Sunday, May 15, 2016

Saya nak kurus..sobs

Saya jarang sgt rasa nak kurus..saya cuma akan merungut tak habis pasal nak kurus ni masa pregnant je..lepas tu dah tak sempat nak merungut, berat badan saya turun dengan cepat. Adalah sikit saki baki baby fat especially tang perut and peha. kekeke

Tapikan, sejak saya tak kerja ni, dalam masa tiga bulan pertama, berat saya bertambah 5kg! bygkan anda membeli beras 5kg, try kendong tgk..ha tu lah tambahan berat sy. aduhai..biasanya bila sy try be active sket and kurangkan makan, berat badan sy akan go back to normal la..range dlm 55-58kg.. tp now dah 60++.. betullah kata orang..bila umur meningkat, mulalah kita akan concern about beauty and health. kesihatan first, beauty second.. Tambah tambah pulak bila en hubby asek highlight, life begin at 40..his life la tu..bahaya nih...mak kena slim balik mcm dolu dolu demi kesejahteraan rumah tangga iol..

BTW dulu saya mmg gemok..masa form 5, berat sy 68kg okeh..debabs sgt..masuk matriks di USM, sem pertama sy rilek lagi..sem kedua dah panik sbb xde boyfren.kahkahkah..gile. pastu beli running shoes..sy memilih berjln kaki dari dewan kuliah matriks, atas bukit ko...mau semput memanjat (skrg dah takde dah matrikulasi USM) ke hostel desa permai (tempat shooting filem alisetan yg femes tu)..skip lunch, breakfast ala kadar, cuma sy dinner dgn fresh milk, apple and roti sket..mmg gila..sy kurus kering. kira berjaya la bila kita desperate kan? Lepas berjaya, tup tup dpt la boypren. *ok buang masa je..adik adik jgn bercinta masa belajar. naseb baikla berjaya grad dan jadi engineer.

Pastu berat badan naik sket bila kerja..senang hati kan..55kg camtula..just nice untuk ank dara..kekeke pastu putus cinta..tinggal tulang balik.. ekeleh..nak muntah bila fikir. tp masa kurus tu la En hubby pandang i, sebelum ni sket tak pandang, cakap dgn kite ni pandang tempat lain kemain sombong dia..tetiba je pas iol kurus, dia start sengih lain mcm..nampak cun kot badan nipis melayang tu..hahah  p/s: I love u sayang.. :P

Untuk anak anakku, Adam, Amir, Amar, Aryan, Caca.sila jangan langkah mommy ni ye..buang masa je bercinta time belajar. Sila belajar rajin rajin, betulkan niat mencari ilmu kerana Allah..insyaAllah tiba masa dan jodohnya, korang akan dpt pasangan kesyurga.

Ok berbalik pada permasalahan sy yg gemuks ni. apa yang sy buat dlm sebulan pertama ni..not much..kawal kalori intake, sedikit plank, burpees dan squat exercise. takcukup! metabolism sy low sgt..and saya tak boleh control pengambilan coffee..saya akui sy coffee addict. kronik boelh migrain kalau tak ambil. orang kata minum satu mug coffee, mmg semalaman tak tido... sy minum 3 mug, sy boleh kerabat atas katil and zzzz

Next phase, ada dlm 3 wks before puasa, sy kena jog, main football dgn my boys and kejar ecah dekat playground. itupun kalau hari tak hujan lah..

seriously sy sgt concern dgn ukur lilit pinggang saya..lemak lemak please go away..

target in 2 months, berat 55kg..amin amin..



Wednesday, May 11, 2016

Girls outing day + tulangnya retak.

Secawan caramel latte + my princess,aisya =I am a happy lady

Bawa my baby gi penang island sbb hantar hp en hubby tg tertinggal dirumah. Lepas tu bawak caca gi mengopi bg dia happy sket main dkt playground lepas lama kena kurung dirumah.

AlhamdulillH..caca dah nmpk ok lepas seminggu dia jatuh dr dining chair. Tulang siku retak. Dah nama budak-selagi boleh tahan sakit tu, kehidupan riang ria diteruskan mcm biasa. Haisy..memanjat guna sebelah tgn pun boleh. Mami yg kena perhati tgn caca takut dia byk sgt guna nanti bengkak pula.

