Wednesday, May 4, 2016

2nd of May 2016, Aeon BM, Penang - Misi Shopping Gagal

Niat dihati nak bawa superheores and the princess gi outing, shopping, makan sushi..at first 30minutes they were all like little angels sangat behave, sweet, cute jln pegang tangan.. after 30minutes, twins start bergelak ketawa bergurau dan bergusti manja..aryan bising nak belon..celah mana la belon nye.. aisya pulak menjerit meraung nak segala toy yg dia nampak kat mall.

mood mommy dah hilang. amaran terakhir diberikan kalau masih xnak behave, mommy dan ayah ajak balik..dan akhirnya..diaorg tak dengar pon..demi untuk membuktikan yg mommy sgt serius dalam berkata kata..heh! mommy kotakan janji okay..immediately mommy ajak ayah bawak semua ke kereta..at first boys ingat mommy main main..end up diaorg baru realize yg mommy tak main main..tp dah too late..aryan dan start berbunyik tak nak balik..mommy kuatkan semangat, jgn mengalah nanti diaorg dah tak heran dgn ckp mommy.. so mommy berdegil bawak semua masuk kereta dan balik.. *nanges dalam hati sbb mommy pon nak mkn sushi and shopping barang DIY. pintu Daiso pun tak sempat nak jengah.

Weekend ni cubaan kedua ke shopping mall..harap sgt dioarg behave..bukan senang oi nak angkut lima budak kecik ke shopping mall. kalau uol rasa ala lima je pon, tu pon nak kecoh..hehehe uol jgn tak tahu mommy ni jenis cepat stress,nervous...kalau jln jln, asek kira quantity anak.. tu lom cerita kisah gi padangbesar lagi.. kepung anak anak mcm kepung anak ayam. tmabah hubby plak tak abes abes remind kes culik budak curi organ..lagila tak rasa nak beli apa dah..nak masuk kereta dan balik je.

BTW, ni momen terindah 30 minit pertama. tu pun dah start dah buat peel. hehehe









Mari berkebun: Ahli keluarga baru

Introducing our newest family members.. start collect semula pokok pokok.. Sejuk mata memandang

Pandan, kesum (fern tu dah lama dah)

Lima jenis anak pokok keladi dan cekur and pudina


pokok lidah buaya dah nazak dah tu...



Monday, May 2, 2016

Bilik stor dah dikemas..yea!

Alhamdulillah ...Selesai mengemas bilik yg sgt semak..stor, bilik toys a.k.a bilik study Adam. Masa pindah, sy longgokkan je sesuka hati semua benda..now br ada sikit masa untuk mengemas..x dela cantik manapun janji tersusun senang nk cr barang. Masih belum kemas 100%.sy belum organize school papers anak anak. School supplies dah habis sorting..lepas ni nk sort buku kerja and kertas anak anak. Dan paaaaaling penting nk kena organize 'toy' ayah..drill,grinder bla bla bla..tool box pun dah penuh.. Dan juga microwave n periuk nasik kena letak didapur comel dgn kadar segera. Baking supplies pon masih kucar kacir..haisy.. Bertabahlah

Less is more.


Wednesday, April 27, 2016

Mari berkebun...

Progress rumput di laman rumah sewa. Cepatlah tumbuh menjalar syg sygku..pastu nk trim kamu insyaAllah akan,berseri sikit laman.. Tp rumput liar cepat betul bercambah.tiap hari kena merumput. Bolehla mak exercise buang lemak :)

Bila la nk mengecat tembok. Target sebelum puasa dah siap ceriakan laman. Seadanya dgn bajet minima.



Dua gambar dia ambil selang tiga hari...sobs..not much progress



Monday, April 25, 2016

Dailyroutine : fetch boys from school

 Rutin harian sy dan Aisya..jemput abang adam, amir, amar dan aryan balik dari sekolah. Sekolah diaorg no berdekatan..mengadap padang je..so xdela letih sgt. Lepas fetch preschooler tigaorg, brlah tunggu abang adam dibawah pokok tepi padang.

P/s..bil letrik mak melambung..rm202.30 this month..penangan elnino..kena jimatletrik lepasni.




Gambar ecah ni xde kena ngena dgn ini cerita


From Finance to Farmer - Incredible Permaculture Farm Created in Just 3 ...





Inspiring story..



Mana cangkulku? mana cangkul ku?

