Thursday, April 7, 2016

DIY Printables Paperplane for boys & Makeover A4 Paper Box for Rug storage

DIY Printable Paper Plane

Small project yg sy buat dgn my boys untuk sesi art and craft di rumah. What I did, just google search for  printable paper tank and ship, print them out and let them cut every part as instructed, fold and glued the paper to become one complete vehicle.

This activitiy I think suitable for Adam je sbb memerlukan kepakaran menggunting especially the small pieces. nak gam pun kena hati hati. So far dia berjy menggunakan skill fine motor dgn jayanya tp tak kemas sgtlah. Apapun mommy, ayah and Adam enjoy buat aktiviti bersama.





Apa yg sy harapkan dr activtiy ni adalah untuk melatih ADam jadi lebih focus, berhati hati dlm melakukan sesuatu, dan siapkan sesuatu tugasan dgn kesungguhan walaupun kerja simple dan remeh sehingga habis. jgn sekerat jln je (err mcm mommy dia..hehe)

Sekarang ni sy sedang ajar adam mkn sendiri di rumah. Dah darjah dua, mommy masih suap mkn. dekat sekolah pandai pulak dia mkn sendiri. hihihi


Makeover A4 Box

Small projek dirumah waktu demam selsema. JUmpa kotak A4, jumpa lefotver wall paper, chalkboard paper, dan sy print out corak chevron grey dr google image. Tadaa.. from this:

Source: Google

To this:


Sample printable chevron image untuk any art and craft project. Google je, byk free printable version. SAlah satu cara nak jimat duit dr beli wrapping paper.


And below is free printable I found from one blogger. Just print them on sticker paper. cut them out and label pada pantry items. Gula, rempah ratus, kopi, teh..stationary pon ..rasa semua benda nak dilabel..saya label nama 'CACA' di dahi Caca..sejam dia biar. hehehe


OK la..ni start projek kecil saya di Penang. more project DIY to come after this. will share in this humble blog. cewah. janji jimat. chow



Monday, April 4, 2016

Susun atur Hidup

Salam,

Wah pagi pagi dah update story eh..maklumla ada terlebih masa waktu pagi, after school dlm pukul 1 baru mommy jadi super busy. Rutin pagi mcm biasalah have a mug of coffee, bg aisya tgk you tube nursery rhymes- her current fav songs are Johny Johny Yes Papa & bismillah Song. Dah seminggu sy demam selsema. dua minggu lepas aisya demam panas...lepas tu boys, then mommy pulak kena. lama saya tka demam, bila kena mmg kow kow teruknya.

Rutin pagi mcm biasa akan ngadap laptop baca paper pasal research yg related dgn pembelajaran mommy or main main dgn software yg nk guna untuk research. Study life mmg berterabur. to be honest saya tak ada motivasi untuk belajar. kalau masa zaman undergrad, misi hidup sy nk dpt above 3 pointer to sbb semata mata nak mak sy happy je. serious, demi nk bg mak bangga dengan pelajaran sy, saya tak pernah tidur lebih 4 jam since form 4 sampai habis paper SPM sbb sy akan study..kalau tak study pun, sy mmg tak boleh tidur sbb sy di hostel, home sick. Setiap mlm sy akan tidur dgn air mata sbb rindu mak. Of course Mak tak tahu, tp cikgu saya tahu sy homesick sbb mata sy akan bengkak dan depress dkt kelas tp saya tabahkan hati stay di sekolah tu sbb nak mak sy happy and taknak dia susah hati. Saya ingat lagi ada seorang cikgu bgtau abah sy yg sy anak yg sangat baik. wow, bergenang tau bila cikgu puji sy mcm tu sekali. form 4 jugak ujian besar utk sy bila sy tahu mak sy kena cancer. so since dpt berita tu, sy janji pada diri hanya nak tgk senyuman mak sy..alhamdulillah sy nampak hanya senyuman dr mak sampai akhir hayat dia. sedih tau. Semoga roh mak ditempatkan dalam kalangan org yg soleh. amin.

