Thursday, January 17, 2013

Organized activity books


Bersepah, serabut. Plan nak beli kabinet buku smapai skrg tak fulfill. tunggu pindah rumah baru nak beli.

jadi solutionnya:

pukul 1 pg, saya terjaga tidur untuk kemas rumah. tgk playroom a.k.a study room anak bersepah dgn buku2..buku mak pun ada hehehe (adam kan dah gi school,poyo je mami tukar nama jadi study room)

so ini lah keje sy di pagi bute tu





Kotak Thermosdalam proses untuk dibalut


Camnila jadinye..cincai boncai
Pandangan tepi..

Inilah Gunanya..simpan buku Adam dlm kotak tu.

Disitulah tempatnya

 

Best ke Bedak Arab Kokuryu Summer Cake ni?

Jawapan saya,  mmg best. Kulit terasa lebih licin, cela kat muka, bekas jerawat semua hilang, kulit muka rasa ringan dan kulit takdela nampak cam tepung gomak.

Sblm ni saya pakai bedak Maybelline/ Loreal. kebetulan compact powder sy dah nak habis. saya try beli bedak arab ni..sbb femes sgt kat FB. adik pun ckp best giler pakai. so terpengaruh, saya terus beli borong..alang2 nk pakai, baik jual sekali kan? heheh maklumla peniaga online tegar.

So sesiapa yg berminat nak beli Bedak Arab ni, jemput2la email/sms/whatsapp saya

019-3833108 / sitinorsarah@gmail.com

Harga RM49 /pc + postage RM6 (kalau ambik dgn sy byhand, takyahle bayar duit pos tu)




Tuesday, January 15, 2013

Suplemen Shaklee untuk ibu mengandung

Shaklee mempunyai mempunyai essential nutrients for pregnant mommy. Set mengandung shaklee ni mempunya nutrien yang cukup lengkap untuk ibu dan bayi di dalam kandungan.


Set utama:
1. Vitalea (multivitamin dgn iron)
2. B Complex with Folic Acid
3. OsteMatrix (calcium yg penting untuk ibu mengandung)

Set tambahan (optional)
1. Energizing Soy Protein - sumber tenaga yg berterusan, membantu mengawal berat badan berlebihan ketiga mengandung
2. Omegaguard (diaambil pada trimester kedua dan ketiga untuk perkembangan otak bayi)

Lengkapkan? Jom beri yg terbaik kepada diri sendiri dan bayi dlm kandungan u oll :)

nak set untuk kurus? or Set penyusuan shaklee? boleh bertanya saya seperti detail dibawah:

email/SMS/whatsapp saya jika berminat. 019-3833108 sitinorsarah@gmail.com

 Berminat untuk menjalankan perniagaan Shaklee secara sambilan, hubungi saya untuk maklumat lanjut tentan peluang perniagaan ini.

Thursday, January 3, 2013

Cerita Tadika Taska anak2 saya


Semalam 2/1/13 adalah hari pertama Adam bersekolah tadika. wearing a new school uniform hmmm bau kedai lagi becoz mami malas basuh, he looks so smart and handsome carrying his Ben 10 bag and Ben10 lip lap shoes.Mata tak habis2 pandang Adam, tak sangka ni anak saya..dah besar..sob sob

Aduhai, Adam is going to be 5 yrs old next year. cepatnya masa berlalu. Empat hero saya bukan lagi baby, they are growing up so fast. Tadi Ayah baru je borak2 dgn  si bongsu, Yayan minta dia jgn besar cepat sgt..nanti dah tak da baby dlm rumah..dah tak best.

Huhuhu rindunya zaman derang ni baby. Masa Adam baby, masa twins baby, masa Yayan baby.

Lepas ni one by one akan ke sekolah. kehidupan kitaorg pun sure berubah...kalau dulu (skrg pun) sibuk dgn diaper and botol susu...after this sibuk dgn stokin busuk dan bilik tidur busuk. hehehe

ok cerita taska dan tadika pula

saya hantar anak2 saya di Taska Riang Ria, Putra Height. Owner nya anak2 panggil Ibu Jah, memang kesayangan anak2 saya. Yayan lagi sayangkan ibu jah dari mami dia ni. jeles? takdela.  tak kisahlah..janji Yayan happy. mami pun happy ada org syg Yayan maybe lebih dari mami syg Yayan.

