Friday, April 1, 2016

Yea! Sabtu datang lagi

Byk story nak update pasal my new life tp xde chance nak update kt blog. Ok after this mommy akan update kisah kita ye anak anak supaya dimasa depan panjang umur, anak anak mommy boleh baca perjlnan hidup korg dr kecik. adui...setiap thn resolusi yg sama, tp nk menaip tu mmg le mak jemah malas.

Today is Sabtu, yippie..anak anak di rumah..awal pg, Aisya, Aryan dah bangun main masak masak. Amar bgn later join adik adik..semua kena main toy budak perempuan sbb aisya ni mmg drama queen kalau takde org nk melayan. mujur la abang abang ni jenis melayan.

Ayah dah gi work, so mommy boleh have my own sweet time blogging! :) not jogging..kekeke

This week kami tak ada plan nk kemana mana..biasanya kalau weekend org akan ke cinema, shopping mall..biasanya kami akan jelajah jln tepi laut, tepi sungai dgn myvi yg ala ala kereta 4wd. sikit lagi nak tercabut tayar sbb asek ikut jln gravel road.

last weekend, takde plan, just hop in to ouy myvi yg comel tu, hubby drive ke utara. we all singgah pantia bersih mkn rojak, bg boys main kt play ground. lalu di depan TUDM kepala batas, teringat zaman buat practical dlm kem..bersama abam abam askar. uisy challening dok hostel dlm kem sbb depa ni disiplin. mak jemah pon kena ikut style diaorg. mujurla just for few months..kalau tak kurus la i.

dr Pantai bersih, hubby terus drive ke pulau sayak. tgk laut, tgk ombak..subhanallah...cantik. walau air tak jernih mcm di pulau pulau, tp mulut tak habis puji cantik. anak anak tak habis berzikir subhanallah (sbb mak depa paksa).

kemudian mkn mee udang di tepi laut..sambil mkn mee udang berasap, tgk view..cuaca panas tp angin kuat, tka terasa panasnya. singgah solat zohor di masjid Kg Acheh near by. then terus gerak ke pantai merdeka.

anak anak excited nak mandi, tp air tgh pasanag..nk kill the time, bg dioarg main tilam giant yg mcm castle tu..bg diaorg lompat lompat dlm tu sampai pengsan..RM5/head. ok la kan... budak budak main sampai penat..kami melangut boring. pantai merdeka dah terlalu dikomersialkan byk gerai jual kain baju, kasut..hmmm tak rasa nak dtg dah lepas ni. around 4pm, gerak semula ke pulau sayak..tgk laut for one last time..then gerak ikut jln tepi laut balik ke arah penang

Dr pulau sayak kami singgah di tugu tsunami, kesan tsunami masih ada..seram jugak sbb bilatgk laut yg open dekat situ terbyg ombak setinggi bukit menghempas kawasan perkampungan nelayan disitu. Boys mcm biasala sibuk tanya tsnuami tu apa..dah kena explain. tak cukup dgn tu, balik rumah terus dioarg search you tube tgk video tsunami. anak celik IT gitula :)

Singgah solat asar dimasjid area kota kuala muda..usyar pasar bisik, tp takde org..kot kot boleh tgk org berbisik..hampa ..lol

Then ikut jmbtn rentas sungai muda, ke arah sempadan penang. Sg muda ada sempadan antara negeri penang dan kedah. then ikut jln kecik tu ke Penaga. dan terus ke Juru cr mkn mlm..maghrib br sampai dirumah.

boys sgt comot..terpaksa mommy mandikan, sental dgn scrub, berus satu badan..sekali bilas..mak ai keluar air tanah. haha br anak jantan namanya. syabas anak anak. nmpk mcm smooth je kan aktiviti kitaorg..actually tak pon..penuh dgn drama air mata dlm kereta. hihi

So weekend ni nk kemana? hmm mcm nk balik kg je..huhu

p/s berapa kali terstop menaip..aryan potong mood mommy..cirit birit..terberak depan pintu toilet..arggghh!

