala resit (untuk pembelian buku, majalah, laptop, ipad, langganan internet, receipt pembayaran hospital ibu bapa),surat pengesahan doktor untuk ibu bapa, etc..di sediakan, disimpan dari awal tahun.

Dokumen sokongan ni hanya diperlukan jika LHDN menghubungi kita untuk diaudit.

Dan paling penting, jangan salah isi borang ye..baca betul-betul kegunaan setiap borang, ada untuk bisnes, makan gaji dan sebagainya. Kalau tak tahu isi online, pergi je ke kaunter LHDN, staf LHDN dengan gembira akanmembantu uols

Selamat ber e-filing!


Monday, March 5, 2018

Dekorasi bilik anak lelaki

Alhamdulillah my boys ada dua bilik setiap satu bilik dikongsi dua orang. memandangkan baru tiga bulan berpindah, banyak laki kerja susun atur, renovation akan dibuat dalam setahun dua ini. insyaAllah
Bilik pertama, bilik anak kembar saya, Amir dan Amar. Tema warna yang saya cuba adakan adalah biru putih. Suami buatkan rak buku sekolah. itu sahaja yang baru, segala perabot yang lain memang perabot sedia ada yang saya bawa dari rumah lama..konsepnya jadi mix and match.
jadilah kan untuk masa sekarang. penambahbaikan akan dilakukan sedikit sedikit.
Bilik kedua masih lagi huru hara, penuh dengan kotak dan tools DIY suami. saya hanya sediakan satu corner untuk menyusun buku sekolah anak sulung dan keempat, Adam dan Aryan.
Angan-angan nak create tema warna hitam kelabu putih, warna selamat untuk anak lelaki. saya akan kongsikan progress deko kedua bilik ini nanti.




Homeschool Aisya 4 tahun

Tahun ini sepatutnya Aisya ke Tadika. Tapi Aisya belum bersedia untuk berenggang dengan maminya
Sejak menjadi suri rumah, Aisya memang langsung tak boleh berenggang dengan saya. kalau dia keluar bermain dengan abang, setiap 10minit dia akan cari saya. Aduhai
So, this year masih ok untuk tidak ke sekolah, tapi saya homeschool si kecil ini di rumah. Saya mengajar Aisya mengenal alphabet, phonic reading, coloring, dan basic menulis. Saya tak membeli mana mana kurikulum yang banyak di jual di internet. Cukup sekadar menjadikan website homeschool mom di luar negara dan dalam negara sebagai rujukan.
Pagi ini, Aisya bermain Kinetic sand. Saya biarkan dia bermain sendiri sementara saya menyiapkan housechores. Tak ada rigid schedule untuk Aisya. Apabila saya agak kelapangan, saya akan adakan sesi bercerita dan membaca buku phonic.
Alhamdulillah, Aisya kini sudah habis buku 2 Bacalah Anakku. Saya belum memulakan buku 3 kerana ingin pastikan Aisya betul-betul familiar dan lancar dengan content di dalam buku 1&2 baru bertukar ke buku 3.

Potong rambut

Hari Ahad lepas, saya membawa anak anak ke kedai gunting rambut di kampung saya. Konon hendakkan kelainan, saya memcuba di kedai gunting rambut ala hipster.

Tapi, lepas digunting, rambut anak anak saya berjambul pula. Ala style rambut remaja sekarang tu. Bagi saya memang kemas hasil kerja adik adik barber ni, cuma tak sesuai untuk pelajar sekolah. Masalahnya, saya tak sampai hati nak mintak tukang gunting betulkan bila saya tengok muka diaorang kepuasan dengan karya seninya.

Ternyata sangkaan benar belaka, hari ini anak anak pulang dengan memberitahu yang cikgu menegur style rambut dioarang dan cikgu menyuruh memotong pendek rambut masing masing. lol

Daru sekolah terus saya bawa semua ke barber shop berdekatan rumah, untuk di alter semula  rambut diaorang. Kali ini, rambut dipotong mengikut piawaian sekolah..nak berfesyen, tunggu habis SPM ye anak anak.