Monday, February 3, 2014

Sambung cerita aktiviti anak anak

Sambung cerita, rakan blog minta sy upload gambar..mungkin nk dpt clear view dari story saya dlm entry sblmnya. Saya bukanlah seorang yg creative dlm mendeko rumah. Tambah pula kami baru berpindah di kediaman baru, jadi byk kerja2 dekorasi yg belum siap. apa yg saya dpt buat dlm masa terdekat, sediakan bilik aktiviti anak2 di tingkat bawah. sy beli rak ikea, meja ikea dan rak2 warna warni yg murah di Giant. saya sort je barang ikut kategori dlm plastic container. Gambar diambil masa ni sy lom habis deko..insyaAllah ada kesempatan sy upload wajah terkini bilik toy empar hero ni


Bilik Toy anak2

Hari minggu,saya plan aktiviti untuk empat hero supaya tak bosan. antaranya aktiviti mewarna, bermain lego, story telling. sy masih belum berupaya nak buat tema hujung minggu mcm rakan saya - Pn Zara..ada minggu temanya Dinasour, fairytale etc. hehehe. Tp mmg akan mencontohi mummy Zara plan for weeknd acitvity with the kids
Color time!
Anak2 sy mmg selalu kena cubit, sy cpt hilang sabar. kengkadang lebam juga dng hasil cubitan mak diaorg ni. puncanya sbb suka bergaduh, berebut toy etc. tgk rancangan parenting kt TV, sy cuba juga ikut style org barat didik anak2. kalau nakal sgt, buat time out. gambar kt bawah ni contoh kejadian Aryan kena time out. saya suruh dia duduk atas kerusi lepas dia bergaduh dgn abangnya. saya bg syarat dgn aryan, kalau aryan ready nk behave, mintak minta maaf dgn abang, baru boleh keluar. stgh jam kt situ sbb keras hati taknak mintak maaf. last2 mengalah. so berpeluklah sekejap, pastu gaduh balik..sigh!
Time out!
Weekend saya penuh dgn jadual. pagi2 bg dioarg minum susu. Adam yg umur enam thn pun masih menyusu botol dan sehari kekerapannya sama dgn aryan dan kembar..mencecah enam botol sehari.bygkan setiap kali membancuh susu, empt botol susu kena bancuh. minimum enam kali sehari. penat ooo..hehehe lepas minum susu, mandi, sarapan, and play time. pukul 1 lepas makan adalah waktu tidur mereka. saya bentang comforter, semua mesti tidur. wajib! minimum sejam. Aryan special sket, tidur di bilik atas, dia kena tidur dlm gelap dan takde org. kalau tak, sampai kesudah tak tidur
Day Nap
Dah jaga dr tidur siang, bolehla nak mewarna ke, tgk tv ke..ptg sy mandikan, bg pakai bj tidur..and lepas tu br buat homework. aiseh tadika pun ada homework. Aryan br 2 thn stgh, saya hantar ke tadika sekali dgn abang2nya.so dia join kelas empat thn..jadinya Aryan pun ada homework untuk dibuat. kikiki usually sy tak paksa Aryan mcm yg lain. ikut mood dialah nak buat ke tidak.

pukul 10 wajib semuanya tidur. Kembar dan Abang Adam dah tidur di bilik tidur dioarg. Bilik tidur tiga bujang tu hanya semata2katil dan carpet. tak ada toy, buku atau apa sj yg boleh mengganggu fokus dioarg untuk tidur.

Aryan masih tidur dgn mami dan ayah. Aryan ckp kalau baby keluar baru dia tidur dgn abang. janji palsu,..hehehe


Peraturan baru di rumah

Membesarkan empat anak lelaki berumur 6 thn, empat tahun dan dua tahun setengah amat mencabar. Cara mereka berfikir hampir sama, peel jugak sama..jadi jeritan, pergaduhan, tangisan mmg akna berlaku selang lima minit. Saya dan hubby hampir hampir hilang kawalan emosi, selalu saja buat hukuman terhadap anak2 ni secara fizikal. Sejujurnya, pendekatan yg kami lakukan adalah salah. hasilnya anak2 menjadi lebih degil.

Sblm tidur, bila tgk wajah anak2 yg sedang tidur rasa terharu, sedih dan menyesal bila hari tu sy menghukum dioarg. Sayang sgt pada diaorg ni..tp bila diaorg berjaga, masyaAllah..Allah sj yg tahu bagaimana tak terkawalnya rumah tangga saya. toy berselerak, buku tulis pun bersepah..pensel warna di sana sini..setiap lima minit saya akan susun throw pillow di living room kemudian bersepah semula.

