Friday, February 7, 2014

house project: tambah dapur n tembok blkg (episod 1)

Pening juga memikirkan dapur yg sempit, bercantum dgn ruang tamu x ada partition. rumah yg kecil mcm ni, dgn brg yg byk dan anak yg ramai, rasa semak x tersusun. buka pintu dpn terus nmpk dapur. surela x bestkan?

Hubby tanya pd kontraktor, rata rata mahukan dlm 20k hanya untuk tmbh dapur bersaiz 6' x 18'. nk buat tembok keliling rumah tmbh lg 8k. mahal untuk kami yg xada budget dan br pindah rumah. dgn budget less than 10k, hubby decide untuk buat sendiri dapur n tembok. sy x percaya..nk ketawa pun ada..hubby sy tu mmg org gelar mr diy, tp nk buat rumah, bancuh simen, susun bata mmg mustahil sbb dia x pernah buat seumur hidup.


Tp dgn bajet yg ciput, desperate nkkan dapur diblkg rumah, sy setuju juga..maka bermulalah episod suami membeli belah brg construction di kedai hardware.
Cabut pagar hijau ini lah bhgn blkg dan tepi rumah



Brg ocnstruction dah tiba
l

Thursday, February 6, 2014

Dugaan betol - isu berulang everytimme sy ngandung

Dlm seminggu pasti ada sehari sy mc. bila dah tahu ada masalah kesihatan waktu mengandung, lagi kerap sy kena berjumpa doktor dan dapatkan rawatan. dalam dua minggu hadapan, sy kena pergi ke hospital dan juga klinik KKM.

Balik ofis, my bestpren inform bos beso tak puas hati, tanya teruk sgt ke sakit sampai kena mc kerap?

nak jawab mcm mana eh? ko tak pernah ngandung kan. tapi salah ku jugak, sapa suh ngandung..kekeke

ah lantak la bos..tak kisahla apa impression mu. Mmg tka jadi apa dah kat sini. Pegi keje sbb nk gaji...org bg kerja saya buat, janji xde delay yg buat delay project. nak buat extra takdela kan.

cuma asyik absent tu jadi issue disiplin pada bos..ye la ngaku mmg selalu mc, tapi dah tak sihat..nak buat camne.

aiseh..agak2 kalau dah benti kerja run biz sendiri sy bolehke mccamni? kompom x kan berani mc..kekeke

apapun heaven mkn gaji.. mc camna pun gaji ttp masuk...sorry la bos..jgn emo plak. sy yg di wrong interprete as kaki ponteng ni pun rilek je tak emo..kikiki

*Tgh belajar sabar. kenapa tak confront terus dng aku eh..apesal nak ckp blkg tanya kengkawan aku? malu ke? mintak asam kt meja aku tak malu lak..alahai bos...




Wednesday, February 5, 2014

Buka buku merah di KKM

Assalamualaikum..

Just to update, minggu ni wk24 pregnant. Beofre this sy check up dia klinik GP. plannya after wk30 br nk jumpa gynae. tp memandangkan sy rasa x sihat sgt sejak dua menjak ni, gi check dkt klinik yg sy selalu check up, doc x sentuh sy, tp bg conlcusion mcm2...katanya, biasalah mengandung mmg camtu, rasa pening, rasa penat etc. bila scan, placenta saya di bhgn bawah..doc ckp tak apa, kita tgk nanti bila kandungan dah cecah wk 30. low lying placenta normal untuk early pregnancy..tp after wk30 masih di bawah, br decide severity and samaada nak csec or tak. now 24 wks..ada lg 6 wks..saya masih berharap untuk bersalin normal.

apapun, disebabkan tak sedap hati, atas nasihat kawan yg isterinya br deliver baby, dia encourage sy gi buka buku merah di klinik KKM. sbb saya baru berpindah di BSP, klinik kesihatan yg sy kena gi is klinik ibu dan anak kat jenjarom. mak ai! saya call klinik tu tanya lokasi..jauh dek non..saya bygkan pekan kecil dgn klinik yg kecil juga..kekeke

Pagi smlm saya tabahkan hati gi ke klinik kesihatan tu, smapai dipekan jenjarom, not bad la pekannya..macam2 ado..besar juga..ku ingatkan pekan kampung halamanku..kekeke

klinik pun beso, tp kereta bersusun..penoh sbb klinik tu ocmbine klinik kesihatan dan klinik ibu dan anak. sy terjah ke klinik ibu mengandung..rmaia nya manusia. semuanya boyots..ada wajah familiar, rupanya ada team khas yg cater pregnant mom dari kawasan perumahan saya, BSP. Bandar saujana putra ni ada ramia penduduk. walaupun dkt dgn pucong and shah alam, tp address dlm daerah jenjarom. sbb tu kena gi cawagan jenjarom.