Adam diwaktu pagi akan ke Tadika Sinaran Intelek. Owner Pn Ros. Saya rasa ok hantar Adam disitu sbb:
1. Cikgu2 yang berpengalaman.
2. Menggunakan Bahasa inggeris sepenuhnya.
3. Ada swimming session.
4. persekitaran yang menarik
5.Sebelah Taska K jah
6. Sebelah Taska K jah
7. Sebelah Taska K jah.

heheh tiga kali saya taip benda yg sama. Mmg itu syarat utama saya..dekat dgn taska riang ria. saya taknak anak2 saya diasuh oleh org lain. sekali saya percaya orang tu, selamanya saya percaya. tapi kalau sekali buat hal..bye bye forever.

Masa kami tinggal di KL, anak2 saya pasti meraung setiap kali saya tinggalkan anak2 di nurseryX. setiap pagi nk ke office, hati saya remuk rendam tgk anak2 menangis depan pintu nursery. tapi sy tak fikir negatif or sangka buruk pada bbsitter. saya pujuk diri and saya anggap anak2 saya ni terlalu manja. setahun leebih adam disitu, begitulah keadaan tiap2 hari.

takdir Allah, adik saya tergerak hati nak apply part time bbsitter. disebabkan owner desperate perlukan pembantu, dia ambil adik saya jd pembantu taska. Bila adik saya disitu, baru tahu apa yg diaorg lakukan pada budak2. malas nak ckp, yg pasti anak saya dan anak orang lain juga di dera mental dan fizikal. makan di catu, cuma diberi susu berbotol untuk elakkan  budak2 lapar. No wonder sblm ni ada parents yg buat aduan ttg taska tu.

saya tak percaya, saya sangka org dengki dgn owner.

Lepas tahu kes tu, hati saya rasa tawar lagi nak tinggal disitu. Tak fikri panjang, terus cari rumah sewa diputra height, terus advertise rumah kitaorg untuk dijual. Rumah sold! Ruamh sewa dapat..Segalanya dipermudahkan, lepas pindah pegi merisik beberapa taska, Saya ikut kata hati saya... tiga taska rasa cam hati tak best, satu taska cam 50-50, sampai di taska k jah, taska terakhir yg saya risik, terus rasa best. berkenan..hati rasa happy. hari pertama anak2 menangis..hati remuk rendam...hari kedua, Amar je nangis..yg lain masuk menonong je masuk dlm taska dah tak kisah mami dan ayah.

hari ketiga dah takde sapa nangis. ajaib..padahal masa di taska lama, tiap2 kali hantar mesti menjerit menangis takut

aduhai, kenapa mami tak sensitif dgn anak2 mami selama ni eh. tah2 anak mami asek ditengking cubit dgn bbsitter. kesian anak2 mami.

dah hampir dua thn di taska riang ria, anak2 sgt happy. siap bila cuti lama sgt bertanya pada saya bila nak pegi sekolah ibu jah. aduhai anak..syg sungguh pada ibu jah ye.

K Jah ni sebaya arwah ibu, anak tunggal k jah pun sebaya saya. saya anggap dia sbg ibu. hormat dia. anak2 pun syg dia..nenek dan atuk derang jauh..so K jah ni tmpt menumpang kasih waktu sy bekerja. so tak mungkin saya nak pindahkan mereka ke tmpt lain

baru ni, k jah warded sbb darah tinggi. langsung sy tak tahu, dpt tahu terus rasa susah hati...risaunya sy kalau k jah sakit. saya doakan K jah sihat selalu aktif untuk run taska and besarkan anak2 saya.

ok..emosi plak rasa...tapi bersyukur sgt Allah pertemukan sy dgn ramai org2 yg baik disekeliling sy.

