Monday, September 1, 2014

Projek Deko : Cat dinding

projek kecil mengecat dinding di sblh wallpaper terlaksana. saya pilih light grey utk matchkan dgn wallpaper tu. Wallpaper sy beli dikaison. hanya rm19.90 shj. cat lebihan dr cat dinding di bhgn tv. murahkan? hehe sy bercdg nk letak cermin di dinding wallpaper..ok x?


                                         Sebelum:


Selepas

Kelahiran yang dinanti

Ketibaan yg dinanti... empt putera keluar, br sang puteri intan payung ni keluar. syukur pada Allah, doa kalian yg mendoakan sy dpt anak perempuan dimakbulkan Allah. syukurlah ada peneman sy utk shopping..

memperkenalkan Aisya Sufia kpd kengkawan semua.. :)

Tuesday, April 29, 2014

Bila isi rumah sakit

Aduhai..dua tiga minggu lepas, saya dan suami diuji dgn anak2 berturutan sakit. mula2 start dgn semua selsema teruk, lepas tu Amir, Amar and Aryan kena stomach flu. asek muntah2.  lepas tu telinga aryan pulak kena  otitis media, sampai gegendang telinga kanan ruptured and keluar nanah dari telinga. Terpaksa refer dgn ENT, Dr Razak di DEMC. Doc razak sedut nanah dan bg ubat.  then nampak ada improvement sket.

Belum habis lagi isu OM aryan, Amir amar pula dikhabarkan bergaduh lt school sampai mata Amar cedera. Mata hitam Amar luka 40%, kena refer pulak dgn specialist mata, kali ni sy refer Doc dkt KPJ Selangor. Empat kali follow up dgn dr kat KPJ (sy xingat nama dr tu, tp dr ni very informative. saya suka!), mata Amar makin pulih, tapi disebabkan ada virus infection pada mata tu, so, automatic Amar kena sakit Conjuncvitis atau pink eye atau kita panggil mata merah or sakit mata. Amar x boleh ke school takut jangkitkan anak2 yg lain. mmg tuhan nak duga, Adam dan Amir pulak terjangkit.. Aryan yg br baik dr bernanah telinga tu pun kena sakit mata..adoi ai..mami dgn ayah bergilir ambik cuti. dua minggu dioarg kena kuarantin.

at the same time aryan kena recurring OM, kali ni saya refer pd Dr Samril, ENT specialistkt SALAM medical Center. Dah dua kali follow up dah..alhamdulillah ok, tp until today kena continue medication. nk avoid dr dia kena flu balik.

Amar yg sakit mata.

Minggu pertama, hanya dua pesakit yg kena kuarantin

Sedulang ko ubat

Minggu kedua empat empat kena kuarantin. bertambah pesakit sy


Melepek tido
 
dugaan kan? dahla waktu tu sy tgh kena bronchitis, batuk non stop..suara tiga minggu mcm suara Jamal Abdillah. hehehe

hari ni setelah segalanya berakhir baru sy mampu nak cerita. terkini, minggu lepas hubby jatuh motor waktu balik dr kerja time hujan lebat. motor tu baru je kelaur dr workshop, ni eksiden pulak. syukur time tu hubby pakai all thesafety gear, ride jacket, fullface helmet, and kasut. seluar je koyak rabak sbb dia pakai seluar kerja so kulitlutut, kaki tersiat kena tar jalan. Syukur waktu tu, treler yg kt blkg dia nmpk insiden dia jatuh terseret tu, so treler tu smpt brek dan stop before sampai kt tmpt kejadian. Syukur umur hubby sy masih panjang and takde kecederaan serius. sungguh teruji jiwa raga sy. Saya bersangka baik dgn Allah. Allah uji pada insan yg mampu terima ujian.