Monday, March 28, 2016

Cerita Raya: Koleksi Baju kurung untuk Mommy Chubby

AS Salam


Lately ni kan, mmg byk update dr geng mommies pasal persediaan nak raya. Iyelakan raya dah tinggal few months je lagi, so ramai dah start serbu tailor untuk tempah baju kurung anak beranak. Saya pun dah start mengusyar IG, website online shopping mcm zalora kot -kot ada bj yg berkenan dihati. Maklumla, mak ni mmg jenis beli baju kurung ready made dan shopping secara online je sbb nak mengangkut lima budak kecik ke shopping mall mmg mencabar dan menguji keimanan.. Lagipun shopping online ni mmg senang, klik klik je esok lusa brg sampai. Harga pun boleh compare dgn seller lain. 

Cakap pasal baju kurung, rasa nak share artikel pasal baju kurung untuk mommies chubby mcm sy ni..dah beranak pinak mmg no way la nk sarung baju kurung saiz XS, S, M lagi kan..hehe mmg geram je tgk baju kurung moden yg model model genit pakai. makpun nk jugak melawa kan? so cer baca artikel ni untuk pemilihan bj kurung yg sesuai untuk kita kita bersaiz L ke atas ni..



Koleksi Baju Kurung Sesuai untuk Wanita Gempal

Tidak dinafikan koleksi pakaian yang kita boleh temui kini rata-rata direka untuk wanita yang mempunyai tubuh sederhana dan kecil molek. Sukar rasanya untuk kita menemui jenama-jenama yang menawarkan koleksi pakaian untuk wanita yang gempal. Mungkin ada, namun realitinya tidak banyak. Seperti koleksi baju kurung misalnya, kebanyakkan wanita yang bertubuh gempal lebih selesa untuk menempah sendiri baju mereka daripada membeli pakaian yang sudah siap dijahit untuk pemakaian yang lebih selesa.

Berbeza dengan wanita yang bertubuh kecil dan sederhana, wanita yang bertubuh gempal biasanya mempunyai masalah untuk berfesyen dan kurang percaya diri. Oleh itu, entri kali ini mungkin dapat membantu anda untuk mengetahui apakah jenis rekaan atau koleksi baju kurung online yang sesuai dipakai terutama sekali ketika sambutan Syawal kelak;

Teringin untuk bergaya dengan koleksi baju kurung moden? Well, you can. Tapi anda harus memakai baju kurung moden dengan potongan yang tidak terlalu ketat dan mempunyai rekaan yang cukup labuh. Kebanyakkan baju kurung moden yang boleh anda temui di pasaran biasanya berpotongan mengikut badan dengan rekaan yang agak singkat.


Jenis rekaan baju kurung yang paling ideal dan pastinya selesa untuk dipakai anda adalah koleksi baju kurung Pahang seperti berikut. Potongan pesak yang lebar pada bahagian tepi baju memberikan anda keselesaan yang cukup ideal.

Begitu juga dengan koleksi baju kurung Kedah. Walaupun berpotongan singkat, rekaan baju kurung Kedah biasanya lebih loose dan sesuai untuk digayakan oleh semua bentuk badan wanita.




Dan koleksi baju kurung terkini yang boleh digayakan oleh wanita bertubuh gempal adalah rekaan baju kurung kaftan seperti berikut. Bahagian baju kurung diubahsuai mengikut rekaan kaftan dengan yang loose dan selesa.







Thursday, February 18, 2016

Finally..tercapai jua

AS Salam

Wah tajuk kemain..mcm dapat sejuta ringgit kan? cerita kali ni takde kena ngena dgn deko deko, bento or gardening. Sy just nak update kehidupan baru sy since January 2016. Lepas almost 9 yrs kerja dgn Proton as Project Engineer, di department buat enjin campro...akhirnya sy resign jua dr job sy tu. Saya berhenti dan memilih untuk menjadi full time housewife dan pelajar.

Saya sendiri tak sangka keputusan yg dibuat sesingkat tu, takde fikir panjang lepas hubby di transfer ke Cawangan Penang dgn 1 month notice. mana mak tak gelabah..hubby inform, sy terus melompat mintak dia accept offer tu. Sbb sy nak berenti kerja...yabeda bedu

Pindah di penang mmg mengujakan tapi sy jadi cuak. Kami tak ada rumah untuk diduduki..tak tahu mana kawasan nak dipilih dan tak tahu sekolah mana untuk sy daftarkan Adam Saufy dan adik adik. Alhamdulillah tahun ni Adam dah darjah dua. Amir & Amar 6 yrs, Aryan 5 yrs and Aisya 2 yrs. Apapun sy dan suami redah je. k=Kami ulang alik balik ke utara mencari rumah..akhirnya dapat di area batu kawan..sy tak ada byk pilihan sbb budget terhad. sy tak berani mencari rumah sewa mahal sbb sy kan housewife. so dgn single income dr suami, sy kenala belajar buat budgeting. kalau dulu ada gaji sendiri, so boleh happy ikut suka nak pilih tadika anak yg mahal pun takpe sbb sy ada extra income. skrg ni sy kena cr tadika yg sesuai dengan poket kami.