Alhamdulillah, staf klinik yg bertugas semuanya baik dan helpful. walaupun lama menunggu, tp rasa ok jek. lepas buat FBC, result darah dpt serta merta. as expected HB sy merudum balik..dair 9.1 ke 7.7. nurse ckp bahaya..sy di diagnosed as severe anaemic. sy rilek je..dah biasa..huhuhu kena tanya itu ini, saya bgtaulah saya ni ada penyakit betha thalasemia dan carrier jugak. so terus code sticker buku merah sy jadi kuning. kena refer doc plak. kat klinik tu ada dua doc yg bertugas. kena investigate lagi..sbb kandungan sblm ada diabetic, kena minum air gula 12 hb ni.. ayaks.

walaupun kandungan lom cecah wk30, saya diberi surat untuk rujukan pakar di hospital putrajaya, at the same time kena buat check up every 2 wks dkt klinik kesihatan tu dan jumpa doc every visit. treatment plan sy, more FBC sbb nk monitor serum iron sy (betulke? sy tak ingat terms yg doc ckp) sbb xnak terlebih iron pulak, krg lain jadinya.

hmmm, sengihje la..mcm severe lak penyakitku ini. masa ngandungkan kembar, kena tambah darah, hb naik dari 6.8 jadi 9.1. masih lagi bawah paras yg normal. itupun masuk dua kampit darah ko..dah la sakit. this time saya masih saspen..sy xnak kena warded, susah! anak2 nak sekolah..suami tka mampu jaga empat anak sorg diri. eceh! dia tinggalkan ku dgn empat hero tu dua minggu boelh plak kan? ni la masa nak berehat xyah pikir nk kemas rumah ke apa kan? kekeke

apapun semoga kandungan ku slmt, tka ksiahla nak kena oprate ke or deliver normal or mami kena tambah darah..janji anak dara mami sihat walafiat.

dah diagnose sakit pelik2 ni takdelak nk offer suh bedrest ke apa..ku patut je ckp selalu pening..mana tua dapat mc. mak dha membuyung ni mmg malas nak gi keje.


Monday, February 3, 2014

Sambung cerita aktiviti anak anak

Sambung cerita, rakan blog minta sy upload gambar..mungkin nk dpt clear view dari story saya dlm entry sblmnya. Saya bukanlah seorang yg creative dlm mendeko rumah. Tambah pula kami baru berpindah di kediaman baru, jadi byk kerja2 dekorasi yg belum siap. apa yg saya dpt buat dlm masa terdekat, sediakan bilik aktiviti anak2 di tingkat bawah. sy beli rak ikea, meja ikea dan rak2 warna warni yg murah di Giant. saya sort je barang ikut kategori dlm plastic container. Gambar diambil masa ni sy lom habis deko..insyaAllah ada kesempatan sy upload wajah terkini bilik toy empar hero ni


Bilik Toy anak2

Hari minggu,saya plan aktiviti untuk empat hero supaya tak bosan. antaranya aktiviti mewarna, bermain lego, story telling. sy masih belum berupaya nak buat tema hujung minggu mcm rakan saya - Pn Zara..ada minggu temanya Dinasour, fairytale etc. hehehe. Tp mmg akan mencontohi mummy Zara plan for weeknd acitvity with the kids
Color time!
Anak2 sy mmg selalu kena cubit, sy cpt hilang sabar. kengkadang lebam juga dng hasil cubitan mak diaorg ni. puncanya sbb suka bergaduh, berebut toy etc. tgk rancangan parenting kt TV, sy cuba juga ikut style org barat didik anak2. kalau nakal sgt, buat time out. gambar kt bawah ni contoh kejadian Aryan kena time out. saya suruh dia duduk atas kerusi lepas dia bergaduh dgn abangnya. saya bg syarat dgn aryan, kalau aryan ready nk behave, mintak minta maaf dgn abang, baru boleh keluar. stgh jam kt situ sbb keras hati taknak mintak maaf. last2 mengalah. so berpeluklah sekejap, pastu gaduh balik..sigh!
Time out!
Weekend saya penuh dgn jadual. pagi2 bg dioarg minum susu. Adam yg umur enam thn pun masih menyusu botol dan sehari kekerapannya sama dgn aryan dan kembar..mencecah enam botol sehari.bygkan setiap kali membancuh susu, empt botol susu kena bancuh. minimum enam kali sehari. penat ooo..hehehe lepas minum susu, mandi, sarapan, and play time. pukul 1 lepas makan adalah waktu tidur mereka. saya bentang comforter, semua mesti tidur. wajib! minimum sejam. Aryan special sket, tidur di bilik atas, dia kena tidur dlm gelap dan takde org. kalau tak, sampai kesudah tak tidur
Day Nap
Dah jaga dr tidur siang, bolehla nak mewarna ke, tgk tv ke..ptg sy mandikan, bg pakai bj tidur..and lepas tu br buat homework. aiseh tadika pun ada homework. Aryan br 2 thn stgh, saya hantar ke tadika sekali dgn abang2nya.so dia join kelas empat thn..jadinya Aryan pun ada homework untuk dibuat. kikiki usually sy tak paksa Aryan mcm yg lain. ikut mood dialah nak buat ke tidak.

