Monday, May 18, 2015

Veggie bed utk tanaman sayuran saya

Disebabkan laman saya dalam proses pengubahsuaian, maka kawasan saya bercucuk tanam terpaksa dipindahkan ditempat baru.

Saya teringin untuk ada garden macam  di negara empt musim, perasan spring autumn pulak dah..hihi

Saya bahagikan laman ke beberapa bahagian. tapi dibahagian gate kedua tu saya kena turap/ susun pathway stone untuk van kami di letakkan disitu. Kawasan baru utk kebun sayur saya di bhgn belakang, penjuru laman

Ini cabaran kami suami isteri, rasa enjoy bila berjaya tmbah koleksi sayuran dan buahan. Dengan budget yang terhad, kami cuba realisasikan keinginan dan nafsu kami utk memiliki rumah idaman ikut selera dan kemampuan kami.

Antara idea dari en google





Ini yang mampu kami buat petang semalam:




Bermodalkan kayu terpakai dari papan pemijak tangga rumah jiran, screw,paku dan kayu siaplah veggie bed kami..lapisan bawah ditutup dgn pasir. Next, kami akan isi dgn compost, fiber - cocopeat dan tanah..mudah mudahan gemuk sayuran ku.

kayu tu nanti akan dibersihkan..saya plan nak cat untuk menyerikan lagi laman yg belum ada tema lagi ni..hihi


Bila anak membesar..mami pening kepala

Dulu masa saya masih anak dara, saya selalu hairan tgk ibu ibu yg nmpk diri tak terurus, baju dng seluar tak matching..tudung lagi lah out of shape. tu lom kira rambut mengerbang tak bersikat.

Saya selalu bygkan kalau sy berkahwin, jadi ibu, saya takkan benarkan diri sy tak terurus sebegitu rupa. Saya bayangkan suasana tenang, santai, ada masa minum kopi sambil baca majalah cleo, baca novel sidney sheldon..sambil sesekali jeling melihat anak anak bermain ketawa bersama sama. tenang sungguh. Saya bygkan saya bergaji besar, rumah besar, diri didandan rapi..sesekali pergi spa paling paling pakai mask di muka.

ok tet! bangun oi..

Rupanya mmg tak berlaku pada saya. melahirkan anak berderet setahun satu..sampaikan org ingat saya mengasuh budak dirumah memang buatkan saya jadi sama macam akak akak yg sy dok tengok sepuluh thn yg lalu.. uwaaaa *nanges*

mesti korang herankan, minah ni asal citer sal anak mesti nk kecoh hidup dia kelam kabut. eh memang pun..takkan sy nak cerita yg indah indah je..bg sy skrg yg indah dalam hidup sy bila sy tgk muka anak2 waktu dioarg tidur. masa tu br rasa dioarg sgt comel hokey..bila anak anak jaga..haisy *picit kepala

Rumah impian saya tinggal impian,.  plan nak diy, dekorasi, renovasi saya letak sebelah. paling bagus kalau dpt lupakan terus. hihihi

dinding rumah dah ada kesan tapak tgnbudak kecik yg pegang coklat. toilet lagila..everytime ada makhluk halus guna toilet, saya kena simbah..kalau tak mmg bau urine..kekeke


bilik toy and bilik komputer ayah tak payah ceritala..itu tempat dioarg berkubang especially waktu weekend.

Apapun, ddalam bersungt sungut ni, saya tak berenti bersyukur sbb anak anak membesar dgn sihat dan bijak. kalau tgk cara dioarg bergusti, terbukti anak sy ni mmg kuat belaka..heheh

si kecik Aisya sufia, my darling my little angel ni pon mcm abangnya..rambut tu tak payahla ko nak dandan bagai. buang karan.kejap je dah kembang mcm megi.

hari hari kepala sy dok fikir menu masakan. dari tak reti memasak, sy dah bolehla memasak menu ringkas. tka larat nak beli, karang beli kt gerai or restoran, terpedas lah, tak sedap lah, itulah..inilah..ada je tak kena. baik sy masak ikut selera tekak anak anak. jimat pon jimat.

Esok ayah dioarg outstation..tgh prepare mental fizikal ni. mcm mana lah sy nak deal dgn lima budak tak paham bahasa ni. wish me luck!