Sy jelajah penang dgn google map mencari kawasan yg ada sekolah, sesuai dekat dgn jambatan kedua, akhirnya jumpa sekolah Kebangsaan Batu Kawan...sekitarnya ada kawasan perumahan dan ada tadika KEMAS di blkg sekolah.. seronoknye..terus kami survey kawasan tu. pusng mencari rumah sewa, x ada rumah sewa..cari di Mudah pun susah nak jumpa.. hampir putus asa, kami berenti minum di satu kedai di kwsn perumahan. hubby cuba beramah mesra dgn tuan kedai, K Ani namanya..rupanya K Ani lagi sepuluh kali ramah. dia berikan nombor jiran yg tolong manage rumah sewa jiran jiran sekitar pperumahan tu. rezeki kami, masa call Tuan rumah tu, Che Lah..mmg ada penyewa nak keluar hujung bulan 11. Cuma rumahnya setingkat tiga bilik dan satu shower room + satu toilet. dah letih mencari, kami tak ada pilihan..ok je. sewa pun berpatutan..

Dah dapat rumah, sy terus call sekolah dan tadika KEMAS. dua dua masih boleh terima pelajar. Alhamdulillah..segala urusan dipermudahkan oleh Allah. happy tak terkata. Hubby start kerja December 2015..kami separate selama sebulan dan lepas habis edah dgn Proton sy menyusul bulan January 2016. hehe

SO since January bermulalah episod baru dlm hidup sy menjadi stay at home mom. mula mula bila jiran bertanya kerja ke tak, rasa tergeliat lidah juga nk ckp sy tak kerja. tp lama lama sy jadi biasa..bukan ke itu yg sy nakkan sgt kan?

jadi SAHM bukannya rilek wei..dulu sy rasa jadi SAHM segalanya akan teratur, well organized kan? heheh mmg takla..dgn anak sentiasa dgn sy rumah mmg agak kacau bilau,rutin bermula lepas subuh, sy driver hantar empat hero ke sekolah, then rush ke kampus dgn Aisya. Sy drop Aisya dirumah baby sitter dan terus ke lab tempat sy buat research..mmg sy gunakan masa empat jam di Lab so called office baru sy dgn fokus pada study, buat kerja yg diberi supervisor sy.Dah settle kerja untuk hari tu,  by lunch hour sy pick Aisya dr rumah bbsitter dan pick up 4 heroes balik ke rumah. biasanya sy tak masak. sy akan tapau di kampus dan bagi anak anak lunch. ptg hantar Adam ke KAFA pula..kemudian tidurkan Aisya, layan Amir Amar Aryan. kutip kain, lipat kain..kemas rumah sementara tunggu nak pick up adam balik dr sekolah agama.

before 5.30 kena pastikan rumah kemas dan ada air neskepe atas meja iyela nk sambut hubby balikkan..heheh karang dia tgk sy macam kak limah..umah mcm tongkang pecah anak comot..tak pasal dia suruh sy kerja semula. sama je kerja dgn tak kerja..hehe

Awal awal mmg sy tak boleh nak manage masa..sbb rindu bespren di shah Alam, kerja sy berwasap, update fb. sedar sedar dah nak petang satu kerja pun tak buat. so mmg diakui life sy off track masa awal awal pindah..dgn nk adjust diri as student lg. now slowly kembali ke landasan yg benar. study je masih tunggang langgang..sikit je lagi supervisor sy nak meletop.

Starting February, sy dah start ada jadual untuk ajar anak dirumah. tak boleh harapkan tadika KEMAS sbb pelajaran yg diajar tu anak anak sy dha belajar masa umur 4 thn. so sy kena be proactive ajar dioarg dirumah 3M. MAsih mencari method yg sesuai nk ajar diaorg. Susah woo sbb tiga tiga hyperactive. Yg bestnye tadika KEMAS dah start ajar solat, so diaorg byk belajar pasal solat, tauhid..balik rumah diaorg cerita apa cikgu ajar disekolah.