pukul 10 wajib semuanya tidur. Kembar dan Abang Adam dah tidur di bilik tidur dioarg. Bilik tidur tiga bujang tu hanya semata2katil dan carpet. tak ada toy, buku atau apa sj yg boleh mengganggu fokus dioarg untuk tidur.

Aryan masih tidur dgn mami dan ayah. Aryan ckp kalau baby keluar baru dia tidur dgn abang. janji palsu,..hehehe


Peraturan baru di rumah

Membesarkan empat anak lelaki berumur 6 thn, empat tahun dan dua tahun setengah amat mencabar. Cara mereka berfikir hampir sama, peel jugak sama..jadi jeritan, pergaduhan, tangisan mmg akna berlaku selang lima minit. Saya dan hubby hampir hampir hilang kawalan emosi, selalu saja buat hukuman terhadap anak2 ni secara fizikal. Sejujurnya, pendekatan yg kami lakukan adalah salah. hasilnya anak2 menjadi lebih degil.

Sblm tidur, bila tgk wajah anak2 yg sedang tidur rasa terharu, sedih dan menyesal bila hari tu sy menghukum dioarg. Sayang sgt pada diaorg ni..tp bila diaorg berjaga, masyaAllah..Allah sj yg tahu bagaimana tak terkawalnya rumah tangga saya. toy berselerak, buku tulis pun bersepah..pensel warna di sana sini..setiap lima minit saya akan susun throw pillow di living room kemudian bersepah semula.

Satu hari, bincang dgn hubby, kami cubba introduce anak2 dengan tab...games..Tablet kan new trend kanak2 zaman skrg. mula2 sy berikan tablet samsung sy pada Adam, anak yg sulung. mmg berhasil..Adam seharian mengadap tab bermain videogame. Adam pandai donwload sendiri game dari apps..dia thau buka youtube dan type keyword untuk clip yg dia nak tgk,contohnya train, dinosaur, thomas, zombie plant, etc


Kemudian adik2 nya mula mengikut, jadi nak elak pergaduhan, hubby belikan sorg satu tablet buatan China. sama saja fungsinyadengan tablet samsung. anak2 gembira dpt sorg satu gadget. sy pun happy. Bawak diaorg ke kedai makan, masing2 melayan tab masing2 so takdelah diaorg bosan dan tunjuk peel masing2. mami dan ayah pun sibuk dgn hp masing2..buka whatsapp, borak dgn kawan dalam group whatsapp. hasilnya, kami tak berkomunikasi. saya dan hubby seolah2 dalam dunia sendiri. dah mcm orang asing.

Hasilnya, rumah tangga jadi makin tak happy, so saya decide untuk kurangkan pengunaan hp. weekend saya ignore hp saya, sekali sekala sy buka untuk catch up latest story kawan2 di whatsapp dan fb. suami pun begitu juga. kami wujudkan aktiviti bersama. akhirnya kami kembali jadi pasangan suami isteri yg romantik gitu. hehehe

Ok abaikan cerita tu, cerita utama untuk entry ni actually nk cerita pasal anak2 sy.  dek penangan gadjet ni...anak2 saya  siang malam mengadap benda ni, budak2 ni susah nk disuruh, mandi malas, buat homework tangguh..makan pun bertangguh.  masing2 terbongkang di sofa, depan tv tak bergerak. hanya jari je ygbergerak scroll tab tu ke atas ke bawah. ultimately, saya naik hantu..saya ambik dan simpan semua tab tu tanpa belas kasihan. menangis meraung nak kan tab terbasuk Aryan. seminggu tak keruan anak2 saya tanpa gadget empat segi tu. saya keraskan hati, skrg ni dah masuk tiga minggu, rumah saya kembali ke asal. kecoh, riuh rendah, berterabur dari ruang tamu sampai ke bilik toy dioarg. Sy kembali jadi mak tarzan, menjerit bg arahan, membebel...tak apalah, asalkan budak2 tu tak terlepas zaman kanak2 yg normal. *smile