Satu hari, bincang dgn hubby, kami cubba introduce anak2 dengan tab...games..Tablet kan new trend kanak2 zaman skrg. mula2 sy berikan tablet samsung sy pada Adam, anak yg sulung. mmg berhasil..Adam seharian mengadap tab bermain videogame. Adam pandai donwload sendiri game dari apps..dia thau buka youtube dan type keyword untuk clip yg dia nak tgk,contohnya train, dinosaur, thomas, zombie plant, etc


Kemudian adik2 nya mula mengikut, jadi nak elak pergaduhan, hubby belikan sorg satu tablet buatan China. sama saja fungsinyadengan tablet samsung. anak2 gembira dpt sorg satu gadget. sy pun happy. Bawak diaorg ke kedai makan, masing2 melayan tab masing2 so takdelah diaorg bosan dan tunjuk peel masing2. mami dan ayah pun sibuk dgn hp masing2..buka whatsapp, borak dgn kawan dalam group whatsapp. hasilnya, kami tak berkomunikasi. saya dan hubby seolah2 dalam dunia sendiri. dah mcm orang asing.

Hasilnya, rumah tangga jadi makin tak happy, so saya decide untuk kurangkan pengunaan hp. weekend saya ignore hp saya, sekali sekala sy buka untuk catch up latest story kawan2 di whatsapp dan fb. suami pun begitu juga. kami wujudkan aktiviti bersama. akhirnya kami kembali jadi pasangan suami isteri yg romantik gitu. hehehe

Ok abaikan cerita tu, cerita utama untuk entry ni actually nk cerita pasal anak2 sy.  dek penangan gadjet ni...anak2 saya  siang malam mengadap benda ni, budak2 ni susah nk disuruh, mandi malas, buat homework tangguh..makan pun bertangguh.  masing2 terbongkang di sofa, depan tv tak bergerak. hanya jari je ygbergerak scroll tab tu ke atas ke bawah. ultimately, saya naik hantu..saya ambik dan simpan semua tab tu tanpa belas kasihan. menangis meraung nak kan tab terbasuk Aryan. seminggu tak keruan anak2 saya tanpa gadget empat segi tu. saya keraskan hati, skrg ni dah masuk tiga minggu, rumah saya kembali ke asal. kecoh, riuh rendah, berterabur dari ruang tamu sampai ke bilik toy dioarg. Sy kembali jadi mak tarzan, menjerit bg arahan, membebel...tak apalah, asalkan budak2 tu tak terlepas zaman kanak2 yg normal. *smile

nak kurangkan sepah, toy saya sort dlm beberapa plastic container ikut kategori. Koleksi train, lego, cars, tractor, activity toys dlm bin yg berbeza. Sy susun atas rak tinggi yg saya dan hubby sj boleh capai. Kalau anak2 nakkan toy,syaratnya kena behave, kemas rumah balik ke asal baru sy bg dioarg buat pilihan..hanya satu kategori dlm satu masa..kalau nak mian train thonas, hanya toy tu yg akan bersepah atas lantai..so senang untuk sy kemas. hehehe

Alhamdulillah, sy rasa tanpa gadget, anak2 jadi lebih kreatif bermain, habis bosan, diaraorg akan minta pensel warna dan kertas A4 kosong untuk melukis. hanya hujung minggu anak2 sy dibenarkan tgk movie kartun dan beberapa rancangan tv yg sy pilih. tak ada lagi cerita mr bean, oggy and cocroaches yg mendorong mereka menjadi nakal. cuma siri ultramanyg tak dpt dielakkan..huhuhu saya akan lebih strict dalam memilih rancangan tv untuk empat hero ni.

Wish me luck. dah bertahun jadi ibu, byk lagi ilmu parenting yg sy kena belajar. ilmu yg paling  sy kena master is SABAR.

Wednesday, January 29, 2014

Sudah 23 minggu

Alhamdulillah, kandungan dah mencecah 23 minggu.nk masuk enam bulan mengandung. perut dah membesar, badan mummy usah ckplah..membesar bagai johan..hihih

Pengalaman mengandung kali ini berbeza dgn semasa mengandungkan 4 abangnya. dulu sy sihat, jalan lajuje kesana-sini, mabuktidak teruk sgt cuma migrain sekali sekala. masa mengandungkan abang2nya seawal empat bulan sy dah  kena heart burn yg teruk.

mengandungkan anak kelima ni, saya mual, loya dan migrain silih berganti sampai masuk 13 minggu baru kurang. skrg ni pula sy cpt mengantuk, mcm sleeping beauty sy tidur, badan cepat penat..beza yang nyata, sy belum kena heart burn. br smlm sy mc lagi, kali ni urine infection pulak..patutlah rasa cramping pain..so doc beri antibiotik and oral soda untuk diminum.