Kesimpulannya, masa undergrad, sy ada misi, visi dan objektif hidup yg jelas. Skrg ni, sejujurnya saya tak tahu kenapa sy buat keputusan untuk jadi student semula dan belajar dalam bidang yg berbelas tahun sy tinggalkan. tak ke keje gila namanya..hehe  niat sy bukan sbb nak certificate. Hati sy dah tawar nak bekerja semula so takde gunanya cert yg sy akan dpt tu. Tp sy belajar sbb nak ada environment belajar dirumah. Tu je.. hehe tp disebabkan ayah saya dah tahu dan dia mmg nak sgt anak dia belajar sampai ke awan, sy cuba nak dptkan jugak cert bg dia senyum masa konvo. doakan eh..berlambak je org grad..master je pon..bukan phd..tp sukar untuk sy yg tiada motivasi belajar ni.

Dah dekat empat bulan, sy rasa sy kena susun atur semula hidup sy..dari segi financial alhamdulillah biarpun skrg ni just satu income, tp Allah kan pemurah..kalau minta pasti Dia akan beri..sejak berhenti, sy rasa rezeki cukup malah melimpah ruah. Alhamdulillah..rezeki suami bertmbh tmbh.. mungkin niat kami nak happykan parents, so Allah beri rezeki lebih untuk selalu belanja diaorg. tak byk pun, walau sikit mak ayah sure happy. tak bg duit pun, selalu jenguk pun dioarg dah happy. Yang penting jaga hubungan dgn Allah  brlah hidup rasa lapang. betul..sy dah rasa masa sempit..duit byk..tp byk yg keluar..sy yakin semua tu jadi sbb sy lalai dlm jaga hubungan sy dgn Allah s.w.t. Semoga saya dan suami diberikan hidayah, ditetapkan iman dan tidak terpesong walau pun sedikit hati kami untuk dptkan redha Allah. Amin.

Bulan Oktober thn lepas, sy buat keputusan untuk berhenti kerja tanpa berfikir panjang. saya tak ada plan B,C,D sy tawakal berhenti atas niat sy nk urus rumah tangga dgn teratur, jaga mkn pakai anak dan suami dan nk besarkan sendiri anak tanpa ada org lain menjaga. Saya nk hantar dan fetch them from school. sy nk fully bfeed aisya until she reach 2yrs..biarpun hanya tinggal few months je lagi aisya nk reach 2 yrs. hehe

Atas sbb tu jugak sy hanya boleh ke kampus waktu pagi, tgh hr sy dah balik mengadap anak anak. pastikan diaorg mkn snek, minum air, rehat, mndi, lunch dan buat hw or main. Cumanya jadual sy masih berterabur. jadual aktiviti anak anak pun masih lagi ikut mana sempat je. NO NO NO...mommy kena susun atur jadual harian anak anak.. so dlm masa terdekat ni sy akan buat schedule for my boys and Aisya. Mommy plan nak buat satu command center untuk jadi center dimana setiap orang akan refer apa yg diaorg kena buat on daily basis. Biarpun rumah ni rumah sewa, color rumah pun akan tak menawan hati,..saya kena pastikan rumah ni fully function and selesa utk semua orang termasuk tetamu.

ni antara idea yg sy cedok dr Google image. Blogger susun atur  mmg tekankan untuk each house kena ada satu family command center. At the moment peti ais kitaorg jadi tmepat tepek jadual sekoalh, art work, utility bils and important notes. lepas ni sy akan ubah ke lokasi yg lebih strategik. kesian peti es ku..lol

kalau projek ni berhasil, sy akan update pic nye ye..takdela segah dlm gambar..janji berfungsi dgn baik.





Next projek, nk kemas bilik boys..nak update katil  jadi double decker..so in one middle room yg agak kecil, all kena compress..sy kena fully utilize space yg ada. diaorg pun dah besar dan sepatutnya tidur on their own bed..tak boleh lagi tidur berhimpit himpit mcm sekarang. walaupun dioarg mmg suka tidur berpeluk, anak lelaki kena la belajar tidur sendirian. barula macho..hehe

Ok go back to cerita study. saya perlukan lagi at least 2 months untuk sy organize hidup br saya ni. lepas tu bila sistem baru dirumah dah berfungsi sepenuhnya, baru sy akan fokus study. sy takde timeline utk study sy ni..mungkin habis in 2 yrs mungkin lebih. semoga dipermudahkan urusan sy.