Cuti sy  CNY sy start buat kem solat. kononla kem solat..tp seronok solat jemaah dgn hero hero..masa tgh solat dgr kt blkg diaorg bergaduh..bertolak..aisya baring kt sejadah so abang abang mulala bising..hehe lepas few days, diaorg dah boleh follow. Sy pastikan Adam tak tinggal solat termasuk subuh. Amir Amar Aryan on off ikut mood sy.

Setakat ni je la cerita panjang lebar saya/ sekarang mood mendeko rumah mmg xde. rumah sewa, malas nk buat apa..pastikan bersih, xde lipas da brg teratur. ada rezeki cari rumah di penang, kita decor la sampai lebam ye.


Wednesday, January 20, 2016

RUMAH UNTUK DISEWA DI BANDAR SAUJANA PUTRA,SELANGOR

IKLAN.. PM SY YE
RUMAH UNTUK DISEWA. BANDAR SAUJANA PUTRA. TOPAZ 4 CORNER

Teres Dua Tingkat Corner
Basic Unit
Depo Standard 2+1 termasuk utilities tapi masih boleh nego 

Township : Bandar Saujana Putra
Property Type : 2 Storey terrace house
Built-Up : 1600
Land Area : 2800
No. of Bedrooms : 4
No. of Bathrooms : 3
Layout Type : Corner
Occupied Type : Vacant
Furnishing Type : Unfurnished
Available Date : 01/02/2016
Facilities : Business Centre, Mini Market, Nursery, Playground
Posted Date : 21/01/2016
Remark
Kitchen extension for storage and laundry area
1 unit aircond available at Master bedroom
2 entrances at front and side of the house
Friendly neighbourhood

Gambar seperti yang sy share dlm blog ni. cuma semua perabot dah takde. Bhgn dapur extend tu akan di cat, dipasang tingkap pintu so selamat untuk dijadikan storage dan laundry/ wet kitchen (KC xada)

Tembok juga akan dicat di bhgn yg tak habis cat. bhgn laman akan dikemas, so tenant akan dpt tanah tepi lebar 20kaki dgn rumput karpet dah siap di tanam. pokok serai, pandan pun ada. pokok herba yang lain dah xde. sy dah pindahkan. tapi veggie bed masih ada kalau nak berkebun :)

Contact saya: Sarah 0193833108 your friendly landlord. ;)












Saturday, June 6, 2015

Happy birthday my dear caca

27 hb mei 2015 genap setahun usia my little princess, aisya sufia.

saya x organize birthday party or mkn mkn..sbn kebetulan taska pun organize makan makan sempena birthday caca.

so mak pun over excited..last minute preparation.. order cake, n titbits for kawan kawan caca. alhamdulillah the event went well. the kids seems enjoyed the cake n the dadih yg i buat. insyaAllah mami akan celebrate birthday caca dgn lebih meriah next year ya..

untuk aisya sufia anak manja mami..mami sentiasa doakan aisya membesar menjadi anak yg solehah, berjaya di dunia dan akhirat. semoga Allah beri kesihatan yg baik untuk caca dan abang abang. amin

Thursday, June 4, 2015

cerita laman lagi

Tak banyak progress laman kecuali start mengisi tanah di dalam veggie bed yg hubby buat. beli 10 kampit..1/3 bekas je terisi..so kena beli lagi tanah hitam.

hr ni insyaAllah sy akan dpt lapan pokok cuphea abd dua pokok lantana oren n cream. cadangnya nak tanam di celah tembok tu. excited. sy juga ada order benih pokok pokok bunga yg susah dpt di nursery dr seeds galore di fb. parcel otw. yea!

aktiviti mengemas rumah mmg xkan habis. skrg fokus area laman dulu..clearkan bhgn yg menyakitkan mata..tutup dgn pokok hiasan..skrg ni kami lagi suka lepak di luar dr di dalam rumah..hihi

seminggu dua lagi sy akan buat operasi declutter bhgn dlm rumah. nk minimize brg sebanyak mungkin. rasa mcm nk let go few items dlm rumah... tgklah mcm mana

bhgn rumput yg kami cuba growkan..ni pic lama..skrg improved sikit
sebahagian pokok yg disemai
Ros purple. baru bertunas. sy tanam melalui keratan batang
pokok cekur dlm pasu..
Water lily je yg berbunga.