Saturday, April 23, 2016

Gardening

Sejak berpindah dr rumah lama, sy mcm malas nk berkebun memandangkan rumah ni rumah sewa. Sy sgt rindu garden dirumah lama yg 80% completed. sungguh ! rindu sampai sebak bila fikirkan sy meninggalkan veggie bed sy, pokok kelapa matang, pokok mangga dan jambu diluar pagar. tempat storage tools yg hubby buat siap dgn sinki..my lawn yg hijau..huhuh sobs..sebak

Sekarang ni, setiap pagi asal keluar je, sy akan bertegur sapa dgn jiran, kak raziah yg akan membelek pokok pokok nya di laman. sy ceburu. beza dgn rumah sy yg tanah berbatu, kosong, plain..dinding tembok yg tak bercat, berlumut. mulalah sy rasa 'hangat' nk berkebun kembali.

so sy start replant semularos jepon yg tak terjaga tu (itu je antara pokok yg sy dpt angkut bersama dgn pokok limau purut dan pokok daun kari) menggunakan plastic type pot yg sy bawak masa pindah. pasu pasu berat terpaksa ditinggalkan pada owner rumah yg baru. takpe sy ikhlas bg walaupun sedih.

skrg ni dah ada enam pasu ros jepun pelbagai warna..baja semula pokok  limau purut dan daun kari.dah nampak start tumbuh pucuk baru. alhamdulillah. masa kitaorg gi shah alam atas sbb penjualan rumah, sempat lagi singgah nurseri pokok sg buloh hanya beli 4 keping 2*1ft japanese grass. Sedih sebab tak dpt beli banyak sbb kami hanya naik myvi sahaja waktu tu..so tak muat kereta..huhu.. dgn 4 keping ruput tu en hubby pecahkan ke kepingan kecil dan replant kt laman yg berdebu tu.En hubby hanya directly tanam atas tanah yg digembur sedikit. Kami tak fertilize tanah tu, so mengharapkan nasib je la utk rumput tu hidup. malangnya dgn musim elnino skrg ni, ada tompok rumput yg tak dpt survive..dah lebih sebulan ditanam..ada bhgn yg nmpk galak menjalar..dan ada yg bercantum. mcm bela anak, setiap hr sy belek progress rumput rumput tu..huhu ada masa sy snap gambor laman kosong sy.

Rasa smgt utk berkebun semula  especially sayuran. sblm ni kami tak perlu beli sayur sbb sayur favourite mcm sawi, bendi, kailan dah tersedia ditanam..tomato pun ada..sy pernah share ttg veggie garden sy sblm ni.

tgh  fikir nak buat veggie bed sbb senang nk control tanah dan weeds..tgklah nanti lepas settle projek bilik belajar anak anak. skrg ni sy hanya tmbh koleksi orkid je and satu spesis pokok apa tah sedekah dr my daddy.

Hari ni seharian sy study pasal permaculture, sustain living farm.. untuk info boleh je search di you tube,.byk video yg di share ttg permaculture technique ni. Sy berkobar nak beli tanah di kawasan kampung. sedang eyeing tanah lot or tanah kampung untuk dijual. This time sy tak nak fikir lagi untuk beli rumah siap dr pemaju sbb kata je rumah mampu milik actually org kaya je yg mampu milik..kami rakyat marhein yg susah ni hanya mampu tengok. insyaAllah dgn tulang empat kerat en hubby, kami akan bina tempat berteduh kami dihari tua nanti. for now, sewa je rumah di Penang ni sbb harga rumah di PEnang aduhai sama je mcm di Selangor. Rumah mampu milik kerajaan negeri hanya boleh dibeli dgn bersyarat, mengundi di penangla, menetap lebih lima thn di Penang etc. So kami tak layak untuk apply. Rumah sendiri di kampung akan jadi weekend house smapai lah en hubby pencen. itu plan kami. insyaAllah.

Kalau dpt beli tanah lot, bestnye kalau sy dpt buat permaculture farm. bela ayam itik, pokok buah, sayuran, pokok landscape, flowers..amboi berangans.. mmg jiwa kampung habislah! hehehe

Kita hanya merancang, Dia yg menentukan segalanya. Semoga yg mendatang baik baik shj. Amin.

Pic throwback garden di rumah lama sy, tinggal kenangan..owner baru dah start renovate bhgn tepi rumah rasanya..sayu hati kalau fikir. huhuhu