Assalamualaikum
Lama kan saya senyap sunyi..hehe
Ada je, sibuk dengan anak-anak.
Niat nak update daily activities dengan kiddos di blog memang ada, sebagai kenangan mami dengan anak-anak.
Sekarang ni saya kembali dengan aktiviti berkebun. Adalah few jenis pokok sayuran yang saya tanam. Hobi yang melekakan saya, menyibukkan saya dari banyak mengeluh kebosanan.
Tiga tahun pertama, saya enjoy betul tak bekerja, menjadi housewife tapi bila anak makin membesar, terasa macam rindu pulak dengan office, rakan taulan yang ramai.
Saya mula merangka apa plan saya untuk beberapa tahun akan datang. Saya tai mahu membazirkan tenaga muda, sementara badan masih sihat dengan tak buat apa-apa.
kan?
Nak lipat baju, esok packing barang untuk balik sambut aidiladha di kampung. selamat hari raya. selamat berpuasa pada yang akan berpuasa esok.
Semoga Allah ampunkan segala dosa kita dan seluruh ahli keluarga kita. semoga Jannah tempat kita diSana nanti. Amin