Cerita breastfeeding, Aisya mmg dr baby bfeed tp tak fully sama mcm abang abang..di nursery mulanya sy bg EBM, tp instinct sy mengatakan EBM yg dibagi tak diuruskan dengan betul, so takut anak sakit perut, sy decide bg formula. balik dirumah br direct bfeed. awal nya Aisya minum formula milk, tp lepas dia start mkn solid food, dia reject FM dan hanya minum air kosong..dia minum skedar hilang haus..kadang kadang tu 2 oz pun tak abis minum. Tp bila sy balik dr office, mmg Aisya akan nak disusukan. kesian tgk anak dara sy ni..sanggup taknak minum susu botol tunggu mommy balik. sedih bila kenang abang abang aisya dr Adam, kembar, Aryan lagi saya serahkan dioarg pada tangan bbsitter sejak dari umur 2++ months. merah lagi diaorg masa tu, kecik cinonet je. Hanya doa Allah protect anak saya dr bahaya. kadang kadang sy menangis bila fikir mcm mcm insiden berlaku, adam kena physically abused by pengasuh, amir patah tgn, mulut amar pecah kena pukul dgn toy dgn kawan, belum lagi dikira insiden demam, selsema berjemaah, Penyakit berjangkit mcm impetigo, scabies, chicken pox, ketuat smapai saya kena ambik EL tak henti. bila dengar bos mommy merungut, mommy jadi demotivated..tp mmg la patut boss bising, ko ingat company tu bapak ko punya nak EL suka hati? hehe so startla episod saya hanya bekerja untuk gaji. takde dah smgt nak enhance career mcm awal saya kerja dulu.

Sebab tu sy salute pada mommies yg boleh manage anak, rumah tangga dan kerja at best condition. anak dijaga rapi, rumah tangga cantik, teratur, dr segi kerja asyik naik naik pangkt je. hehe wah mmg indahnye dunia kalau camtukan? sy dha cuba, tp gagal. sy kena giveup salah satu. sbb sy cepat stress. lagi pun bakat sy hanya sbg ibu, sy bukan project engineer yg bagus. sbb tu nak naik gred pun payah. so baik berenti, jaga anak, biar suami je cr rezeki. bila hati dia lapang, tak perlu fikir hal rumah (sbb sy uruskan semua), so sy harap dia boleh fokus pada kerja. semoga rezeki kami berkat.

Sejak sy berhenti kerja, Aisya mmg taknak lagi botol susu, infact dah takde lagi botol susu dirumah ni. Aisya bfeed selain dr mkn solid food and minum guna cup. jimat duit beli sabun botol pureen dan tak perlu maintain beli puting susu. hihi cumanya age Aisya dha nak reach 2 yrs hujung bulan 5 ni, sy pujuk untuk dia start minum susu formula sbb dia akan stop bfeed by 2 yrs. suami kp biarlah selama mana dia nak bfeed. tp dlm quran hanya Allah kata menyusu hingga 2 thn. so biarlah ikut apa yg Allah suruh. insyaAlalh awal MAy ni sy akan try intorduce aisya dgn FM semula. Semoga berjaya le hendaknye. amin

Sejak dua menjak ni rajin pulak update blog kan? cerita masih berkisar dgn perasaan jadi oswaif..masih tak move on..haha ala kasik chancela mak nak terbang melayang dgn perasaan bunga bunga. nanti mak update la entry yg berfaedah skek.


Shopping online

Sejak jadi oswaif ni, dah tiga bulan lebih dah, percaya atau tidak, sy belum jejakkan kaki ke shopping mall. Queensbay mcm memanggil manggil je.. brg dapur pun beli di supermarket dan kedai runcit je berdekatan rumah. brg basah dibeli di pasar mlm, or pasar di kampung sy.

Selama duduk di rumah (kadang kadang je ke tmpt sy belajar), sy suka pulak beli barang secara online. Senang, selesa..shopping dgn gaya bebas..nak menaiarap ke..nk terletang pun boley shopping. hihi so far sy shopping dkt IG untuk baju baju sy. Dah tua tua ni, baju kena la kasik loose..so kena la update wardrobe. wang atas ihsan en suami.  lol

Anntara website shopping yg sy suka terjah, cuci mata adalah Lazada..taktaula kenapa..dr zaman kerja lagi mmg suka cr brg nak perabih duit dkt situ. kalau takde jual kt lazada, baru mak jemah gi cr dkt kedai.