Antara tmpt yg cedera.
 
motor yg cedera teruk

Semoga segalanya dipermudahkan lepas ni. amin
 

Cerita pregnant and throwback story bersalinkan super hero

Aduhai lamanya tak update blog ni. Lama tak update kisah diri dan anak2.. sekali sekala kita ubah topik..bosan jugaklah kalau bila buka blog sy ni asek nmpk cerita Shaklee and projek rumah kan?kan? hehehe

Alhamdulillah, sy dah masuk 36 weeks pregnant. Macam mana rasa? aduhai, mmg teruji, maklumlah perut dah memberat, baby dah mula turun kebawah..asek nak gi toilet je rasanya. heart burn pun dah start rasa and selera makan berkurang. sy tak rasa nak mkn sgt, and seriau kalau mkn yg pedas2..mmg tak lena tidur sy dibuatnya.

saya ke office mcm biasa, drive sorg diri lepas drop anak2 ke school. Kengkadangrasa mcm tak larat sgt, tapi x smapai hati nak susahkan en hubby untuk hantar sy, sbb office kami berlainan arah.

insyaAllah hujung Mei ni kami akan timang anak kelima..semoga selamat hendaknya.

bila dah hujung2ni mulala nak throwback citer deliver anak2 yg seblm..hehehe senyum sengsorang bila baca kat entry yg dulu2. seram pun ada gak.hihihi

Anak2 semua excited menunggu baby aisyah keluar dari perut mummy. Aryan dah start super jeles especially bila dia nakal2 abang2 ugut xnak syg dia, nak syg baby aisyah je. hihihihi.. jgnla aryan pukul baby ye syg..

serius sy taksabar nak deliver baby ni..tp bila memikirkan kelengkapan baby lom beli lagi,barut, tilam semua tah kat dlm storage box yg mana satu..so harap baby bersabar ye sampai weekend depan. mami baru nak start mencari.

projek bilik baby dah kelaut. tunggu baby keluar dululah br mami deko. mami tak ada masa.masa mami penuh dgn aktiviti dgn abang2. rasa bersalah sungguh dgn baby yg sorg ni, parents lain sure excited beli baju baby in pink. tambah pula kalau first princess in family. tapi mami lg sibuk dgn projek tembok kat luar. so sorry dear...dlm seminggu dua ni mami akan start shopping.

hr ni feeling feeling flashback balik kisah kelahiran super hero.

cerita deliver Adam: http://cikpuansarah.blogspot.com/2008/12/aku-kembali.html
cerita deliver kembo: http://cikpuansarah.blogspot.com/2010/01/finallycerita-panjang-lebar.html


Rupanya saya tak cerita kisah saya deliver aryan dlm blog..kekeke wajib citer ni untuk rekod. nanti aryan besar, dia patut tahu apa yg berlaku dlm labor room.

Cerita ringkas rentetan sejarah deliver aryan

sy deliver di PP*M. Hari Ahad, di bulan pose. so bygkan weekend, standby doc and doc yg duty mungkin x seramia hr biasa. dkt waktu sahur, water bag leak, saya rasa basah..sy ingat sy terkenching..bila berdiri lagi byk kuar, mcm air takde kaler. panik juga sbb tka pernah ada experiencecamtu.

sy kejut hubby yg sdg tido..hubby mamai lagi, sy bgtau rasanya dah nak beranak kot. waktu tu anak2 yg lain dah dihantar ke kampung. adik kesygnan sy ada dikampung tolong jagakan tiga org hero.

so hubby suruh sy bersiap,kami gerak ke hospital dlm pukul 5pg, hubby singgah beli roti, air..sy smpt minum neskepe..sy kompomla tak pose..yg hubby tu kena sahur lakan..

sampai di spital dlm kul 6.30pg..nurse terus bawa ke bilik labor room. labor room PP*M ni dkt wing baru, derang baru pindah je dr wing lama..so semuanya serba baru, cantik. satu bilik satu patient...sy diberi ubat untuk buang air beso, settle semua doc dtg check bukaan..br tiga cm. saya frusmaklumle waktu kembo dulu, rilek je takde rasa apapun tau tau dah bukak 6cmt. lepas dia check rekod antenatal sy, tanya itu ini, dia tanya sy nak biar buka sendiri secara normal or nak dicptkan?

memandangkantime tu bulan pose, sy kesiankan hubby yg kena tunggu sy kt luar.*tak best pasal spital ni, hubby tak dibenarkan teman kita dleiver baby. kalau nka tunggu secara normal, mungkin mlm or esok pagi baru deliver baby. kalau induced, doc ckp kul 11-12 noon baby keluar.

so sy decide untukdiceptkan proses dilation..doc pecahkan waterbag. satu ubat dimasukkan kt urat tgn sy..pastu contraction mula terasa. mkain lama makin kuat. oh ya sblm tu doc dah warning, pakar bius takde untuk bg epidural. what da fish! hohoho abesla aku.