Dr yg rawat x de buat apa peocedure pun...tulang retak tu sikit je dan akan ok sendiri. Caca adalah anak ketiga dari lima orang anak gg tulang retak dan patah. Kejadian pertama masa.amir jatuh playpen di taska..tulang siku jugak..patah. Kena operate masukkan dawai..ikat, disimen..lepas sebulan kot doc tarik dawai tu dr siku. Alive! Mak nebes takut dia meraung tp dah nama anak jantan..rilek je dia buat.muka pelik tgk dawai disiku ditarik keluar.

Next yg kena adalah aryan masa dia sebaya caca. Jatuh de katil dirumah adik. Dia panik sbb xde org dlm bilik. Tulang bahu aryan retak. Tiga minggu camtu dah sembuh..takde simen ke apa..doc cuma balut bandage besar keliling badan ikat sekali tgn tu xnak kasik gerak. Gitu la

Now aisya pulak..kesian baby mommy..mujur aisya brave girl..walaupun meraung dlm bilik xray mcm tgn dia patah empat bhgn..huhu alhamdulillah Allah masih pinjamkan Adam, Amir,Amar,Aryan dan Aisya dlm keadaan sihat dan ceria. Semoga anak anak mommy sentiasa dibawah lindungan Allah s.w.t

P/s akhirnya mommy dpt kad ucapan hari ibu dr Adam. Sgt costdown..haha penjimat betoi anakku. Apapun tq ye nak mommy hargainya.








Monday, May 9, 2016

GOOD LUCK ADAM SAUFY

This week is an exam week forAdam. Phew..mommy is a bit nervous and pray hard for Adam to win in his 'battle' He himself..sigh.. Watching tv non stop. Art n craft all night long..weekend movie marathon... Adoi..no prep at all.. He said to me..no problem la mommy...soalan selalunye senang je. Over confident anak aku ni.

Adam,
This is not about getting no 1 in your class so that mommy can 'kompang' satu kampung yg  my kids are brilliant.  Mommy want Adam n adik adik to taste the sweetness of success and always be on top. Bukan bermaksud jadi kiasu, tp untuk sentiasa pastikan setiap usaha mengdatangkan hasil yg terbaik. Buat kerja dgn sungguh bukan sambil lewa. Tpkan..mommy rasa mommy je yg work hard...Adam masih rilek..hehe org kata, usaha tangga kejayaan.. man jadda wa jadda... Ingat tau adam...

Weekend lepas tak ada aktiviti kecuali shopping brg dapur di Tesco on Saturday. And onsunday boys lyn movie..one movie after another..rumah totally in chaos bila all five boys ada..(include bapak derang).  Mommy malas nk buat apa..even x de dorongan langsung nk study or baca paper. I told Adam to work hard if he want to success in his study or whatever he do..he must focus and discipline.. tp mommy? Cakap je pandai tpdiri sendiri tal buat pun..hihi

Ok pasni mommy pon kena fokus semula dgn study mommy kay.insyaAllah

 Orang kata a child who only educated at school is not an educated child..he must be educated at home as well. Hmmm kalau makan pun mommy suapkan lagi, kasut baju mommy basuhkan.. Hehe okla...pasni ada housechores utk my superheroes..kena belajar uruskan diri pula lepas ni.

Btw, good luck Adam..semoga berjy menjawab soalan exam dgn jayanya. Doa mommy always untuk anak anak mommy supaya berjaya di dunia dan akhirat.








Sunday, May 8, 2016

Selamat hari ibu, mak

Wow, today ke hari ibu?I wonder why this year no body wish me happy mother'sday like.last year. Nampak,sgt teacher tadika diaorg yg last year yg bersusah pyh buatkan all the wish card utk mommy.

Bila sy tahu today is mothers day, terus saya terkenangkan arwah bonda yg dah almost 16yrs meninggalkan sy. Mak adalah my BFF. Sepanjang hayatnyA..setiap,nafas sy, hanya fikirkan mak especially waktu dia sakit. Apapun segalanya suratan dr Allah s.w.t sy redha. Cuma sy jeles sbb tak ada ibu yg doakan sy waktu sy susah dan,senang mcm orang lain. Sedih dan happy sy simpan,sendiri. Iyela x semua benda boleh dishare dgn org kan.