Namun demikian..amboi ayat... sejak tak kerja ni, tak boelhla selalu shopping dkt Lazada ni..cuma hari ni sy melempias nafsu wanita sy ni dgn membeli brg keperluan yg sgt mustahak.mustahak la sgt kan..antara benda yg sy beli..tadaaa

Printer pon ko beli mommy sarah oi...mmg dasar pemalas nk cari parking dkt kedai..hehe sy terpaksa beli sbb printer yg ada dah rosak..minggu lepas Adam kena berdiri luar kelas sbb sy tak dpt sediakan gmabar family untuk subjek dunia sains teknologi. aduhai cikgu..sampai hati ko denda adam. sbb xde picture family je.. kitaorg ni manala ada gambo yg di print di kedai kodak tu. hehehe

so nak mengelakkan kejadian yg tak diingini berlaku lagi..sy beli la HP printer ni..murah..hrp thn le setahun dua kurg kurg sampai sy abes kan study lagi dua thn.

bagpack tu actually utk adam..tp tinggi beg tu 44cm..so sy rasa beg tu besar utk adam..eceh..kalau besar takpe..mommy sedia memakai beg tersebut.

ada beberapa lagi items yg sy beli mengikut nafsu nafsi sy. terkejut suami dpt sms total harga brg yg sy order..sbb belasah kredit kad beliau. Ala sekali sekala..bukan selalu. lol

Masa sy masih bekerja, sy biasanya order brg daput through Tesco online. Free delivery. Try mengorder dr sini..no coverage.. lorong jln pun tesco tak kenal..org disini jrg shopping online kah? Pizza, kfc mcd delivery pon tak pernah nampak lalu lalang di perumahan ni.. aduh.

apa yg sy nk cerita..sy suka shopping online. sekian..hehehe



Sunday, April 3, 2016

Saya Baca: Allah Dalam Hati Anakku & update anak anak

Hola,

Just a short update..sy nk share dgn uols buku yg saya baru baca..Allah Dalam Hati Anakku..beli dgn sorg my fren..buku siap di tandatangan oleh author dia tau..Dr Siti Ujila Masuri..

Alhamdulillah, buku ni ada pegisiannya..penceritaan dgn menggunakan ayat ringkas, senang faham. tips berkisar dr pengalaman penulis sendiri dgn anak dara keciknya.teknik ADHA ni berdasarkan kepada al quran spesifiknya surah yusuf,

Saya cuba amalkan tips yg diajar..ada yg boleh diguna pakai, ada yg tidak.. tp teknik ADHA ni mmg bagus..apa kerja yg anak anak buat, semua diletakkan atas pengharapan untuk redha dan bantuan dari Allah. apa sj untuk Allah...nak Allah syg. so sy mmg ikut teknik ni. simple tapi effect nya mmg hebat pada anak sy. Cumanya sy tak konsisten...waktu sy busy, fokus pada dioarg jadi kurang..anak anak sy lebih kurang sebaya semuanya, lima org. jadi nak fokus pada sorg sorg mmg memerlukan energy dan kesabaran yg maha tinggi..hihi so sy pick satu hari dua org untuk sy lebih kan attention..esoknya org lain pula. kadang kadang kalau yg nmpk desperate kan attention sy, sy layankan juga.


Sekarang ni Amir dan Amar dah start membaca. Syukur..tak risau kalau diaorg masuk darjah satu. surah pendek pun tak start bertmbh yg dihafal. terkini dioarg sedang hafal surah ad dhuha. Aryan dah boleh hafal lama dah sbb sy fokus ngjaar aryan menghafal masa abang abang dikampung tok abah. sbb tinggaldia sorg je, so bolehla fokus hafazan.

Secara kebetulan, cikgu diaorg pick amar untuk wakil tadika untuk hafazan surah alfatihah dan surah ad dhuha berserta maksudnya sekali .sy try push amar untuk cepat hafal, amar pulak give up..dia keep fikir negative dia rasa susah dia tak boleh. esoknya Amar sendiri inform cikgu dia tak mampu. aduhai anak..belum cuba dah mengalah. Aryan yg dah menghafal pulak yg gatal volunteer, bgtau cikgu dia dah boleh hafal. so dia pulak yg cikgu pilih wakil tadika untuk pertandingan hafazan tu nanti. mak yg semput nk suruh dia hafal terjemahan. mlm ni Aryan dah berjaya menghafal maksud tiga ayat pertama surah ad dhuha. esok target lg dua. chaiyok aryan! InsyaAllah berjaya.