nak kurangkan sepah, toy saya sort dlm beberapa plastic container ikut kategori. Koleksi train, lego, cars, tractor, activity toys dlm bin yg berbeza. Sy susun atas rak tinggi yg saya dan hubby sj boleh capai. Kalau anak2 nakkan toy,syaratnya kena behave, kemas rumah balik ke asal baru sy bg dioarg buat pilihan..hanya satu kategori dlm satu masa..kalau nak mian train thonas, hanya toy tu yg akan bersepah atas lantai..so senang untuk sy kemas. hehehe

Alhamdulillah, sy rasa tanpa gadget, anak2 jadi lebih kreatif bermain, habis bosan, diaraorg akan minta pensel warna dan kertas A4 kosong untuk melukis. hanya hujung minggu anak2 sy dibenarkan tgk movie kartun dan beberapa rancangan tv yg sy pilih. tak ada lagi cerita mr bean, oggy and cocroaches yg mendorong mereka menjadi nakal. cuma siri ultramanyg tak dpt dielakkan..huhuhu saya akan lebih strict dalam memilih rancangan tv untuk empat hero ni.

Wish me luck. dah bertahun jadi ibu, byk lagi ilmu parenting yg sy kena belajar. ilmu yg paling  sy kena master is SABAR.

Wednesday, January 29, 2014

Sudah 23 minggu

Alhamdulillah, kandungan dah mencecah 23 minggu.nk masuk enam bulan mengandung. perut dah membesar, badan mummy usah ckplah..membesar bagai johan..hihih

Pengalaman mengandung kali ini berbeza dgn semasa mengandungkan 4 abangnya. dulu sy sihat, jalan lajuje kesana-sini, mabuktidak teruk sgt cuma migrain sekali sekala. masa mengandungkan abang2nya seawal empat bulan sy dah  kena heart burn yg teruk.

mengandungkan anak kelima ni, saya mual, loya dan migrain silih berganti sampai masuk 13 minggu baru kurang. skrg ni pula sy cpt mengantuk, mcm sleeping beauty sy tidur, badan cepat penat..beza yang nyata, sy belum kena heart burn. br smlm sy mc lagi, kali ni urine infection pulak..patutlah rasa cramping pain..so doc beri antibiotik and oral soda untuk diminum.

Sudah scan, gendernya..jengjengjeng...






dua kali scan masih lagi girl..harap mmg rezeki sy nak dapat anak perempuan..happy, bahagia, hilang rasa sengsara sbb perubahan hormon itu ini sepanjang mengandung.

semoga anak ni sihat, cantik dan bijak dan solehah..amin



Wednesday, January 22, 2014

We Love u Rasulullah S.A.W

Seratus Sunnah Nabi s.a.w Dalam Kehidupan

1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8-Baca Doa Selepas Wuduk
9-Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat
11-Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Sembahyang Berhadang
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
22- Sembahyang Dhuha
23-Qiyamullail
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba’
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28-Sembahyang Istikharah
29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur
36- Sahur (Puasa)
37- Segera Berbuka Puasa
38-Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua (Musafir)
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
48- Doa Ketika Pakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
50- Baca Bismillah Ketika Makan
51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
52- Minum Dalam Keadaan Duduk
53-Berkumur Dengan Susu
54- Tidak Mencela Makan
55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan
56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri
58- Banyak Membaca Al-Quran
59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
61- Bertasbih
62- Mendoakan Orang Yang Bersin
63- Doa Untuk Pesakit
64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
65-Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
66-Berdoa Ketika Hujan Turun
67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
68-Baca Zikir Dalam Majlis
69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
70- Berdoa Ketika Angin Bertiup
71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
73- Menyebarkan Salam
74- Menuntut Ilmu
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
77- Akikahkan Anak
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
79- Melawat Pesakit
80- Senyum
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
83- Tutup Mulut Apabila Menguap
84- Sangka Baik Terhadap Manusia
85-Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
86- Sunnah Fitrah
87- Menjaga Anak Yatim
88- Menjauhi Marah
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
90-Bersedakah Jariah
91- Membina Masjid
92-Telorensi Ketika Berjualbeli
93- Menghilang Gangguan Jalan
94-Sedekah
95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah
96- Membunuh Cicak
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
98- Memberi Nafkah Keluarga
99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf
100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit

Jom jadikan 100 tu amalan hidup.