disebabkan ada byk kes kecemasan berlaku and ramai plak wanita2 nak bersalin..doc mcm tka cukup tanah berlari masuk room by room..saya rasa annoyed sbb takde sapa dtg bg sokongan moral kt sy, dahla hubby tak boleh tmn..berbeza dgn HUKM, midwife sentiasa dtg check..bg kata smgt..yg kt spital ni mmg x patient frenly langsung. masa tu tak mampu nak ngumpat dlm hati..sakit contraction bapak la kan ..hihihi

saya dok tgk contraction and heartbeat baby kt mesin tepi saya..last2 sendiri decide bila time ku nak teran. apa taknya..sy tgk graf, heartbeat bb mcm dha drop sket..contraction gila kuat...masa tu dkt pukul 9 pagi. sy ckp dgn nurse, dia cuma senyum suruh sy tunggu jap...apa sekejapnye..rasa cam baby mmg kt pintu rahim dah..last2 saya sendiri decide untuk teran..sy teran sekuat hati..mmg terasa mcm kepala baby dah nak keluar..kebetulan nurse dtg..terjerit dia bila nmpak kepala baby..

terus dia jerit panggil doc, tp masa tu dia dha pun sambut baby tu..tinggal nak teran untuk kuarkan bahu je..another push, keluarlah baby Aryan bucuk sy tu..sy nanges sekuat hati..saya nanges bukan sbb terharu bb selamat..sy nanges sbb saya rasa nak maki hamun je semua yg ada dlm labor room tu sakit hati, annoying..tp memikinrkan kang kalo ku ckp mcm org gila, sapa nak kuarkan uri and jahit luka? tol tak? hehehe

sabo je la..

ha pasal uri, pas masuk wad,saya mcm ada bleeding luar biasa, sakit perut yg amat sgt..rupanya ada lagi uri tertinggal yg dok amoi tu tak kuarkan abes. tgh mlm ada doc lelaki dtg korek kuarkan ketulan uri yg tinggal..what da fish! sakit ko dahla kt bawah tu luka..dahtu  doc tu rilek je korek2.. kesimpulannya mmg night mare. seriously nightmare..sy syukur sbb Aryan slmt lahir dan sy selamat.

oh no..bila pikir experience lahirkan aryan ni..mmg seram sejuk nak menghadapi lagi satu proses kelahiran..semoga kelahiran puteri pertama kami ni dipermudahkan Allah s.w.t

Amin
 

Monday, March 31, 2014

Osteoporosis? sakit sendi? selalu migrain? gastrik? jom try Shaklee OsteMatrix

Produk dari Shaklee untuk anda yang:

1. Masalah Osteoporosis
2. Sakit Sendi dan tulang
3. Mengamalkan pemakanan yg tidak sihat - minum alkohol, softdrink,coffee etc
4. Mengalami masalah PMS
5. Mahu menstabilkan tekanan darah
6. Ibu menyusu
7. Wanita mengandung
8.Mengalami masalah gastrik
10. Sering Migrain
11. Sembelit


Apa yang best pasal OsteMatrix berbanding pil kalsium yg lain?

Kebaikan pil kalsium OsteMatrix Shaklee:

1. Senang ditelan
2. Cepat diserap oleh badan
3. 4 tablet sehari mencukupi keperluan kalsium badan uolls. so siapa tak suka minum susu, boelh ambil OsteMatrix
4. Mengandungi 1000mg kalsium untuk setiap tablet. bukan tu saja, dlm Ostematrix juga ada:
a. Margesium
b. Vit D
c. Vit K
d. Boron
e. Manganese
f. Zink
g. Copper





Kenapa vit kat atas tu sgt penting? sbb vitamin tu mcm simen yg akan mengikat kalsium mcm batu bata nak bina rumah..camtulah kalsium..dlm tulang, kalsium tu mcm batu-bata, vit2 yg disebut kt atas tu mcm simen yg akan pegang batu bata tu kasik kukuh. :)

Cer bayang dah umur 40an, belum bercucu, sakit pinggang, sakit lutut. dah bercucu, bongkok tiga pula..tulang dah rapuh..jatuh sikit tulang patah.  takutkan? nauzubillah...selagi boleh ikhtiar, kita ikhtiar..jaga tubuh badan kita sebaik mungkin.