Cikgu bebudak ni ada inform yg amir akan masuk pertandingan bercerita..adeih..berat tanggung jawab mak hangpa ni nk suruh hafal skrip. apapun mommy cuba ye.. InsyaAllah

saya mmg suka anak anak participate competition atau public speaking. nk diaorg berani, takdela chicken mcm mak diaorg. minggu lepas Adam dipilih masuk pertandingan membaca pantun. biarpun just peringkat sekolah, dan kalah *heeee tp mommy proud sbb berani naik ke pentas dan baca. mommy sendiri pon boleh black out anak oi kalau dok depan org nk baca pantun.

Semoga anak anak mommy ni Allah terangkan hati. teringin nak tgk anak anak berjaya jadi hafiz. Semoga Allah permudahkan urusan korang dan berjy dunia berjy akhirat. amin.

Friday, April 1, 2016

Yea! Sabtu datang lagi

Byk story nak update pasal my new life tp xde chance nak update kt blog. Ok after this mommy akan update kisah kita ye anak anak supaya dimasa depan panjang umur, anak anak mommy boleh baca perjlnan hidup korg dr kecik. adui...setiap thn resolusi yg sama, tp nk menaip tu mmg le mak jemah malas.

Today is Sabtu, yippie..anak anak di rumah..awal pg, Aisya, Aryan dah bangun main masak masak. Amar bgn later join adik adik..semua kena main toy budak perempuan sbb aisya ni mmg drama queen kalau takde org nk melayan. mujur la abang abang ni jenis melayan.

Ayah dah gi work, so mommy boleh have my own sweet time blogging! :) not jogging..kekeke

This week kami tak ada plan nk kemana mana..biasanya kalau weekend org akan ke cinema, shopping mall..biasanya kami akan jelajah jln tepi laut, tepi sungai dgn myvi yg ala ala kereta 4wd. sikit lagi nak tercabut tayar sbb asek ikut jln gravel road.

last weekend, takde plan, just hop in to ouy myvi yg comel tu, hubby drive ke utara. we all singgah pantia bersih mkn rojak, bg boys main kt play ground. lalu di depan TUDM kepala batas, teringat zaman buat practical dlm kem..bersama abam abam askar. uisy challening dok hostel dlm kem sbb depa ni disiplin. mak jemah pon kena ikut style diaorg. mujurla just for few months..kalau tak kurus la i.

dr Pantai bersih, hubby terus drive ke pulau sayak. tgk laut, tgk ombak..subhanallah...cantik. walau air tak jernih mcm di pulau pulau, tp mulut tak habis puji cantik. anak anak tak habis berzikir subhanallah (sbb mak depa paksa).

kemudian mkn mee udang di tepi laut..sambil mkn mee udang berasap, tgk view..cuaca panas tp angin kuat, tka terasa panasnya. singgah solat zohor di masjid Kg Acheh near by. then terus gerak ke pantai merdeka.

anak anak excited nak mandi, tp air tgh pasanag..nk kill the time, bg dioarg main tilam giant yg mcm castle tu..bg diaorg lompat lompat dlm tu sampai pengsan..RM5/head. ok la kan... budak budak main sampai penat..kami melangut boring. pantai merdeka dah terlalu dikomersialkan byk gerai jual kain baju, kasut..hmmm tak rasa nak dtg dah lepas ni. around 4pm, gerak semula ke pulau sayak..tgk laut for one last time..then gerak ikut jln tepi laut balik ke arah penang

Dr pulau sayak kami singgah di tugu tsunami, kesan tsunami masih ada..seram jugak sbb bilatgk laut yg open dekat situ terbyg ombak setinggi bukit menghempas kawasan perkampungan nelayan disitu. Boys mcm biasala sibuk tanya tsnuami tu apa..dah kena explain. tak cukup dgn tu, balik rumah terus dioarg search you tube tgk video tsunami. anak celik IT gitula :)