Sunday, May 17, 2015

Progress laman rumah

Update sikit perkembangan di laman rumah. Tak adalah superb, tapi dah tak nampak lah lalang sampai lutut tu.
Sekurangnya hijau la sikit pemandangan... Laman belum lagi habis ditutup rumput. Kena beli lg 100 keping pearl grass utk tutup area yg berpasir.


Tgh tutup tanah dengan pasir

ni lah keadaan luar rumah last two weeks. semak kan? nak buat mcm mana..rumah x siap renovate lagi


gambar kat bawah ni keadaan rumah terkini.tu pun lom habis lagi ditutup dgn rumput


ni lah keadaan skrg

banyak lagi yg nak kena buat..en hubby pun lom habis lagi tuang simen utk tinggikan porch kereta n buat floor treatment. Bhgn blkg yg sblm ni kebun sayur jadi storage area brg pembinaan. Tgh memikir utk utlize koridor rumah utk jadi tmpt berkebun sayur. Tp dlm pasulah.

Nampak tak rumputnyg mcm sawah padi tu..tu rumput yg dipindahkan dr area blkg. Hopefully rumput tu akan blend well dgn rumput baru bg masa dua tiga minggu. If still hodoh, kitaorg tukar je dgn rumput baru. 

Tuesday, March 24, 2015

Bekal anak anak

Antara koleksi bekal anak anak..konon nk buat diari bento mommy of 5A tp dah kelaut..tepek sini jo la..bakat utk deko bento x ada. Ni je yg ada, biasanya x smpt la mak nk snap pic pukul 5pg.. Hehe

Monday, March 16, 2015

Berkebun memang seronok

Skrg ni sy adah hobi baru yg sgt best selepas hobi mengecat rumH..hihihi

Sejak dua menjak ni sy suka bercucuk tanam. Semai biji benih sayur, tgk pokok membesar, berbuah...rasa seronok..dpt tuai hasil dan jdkan menu santapan anak beranak..mmg syok

Utk medium tanaman, sy gunakan tanah campuran baja dan cocopeat. Gaulkan dan masukkan dalam pasu. Lebih senang tanam dlm pasu atau bekas botol recycle..senang untuk sy ubah pokok mengikut cuaca.

Tentang baja, sy guna few baja, beli di pasaraya je. Dan untuk elakkan serangan serangga pada tanaman, sy gunakan neem spray yg organic, diperbuat dr minyak daun mengkudu

Kt bawah ni gambar gambar tanaman sy..ptg td br sy semai biji bayam merah, mini sawi, more kailan, jagung, cili api, cauliflower, broccoli, parsley and.last but not least..tembikai! Hehe oh ya salad juga. Hope semua membesar
.bila dah bercambah pening kepala nk cr bekas. 

Target dlm beberapa bulan akan dtg, sy  perlu lg beli sayuran dipasar. Berangan nk menanam sayur dr luar negara..special sket jamu anak suami..hehe and plan nk beli kit cendawan tiram. Masak sup sayo sodap

Saturday, March 7, 2015

Gotong Royong Gegar Denggi Topaz 4, Bandar Saujana Putra

As salam,
Update aktiviti weekend bersama jiran jiran.. AJK KRT mengadakan kempen gegar denggi di kawasan kejiranan kitaorang, Topaz 4. so start pukul 9 am, para suami dgn peralatan mencuci start bersihkan semua longkang,  sampah sarap dan segala yg menakungkan air. Tak sampai 50% penduduk hadir tapi xpela..yg ada je la buat kerja. kiranya xkisahla longkang area rumah siapapun, geng volunteer ni bersihkan jugak. iyala..nyamuk berternak kt rumah org tu, tp gigit manusia kt rumah lain ye dak? anyway yg x dtg pun ramai bersebab, ada yg balik kg..yg kerja pun ramai..so next time dioarg join..insyaALLAH

anyway, para isteri pulak organized potluck. sediakan breakfast bawa ke rumah sorg jiran yg selalu dijadikan sasaran jiran berkumpul. hihi

so para isteri dari awal dok berbual cerita update masing2. kitaorg jrg berjumpa..kalau jumpa pun hai hai bye bye je. kalau dah berkumpul baru besar besaran update pasal anak anak, kerja, rumah...

seronok..rasa macam dkt kampung..syukur jiranku mesra alam dan suka bermasyarakat..hihi