Tgk pic di IG and.FB kawan kawan share pic celebrate mothers day and birthday mak masing masing, sayu rasa hati ni. Saya dah x berkesempatan nk buat tu semua. Semoga Allah ampunkan dosa mak, semoga mak tenang di alam barzakh. Mudah mudahan syurga tempat untuk emak..Amin.
19.3.1959 birthday mak. Tak pasti abah masih ingat atau tidak.

Baru ni sy jumpa surat yg sy tulis utk mak di hostel. Masa tu first year kt usm. Mmg hati tak tenang sbb tau mak tgh kritikal. Few days after sy tulis, mak meninggal. X sempat bagi. Seriously hati sy rasa membuak ber darah bila baca surat yg sy tulis tp mak,x sempat baca.

Rindu mak...
Argh benci setiap,tahun pd hari ibu sy akan 'hujan' sakan.

Wednesday, May 4, 2016

2nd of May 2016, Aeon BM, Penang - Misi Shopping Gagal

Niat dihati nak bawa superheores and the princess gi outing, shopping, makan sushi..at first 30minutes they were all like little angels sangat behave, sweet, cute jln pegang tangan.. after 30minutes, twins start bergelak ketawa bergurau dan bergusti manja..aryan bising nak belon..celah mana la belon nye.. aisya pulak menjerit meraung nak segala toy yg dia nampak kat mall.

mood mommy dah hilang. amaran terakhir diberikan kalau masih xnak behave, mommy dan ayah ajak balik..dan akhirnya..diaorg tak dengar pon..demi untuk membuktikan yg mommy sgt serius dalam berkata kata..heh! mommy kotakan janji okay..immediately mommy ajak ayah bawak semua ke kereta..at first boys ingat mommy main main..end up diaorg baru realize yg mommy tak main main..tp dah too late..aryan dan start berbunyik tak nak balik..mommy kuatkan semangat, jgn mengalah nanti diaorg dah tak heran dgn ckp mommy.. so mommy berdegil bawak semua masuk kereta dan balik.. *nanges dalam hati sbb mommy pon nak mkn sushi and shopping barang DIY. pintu Daiso pun tak sempat nak jengah.

Weekend ni cubaan kedua ke shopping mall..harap sgt dioarg behave..bukan senang oi nak angkut lima budak kecik ke shopping mall. kalau uol rasa ala lima je pon, tu pon nak kecoh..hehehe uol jgn tak tahu mommy ni jenis cepat stress,nervous...kalau jln jln, asek kira quantity anak.. tu lom cerita kisah gi padangbesar lagi.. kepung anak anak mcm kepung anak ayam. tmabah hubby plak tak abes abes remind kes culik budak curi organ..lagila tak rasa nak beli apa dah..nak masuk kereta dan balik je.

BTW, ni momen terindah 30 minit pertama. tu pun dah start dah buat peel. hehehe









Mari berkebun: Ahli keluarga baru

Introducing our newest family members.. start collect semula pokok pokok.. Sejuk mata memandang

Pandan, kesum (fern tu dah lama dah)

Lima jenis anak pokok keladi dan cekur and pudina


pokok lidah buaya dah nazak dah tu...



Monday, May 2, 2016

Bilik stor dah dikemas..yea!

Alhamdulillah ...Selesai mengemas bilik yg sgt semak..stor, bilik toys a.k.a bilik study Adam. Masa pindah, sy longgokkan je sesuka hati semua benda..now br ada sikit masa untuk mengemas..x dela cantik manapun janji tersusun senang nk cr barang. Masih belum kemas 100%.sy belum organize school papers anak anak. School supplies dah habis sorting..lepas ni nk sort buku kerja and kertas anak anak. Dan paaaaaling penting nk kena organize 'toy' ayah..drill,grinder bla bla bla..tool box pun dah penuh.. Dan juga microwave n periuk nasik kena letak didapur comel dgn kadar segera. Baking supplies pon masih kucar kacir..haisy.. Bertabahlah

Less is more.