Singgah solat asar dimasjid area kota kuala muda..usyar pasar bisik, tp takde org..kot kot boleh tgk org berbisik..hampa ..lol

Then ikut jmbtn rentas sungai muda, ke arah sempadan penang. Sg muda ada sempadan antara negeri penang dan kedah. then ikut jln kecik tu ke Penaga. dan terus ke Juru cr mkn mlm..maghrib br sampai dirumah.

boys sgt comot..terpaksa mommy mandikan, sental dgn scrub, berus satu badan..sekali bilas..mak ai keluar air tanah. haha br anak jantan namanya. syabas anak anak. nmpk mcm smooth je kan aktiviti kitaorg..actually tak pon..penuh dgn drama air mata dlm kereta. hihi

So weekend ni nk kemana? hmm mcm nk balik kg je..huhu

p/s berapa kali terstop menaip..aryan potong mood mommy..cirit birit..terberak depan pintu toilet..arggghh!

Monday, March 28, 2016

Cerita Raya: Koleksi Baju kurung untuk Mommy Chubby

AS Salam


Lately ni kan, mmg byk update dr geng mommies pasal persediaan nak raya. Iyelakan raya dah tinggal few months je lagi, so ramai dah start serbu tailor untuk tempah baju kurung anak beranak. Saya pun dah start mengusyar IG, website online shopping mcm zalora kot -kot ada bj yg berkenan dihati. Maklumla, mak ni mmg jenis beli baju kurung ready made dan shopping secara online je sbb nak mengangkut lima budak kecik ke shopping mall mmg mencabar dan menguji keimanan.. Lagipun shopping online ni mmg senang, klik klik je esok lusa brg sampai. Harga pun boleh compare dgn seller lain. 

Cakap pasal baju kurung, rasa nak share artikel pasal baju kurung untuk mommies chubby mcm sy ni..dah beranak pinak mmg no way la nk sarung baju kurung saiz XS, S, M lagi kan..hehe mmg geram je tgk baju kurung moden yg model model genit pakai. makpun nk jugak melawa kan? so cer baca artikel ni untuk pemilihan bj kurung yg sesuai untuk kita kita bersaiz L ke atas ni..



Koleksi Baju Kurung Sesuai untuk Wanita Gempal

Tidak dinafikan koleksi pakaian yang kita boleh temui kini rata-rata direka untuk wanita yang mempunyai tubuh sederhana dan kecil molek. Sukar rasanya untuk kita menemui jenama-jenama yang menawarkan koleksi pakaian untuk wanita yang gempal. Mungkin ada, namun realitinya tidak banyak. Seperti koleksi baju kurung misalnya, kebanyakkan wanita yang bertubuh gempal lebih selesa untuk menempah sendiri baju mereka daripada membeli pakaian yang sudah siap dijahit untuk pemakaian yang lebih selesa.

Berbeza dengan wanita yang bertubuh kecil dan sederhana, wanita yang bertubuh gempal biasanya mempunyai masalah untuk berfesyen dan kurang percaya diri. Oleh itu, entri kali ini mungkin dapat membantu anda untuk mengetahui apakah jenis rekaan atau koleksi baju kurung online yang sesuai dipakai terutama sekali ketika sambutan Syawal kelak;

Teringin untuk bergaya dengan koleksi baju kurung moden? Well, you can. Tapi anda harus memakai baju kurung moden dengan potongan yang tidak terlalu ketat dan mempunyai rekaan yang cukup labuh. Kebanyakkan baju kurung moden yang boleh anda temui di pasaran biasanya berpotongan mengikut badan dengan rekaan yang agak singkat.


Jenis rekaan baju kurung yang paling ideal dan pastinya selesa untuk dipakai anda adalah koleksi baju kurung Pahang seperti berikut. Potongan pesak yang lebar pada bahagian tepi baju memberikan anda keselesaan yang cukup ideal.

Begitu juga dengan koleksi baju kurung Kedah. Walaupun berpotongan singkat, rekaan baju kurung Kedah biasanya lebih loose dan sesuai untuk digayakan oleh semua bentuk badan wanita.




Dan koleksi baju kurung terkini yang boleh digayakan oleh wanita bertubuh gempal adalah rekaan baju kurung kaftan seperti berikut. Bahagian baju kurung diubahsuai mengikut rekaan kaftan dengan yang loose dan selesa.