anyway, ni gambar adam kat tadika baru. sorry tak de gambar taska riang ria. segan plak rasa nak ambik gambar mcm wartawan tv. hehehe

 


 



 
 

Tuesday, January 1, 2013

Cerita 2013

Salam,

Tomorrow will be my hectic day. I will be on leave tomorrow to accompany Adam attending his new school. He is going to be 5 next year. cepatnya masa berlalu sedar tak sedar dah lama rupanya saya cecah usia 3 series. terasa diri muda remaja lagi. ahaks

memikirkan lagi dua tahun adam akan ke primary school, hati saya berdebar..siapa yang akan hantar dan ambil dia nanti? saya tak mahu anak2 saya diambil oleh orang yg tak dikenali. sighhh....tarik nafas.


disebabkan itu, saya harus panjangkan akal saya untuk mencari jalan berhenti kerja dan bekerja dari rumah.saya mesti menjadi WAHM by 2015. semoga abah tak fengsan tau keputusan ni. hihih

maaf jika asal korang masuk je blog ni, akan jumpa advertisement shaklee. tu belum lagi saya promote bedak arab, fellina,nursing wear bagai. korang tka tgk lagi produk offline saya..apapun as friend..doakan saya berjaya. saya lakukan ni bukan demi nak kaya. bukan ye..saya lakukan ni demi anak2..saya tak boleh memilih untuk menjadi fulltime housewife. saya mesti membantu suami mencari nafkah. anak2 harus dibesarkan dengan seselesa mungkin mcm keadaan sekarang.

besar cita2 dan besar harapn. rasa berat kat bahu dan kepala. so jgn heranla kalau saya boelh senang2 hilangkan kunci kereta, kredit kad, kunci rumah bagai..sbb byk perkara saya fikirkan dalam kepala.

Byk sungguh perancangan saya untuk kedai bonda tahun 2013 ni. saya panjatkan doa agar segala perancangan saya dipermudahkan Allah s.w.t. amin

nak jugak menyelit..gambar work station sy skrg. saya janji pada diri sendiri akan sediakan meja kerja yg sempurna dan selesa. yg pasti lokasi di ruang dapur. sambil masak sambil buat kerja. heheh


Bersepah..meja mkn jadi medan buat kerja

nak work station ni........soon sarah...soon

Tips membeli produk Shaklee

Sesetengah orang tak minat nak menjadi ahli tapi memang memang pengguna Shaklee. So, pada yang tinggal berdekatan dgn branch Shaklee, why not beli sendiri untuk menjimatkan wang penghantaran plus boleh jimat 15% dari kos produk.

menarikkan? nak tahu caranya...email sy..saya sedia membantu.

sitinorsarah@gmail.com

or SMS/whatsapp: 019 3833108

 

Monday, December 31, 2012

Promo Shaklee Datang Lagi- Advance Joint Health Tablet

Promo bulan January 2013. permulaan tahun yg mengujakan.

Kepada anda yang sering merasai sakit sendi, pinggang dan sebagainya, Shaklee mempunyai produk yang sememangnya dapat membantu anda mengembalikan kesihatan sendi anda.

maklumla kan bila kita dah berganjak usia ni, pinggang, bahu, lutut pasti start sengal2 atau sakit.

Bulan Januari adalah bulan promosi Advance Joint Health Tablet.

Beli 6 botol percuma 1 botol.

Inilah masanya untuk hadiahkan kepada ibu bapa atau ahli keluarga yang mempunya masalah sakit sendi. Semoga tahun baru ni, kita dapat bahagiakan kelaurga tersayang dengan membantu diaorg menjalani hidup dgn lebih sihat.

berminat? email sitinorsarah@gmail.com sms/whatsapp 0193833108

Tentang AJHT : membantu memanfaatkan:
1. Menyokong kesihatan sendi
2. Membantu mengekalkan tulang rawan
3. Memelihara tisu penyambung yang sihat


Add on untuk tulang dan sendi yang sihat

OsteMatrix Shaklee