Friday, August 2, 2013

cerita Ramadhan saya

As-Salam..lamanya sy tak update...terlalu lama..

menyepi sbb bz dgn aktiviti harian, tp masih dok baca blog kengkawan semua.

Dah dekat nak raya, mesti semua org sibukbuat persiapan raya kan? sy mmg tak de buat apa2 makeover pada rumah sy memandangkan kami sekeluarga pun bakal berpindah di rumahsendiri tak lama lagi. jd rumah pun bersepah, mungkin lepas raya ni saya start utk packing barang sikit2.

Puasa kali ni saya rasa sgt singkat. sekejap aje lagi seminggu dah nak raya. takde rasa apa2pun...biar anak2 sy yg rasa excited raya, excited nak balik kampung. doa sy semoga perjalanan balik kg kami selamat pergi dan kembali.

Lamanya tak update hal anak2..asalnya blog ni adalah diari anak2 dari dioarg kecik sampai besar. bila dah besar nanti sekurang2nya ada sejarah yg mami diaorg simpan kt dlm blog ni. tp dah terpesong jd blog jual barang. hehehe anyway..selepas ni, kalau nak baca tetang testimonial or product info tentang Shaklee atau beli Baju muslimah, anda dijemput ke blog http://kedai-bonda.blogspot.com. jemput ye

kembali ke cerita anak2, syukur anak2 dah membesar, sihat, cerdas. Adam dah makin hilang pelatnya. walaupun dia abang sulung, tp Amir lg fasih berckp dari Adam. Adam pandai bercerita, suka mewarna, suka tgk kartun dan main game di tab

Amir si kembar, saya mmg kagum dgn self confidence yg ada dlm diri Amir. walaupun dia sebenarnya takut bila buat salah, tak mcm abang dan kembarnya, dia akan buat muka berani, jarang menangis walhal dah kena marah atau kena pukul. Amir skrg pun dah obses dgn game tab. paling kuat makan dan paling berani. dia berani naik atas seorang diri ambikkan saya barang2 untuk dibawa turun.

amar, kembar no 2. Amar ni mmg unik dari kecil lagi sy dah nampak sikap dia yg amat sensitif, manja, cpt sedih, suka kan muzik. Amar ni selalu di dominasi oleh Amir. Amir lebih dominan dari Amar, so apa rancangan yg Amir buat, Amar wajibikut. kadang2 ada juga Amar melawan, tp akhirnya kena debik dgn Amir. Saya agka risau dgn situation ni..saya dapat rasakan yg Amar dalam diam memberontak. Jadi sejak kebelakangan ni, saya cuba tumpukan perhatian pada Amar sebanyak mungkin. Saya cuba nak fahami potensi yg ada dlm diri si kecik sorg ni.

Aryan, si bongsu yang Rabu depan akan cecah umur 2 thn. dah besar awak ye Yayan. Aryan ni karakter dia speerti Amir. Dominan senangckp ikut kepala sendiri. Walaupun dah nak cecah dua tahun, tp masih breastfeed tau. Aryan dah boleh baca doa mkn dan sikit2 surah Fatihah.

seronok tahun ni nk beraya sbb anak2 dah besar. meriah..kecoh, gamat, sampai migrain dibuatnya..tp budak lelaki mgm gitukan







 

Sunday, June 9, 2013

Testimonial dari pengguna suplemen Shaklee

Salam,

saya menerima lagi satu feedback dari seorang pelanggan saya, sis norhaya. kami tak pernah bersua muka..dia dah hampir setengah tahun membeli produk shaklee sari saya. ukhwah terbina hanya melalui SMS/whatsapp. sebaik mungkin saya kongsikan kebaikan produk Shaklee kepadanya. semalam saya dapat feedback dari Sis Haya. Alhamdulillah..sememangnya Sis Haya amat berpuas hati setelah menggunakan produk Shaklee. effectnya pada kesihatan kulit memandangkan dia mempunya masalah ekzema dan jerawat. setelah beberapa bulan mengambil produk shaklee, skrgdia dpt merasakan perbezaan yg ketara pd kulitnya berbanding dulu

Syukur :)

U all pun nka? jgn segan2 sms saya untuk dptkan pakej mampu milik :)



Saturday, June 8, 2013

Edisi Bfeed: Masanya hampir tiba

Hari ini genap Aryan satu thn 10 bulan. Aryan Sufi anak manja saya yang lasak,petah bercakap, peramah tp agak cepat panas baran.

sekejap masa berlalu, Aryan dah hampir cecah dua tahun. tp makin hampirke usia dua tahun, makin susah aryan nak stop bfeed. sejak tiga bulan lepas, Aryan mmg akan reject susu botol jika mami ada depan mata. sekerap boleh dia nak menyusudgn saya. kasihan sbb susu makin kurang tak semeriah dulu. syukurlah masih lagi cukup untuk Aryan...cuma harus di top up dgn makanan. saya tak rasa dia kenyang. bila dia tgh menyusu, saya tanya.."yayan, ada lagi ke susu mami?" jawabnye.."ehmmmmm" tak tahulah dia faham ke tidak soalan saya.

makin ha,pir usia 2 thn, saya yg rasa syahdu...tak lama lagi tiba masa untuk putus susu. sedihnye...apapun saya bersyukur kerana doa dan harapan saya untuk susukan Aryan biarpun dari umur 9 bulan dah bercampur formula,  berjaya juga hingga usia anak kecil saya tu cecah 1 thn 10 bulan kini. perjalanan yg panjang...penuh ujian..ada waktu susu langsung tiada..mcm2 suplement sy ambil untuk bykkan susu.. umur aryan sethn empt bulan baru saya stop pumping di pejabat. hanya bfeed aryan dirumah shj.

pengalaman menyusukan empat anak lelaki mmgmcm2..byk keletah..tp paling berjaya misi menyusukan aryan. sikembar stop bila saya hampri deliver baby..umur kembar masa tu sethn 6 bulan. tp amir stop awal sikti..sethn tiga bulan dah x mahu bfeed. paling kasihan anak sulung sy, berjaya fully bfed selama tiga bulan, kemduain minum formula. kurang ilmu, tak ada kemahuan so itulah akibatnya.

harapan saya,bila ada rezeki next baby (harapnyaperempuanlah kan :) ) saya bertekad untuk exclusively bfeed selamasthn dan ocntinue bfeed selama 2 thn. amin.