Sudah scan, gendernya..jengjengjeng...






dua kali scan masih lagi girl..harap mmg rezeki sy nak dapat anak perempuan..happy, bahagia, hilang rasa sengsara sbb perubahan hormon itu ini sepanjang mengandung.

semoga anak ni sihat, cantik dan bijak dan solehah..amin



Wednesday, January 22, 2014

We Love u Rasulullah S.A.W

Seratus Sunnah Nabi s.a.w Dalam Kehidupan

1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8-Baca Doa Selepas Wuduk
9-Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat
11-Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Sembahyang Berhadang
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
22- Sembahyang Dhuha
23-Qiyamullail
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba’
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28-Sembahyang Istikharah
29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur
36- Sahur (Puasa)
37- Segera Berbuka Puasa
38-Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua (Musafir)
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
48- Doa Ketika Pakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
50- Baca Bismillah Ketika Makan
51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
52- Minum Dalam Keadaan Duduk
53-Berkumur Dengan Susu
54- Tidak Mencela Makan
55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan
56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri
58- Banyak Membaca Al-Quran
59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
61- Bertasbih
62- Mendoakan Orang Yang Bersin
63- Doa Untuk Pesakit
64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
65-Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
66-Berdoa Ketika Hujan Turun
67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
68-Baca Zikir Dalam Majlis
69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
70- Berdoa Ketika Angin Bertiup
71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
73- Menyebarkan Salam
74- Menuntut Ilmu
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
77- Akikahkan Anak
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
79- Melawat Pesakit
80- Senyum
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
83- Tutup Mulut Apabila Menguap
84- Sangka Baik Terhadap Manusia
85-Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
86- Sunnah Fitrah
87- Menjaga Anak Yatim
88- Menjauhi Marah
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
90-Bersedakah Jariah
91- Membina Masjid
92-Telorensi Ketika Berjualbeli
93- Menghilang Gangguan Jalan
94-Sedekah
95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah
96- Membunuh Cicak
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
98- Memberi Nafkah Keluarga
99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf
100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit

Jom jadikan 100 tu amalan hidup.

Sunday, January 5, 2014

Promosi Alfalfa Shaklee January 2014

Buy 6 free 1  or you can buy 2 bottles at special price. please contact me througm SMS/Whatsapp 019-3833108 atau email : sitinorsarah@gmail.com

Antara kebaikan Alfalfa:
1. Sinus
2. Membantu ibu2 meningkatkan penegeluaran susu
3. Kacip fatimah
4. Detox/ penurunan berat badan


berminat? hubungi saya segera. :)


 

Monday, December 16, 2013

17 weeks Pregnant

Iam 17weeks pregnant now..by right the baby size is about  inches from head to toe. the little one is started to grow very fast after this

before i get pregnant, my weight is 56kg. now the figure is changed to 64kg. jeng jeng jeng..8 weeks weight increase. saya sudah gemuk..waaa. Mcm mana gemuk pun, hubby sentiasa ckp sy seksi. hahaha

Pregnancy kali ni x byk beza dgn sblm, emosi sy jadi sgt extreme, super happy or super angry, or super upset and super lazy.

beza kali ni, sy rasa nak melawa, tapi masih x dpt glow yg diperkatakan ibu2 sewaktu mengandung. hormon lebih memihak kepada dull dari glow. hehehe

bila saya dah gemuk, badan rasa sentiasa panas. panas sungguh! asek kena tukar baju je. dha la hidung super sensitif..so bau ketiak sendirimmg buat sy nak pengsan.

semuanya super..so harap yg keluar nanti supergirl. amin :)

*jom doa saudara kita di syria dpt berthn dalam kesejukan...semoga akidah mereka juga bertahan..jika mereka mati..smeoga mereka mati dalam keadaan syahid.


 

Tuesday, November 19, 2013

Family bertambah lagi

Bacatajuk pun dah boleh agak content entry kali ni. suka untuk diumumkan yang Adam, Amir, amar dan Aryan akan dapat adik..yea! I am now 12 weeks pregnant. Alhamdulillah ok cuma mabuk2 ngandung tu biasalah. masuk minggu ke-12 ni, selera mkn menjadi jadi..

berat badan 59.5kg

phew..montel mami skrg ni..hehehe

last month saya bz pindah rumah..sampai skrg barang lom habis kemas..byk kotak belum dibuka. deko rumah masih kelaut..byk yg kena buat nak bg ruamh nmpk kemas dan sejuk mata memandang. slow and steady la kot..tgk budget jugak.

ok tu je nak cerita. tak ada apa sgt nak dikongsi. saya sgt bz dgn aktiviti bersama anak2.

apapun sy masih distributor shaklee yang aktif. sesiapa yg nak order product shaklee sila hubungi saya: 019-3833108.

pelbagai set kesihatan ada:

Set Kurus,
Set Mengandung
Set pantang
Set Menyusu
etc...

whatsapp/SMs je, sy mesti reply punya :)