Saya dah cuba dan saya sgt yakin OsteMatrix dpt membantu uolls mengurangkan/mengatasi masalah di atas. Kita cuma ikhtiar, doa mohon Allah berikan kesihatan yg terbaik pada kita semua.



 

Monday, March 24, 2014

Projek DIY dgn Adam : Diaper Storage box

cerita rumah:

Weekend yg x byk progress. bilik baby yg konon nk deko tu masih mcm tu le rupanya. hihihi

Saya cuma smpt membasuh plastic containers n lids masuk dlm storage box yg besar dan susun seadanya.Biar dulu disitu hingga siap kitchen cabinet. Jjanji semua containers tu dah siap siap dipairkan dlm penutupnya so senagnlah nak cari. Tak dela nk kena godek bg sepah semua br jumpa pasangannya.

Other than that, sy dgn adam dan aryan sama sama buat kotak storage diaper. Cadang tu nk beli basket tuk diaper aryan. tp bila tgk kt blog geng susun atur, byk idea guna kotak terpakai n wrapping paper. maka terhasillah aktiviti diy anak beranak. hihihi Memang jimat..comel lak tu. saya suka! saya suka!

Aryan gunting penutup kotak..

kite gam kat body kotak nak lekatkan wrapping paper

Kita gam lagi! gam lagi! meleleh air liur Adam leka gam

Aiseh, wrapping paper x cukup..camne ni?

Ha..ni solutionnye ye tuan tuan dan puan puan

Lepas dilekatkan kan dgn black board sticker

Tada! dah siap

Tuan empunya diaper berposing dgn diaper nya

okla ..tu je nak update..bye!

Friday, March 21, 2014

Jom Usyar: Rumah Halus -Tiny House

Di luar negara, terutamanya negara maju, ramai yg homeless sbb tak mampu menyewa rumah. yg bekerja pun  belum tentu dpt membeli rumah sbb harga rumah kt tmpt tempat diaorg terutamanya kawasan bandar  mmg mahal.. takyah ckp pasal harga rumah kt obersee tu, harga rumah kt mesia pun mcm dah tak masuk akal. jd terpaksalah juga beli dgn pemaju2 dgn harga yg mahal. endingnya, kita kena bekerja smapai ke tua untuk selesaikan utang piutang rumah,keter bagai.

Sempena smgt saya yg berkobar2 (ekeleh poyos)  untuk tukar lifestyle ke arah minimalist and simple, sy pun dok layan blog2 website yg cerita pasal financial freedom bagai. Antara solution untuk insan2 yg tak mahu berhutang ialah dgn memilih cara hidup simple, dan bina rumah kecil. mmg kecil tau! serius cam tak percaya je saiz rumahnya. dah tu portable, ko boleh angkut je kemana ruamah tu dgn truck. hehehe. yg ajaibnya rumah tu lengkap tau. ada tmpt lepak, tmpt tido, toilet, and kitchen.

ok, bukanlah niat sy nak pindah kerumah halus tu. anak ramai kot. takkan nak dok rumah cinonit tu. hutang rumah pun dah buat. takleh bayang kalo buat rumah halus tu, camne saya nak parking..boleh tak agaknya parking rumah kt tanah reserve ktm, or tanah reserve tnb..huhuhu. mau kena halau..nk view cantik sket, pi parking kt tepi tasik shah alam nun..

point sy nak share pasal tiny house ni, nak share idea susun atur rumah tu. bila rumah dah kecik, mmg kita kena kreatif nak susun atur brg. so automatik kena jadi seorang yg superorganized. ehem..rumah sy halus juga, besar sket je pon dari rumah omputih ni..so sy kena belajar untuk kurgkan brg2 yg takperlu dan memaksimumkan ruang yg ada.

oklah..malas nak ckp byk..jomla tgk camna mat saleh2 ni organize rumah derang. kengkadang terpikir, best gak buat rumah kecik ni, habuan saya dan baby Aisyah main pondok2. tmpt mummy and daughter melepak baca novel and tea party berdua..weee

source: http://tinyhouseblog.com  more interesting story and details of the tiny house can be read from this blog.