 

Friday, May 31, 2013

Cabaran untuk kurangkan berat badan dengan Shaklee

Hubby dah start membuncit..dari underweight, skrg dah ada spare tyre dipinggang.

saya juga makin montel. senang hati gamaknya sbb anak2 dah besar. tapi tak selesa pula bila dah start ada spare tyre dipinggang mcm time pregnant.

paling tka best bila ada yg menegur..akak tgh pregnant eh skrg? hisy! mmg stress...hahaha

paling stress, hubby pun tanya..awak mengandung eh? aiyo!

dah lama tak ambik product shaklee untukkuruskan badan. so saya kembali ambil supplement set kurus shaklee.

harap dpt kurus dgn kadar segera.amin

untuk set kurus Shaklee, recommended supplements:

1. Alfalfa - fungsi untuk detox, increase metabolisme
2.  Cinch Choc - energy, metabolismeand mengandungi lyucine untuk mengekalkan otot badan semasa proses pembakaran lemak
3. Lecithin - memcairkan lemak. baik untuk kesihatan jantung juge
4. Herblax - membersihkan usus




berminat untuk memiliki supplement kurus badan Shaklee? boleh hubungi saya untuk mendapatkan harga special.

Tuesday, May 14, 2013

tips untuk elakkan penuaan kulit

Saya nak kongsi tips untuk elakkan penuaan kulit. Dok google pasal tips kesihatan, terasa nak tahu cara nak nampak awet muda. maklumla i ni dah lama dah cecah 3 series. kena watch out untuk menjejaki umur 4 series nanti. hihhi

caranya mudah saja. basic..yg semua org boleh follow:

1. jgn hisap rokok/ jgn lepak dgn geng merokok - rokok x bagus! malangnya suami saya perokok tegar. patutla kulit muka dia byk kedut. hihihiso far dia thau pantang larang sy dengan asap rokok, so bila nka merokok, dia akan keluar dari rumah.

2. Jauhi dari sinaran matahari - cahaya dari matahari akan mempercepatkan penuaan kulit, kulit jadi kering, ada freckles. mmg bahaya utk kulit. so pakai sunscreen protection. brand banana boat best.

3. Exercise! - mmg sedang diusahakan skrg. bila en suami ckp perut ada byk lapisan..saya rasa tercabar. bg masa sebulan je ye syg, pasni mmg tak nampak dah spare tyre tu

4. jauhi dari cuaca sejuk - kulit jadi kering. contoh lama2 dlm bilik aircond..kena kerap taruk losyen kt kulit. kt office dha lebih lapan jam dlm air cond..sejuk menggigil. keluar office terus kena sinaran matahari..mmg le kulit cepat kedut

5. jauhi alcohol - mmg takla.

6. Elakkan Stress - stress ke i? stress kalau tgk rumah sepah je. keje xdela stress pun..manageable

7. Tidur mencukupi - lebih dari cukup

kesimpulannya. ada chance nak nmpk awet muda mcm kak ton ni..comey dak kak ton? hihihih




sumber dari website http://about.coom

Tuesday, May 7, 2013

PRU13 & Selamat Hari Ibu

Salam..

lama saya tak update. Bukan kerana saya sudah pencen berblog cuma kekangan masa dek anak-anak yang sedang membesar. banyak amsa diperuntukkan untuk hero-hero kecil saya.

bulan Mei 2013, banyakkisah berlaku..PRU13..just to update kt blog saya ni..yg BN menang tipis dgn pakatan rakyat. harapan saya, semoga orang melayu tersedar dari kesilapan, kealpaan. jom kita bersatu padu..bersatu dgn bangsa Malaysia yang lain menjadikan negara ini kuat. jangan wujudkan sentimen perkauman...tak kisahla bangsa A atau bangsa B..tak kisahlah apa agama yang kita anuti kita harus berbaik antara satu sama lain kerana kita dibawah bendera yang sama..kita sama-sama akan pertahankan negara.

kepada manusia2 yang nak wujudkan spark antara dua kaum ni...saya harap fikir masak2. akibatnya andalah yang tanggung. Jangan wujudkan huru hara di dalam negara yang sedia aman. jgn wujudkan sikap berpuak2..kelak anak cucu kita yang menanggung akibat.

tak lama lagi tiba hari ibu. Selamat hari ibu sarah! tak ada celebration hari ibu, confirm tak ada surprise dari anak2. Hero2 saya kecil lagi. saya harapkan surprise dari suami tercenta. hehehe

Kepada semua ibu2yang membaca blog ni...saya ucapkan selamat hari ibu kepada anda semua. kita semua supermom..semoga kita membesarkan anak2 yang soleh berjaya didunia di akhirat. semoga saya menjadi ibu kepada empat lelaki soleh...amin

Adam Saufy, Amir Rayyan, Amar Rayyan, Aryan Sufi...

mami sgt sygkan kamu semua sepenuh hati, dunia akhirat. Semoga membesar jadi anak yang soleh ye, nak.

xoxo
Mami