Tuesday, November 13, 2012

Aktiviti waktu Cuti Deepavali

Salam u olls,

Happy holiday! this week is considered holiday week for me eventhough still work on Monday, Wed and Fri. Office is almost empty as more than half take leave sempena school break. heaven!

Yesterday was Deepavali, during mid nite, there were about half an hour of  non stop fire works can be seen from several spots di ruang udara alam megah. so loud! and it was annoying. come on la macha, dah mid nite pun..respect sket your neighbour and baby yg nak tido. mak baby pun try nak tido time tu. overla korang ni.

morning, kitaorg breakfast kat kedai Mamak makan roti telur. the boys dapat roti telur sorg satu. fuh licin..seronok tgk bebudak ni makan byk skrg ni.



After that, kitaorg tgk progress rumah..tak habis2 dgn usyar rumah..hihihi mak nak berangan..




pastuh bawak our kids to playground, watch tortoise and fishes from small pond at the playground bg tortoise mkn roti gardenia, then play time! sumer kotor dna comot lepas main sbb padang becak..





Noon, masak time. after having lunch, sumer membute sampai pak uda and mak uda ketuk pintu. then jaga balik, sambung main2 and tgk tv..semua happy..mami je tak happy sbb the next day keje.

Thursday, November 8, 2012

Tanam pokok &anniversari Sarah & Sol

Hi korang,

Lamanya tka update.. makcik bz skrg ni. sgt busy dgn hal keje and rumah. tapi kengkadang ada juga curi2 jengah blog yg saya follow

Skrg ni dah stop dulu projek mengecat..pantang tgk perabot mesit rasa nak mengecat. hehehe deko2 pun xde...hidup seadanya..lebih kepada fokus melipat kain baju melambak. tiap2 hari sebakul baju nak kena lipat..dah takdenye jadi supermom..lipat kalau sempat, kalo tka sempat jadila dua bakul, tiga bakul..empat bakul baju kena lipat bila masuk weekend. hihihi

tapi skrgni saya suka betul tgk pokok2 kat luar rumah. bukan pokok snediri..tapi pokok pakcik sebelah. hijau je pokoknye.. segar bugar..pokok saya..kurus je..tka berapa nak gemuk..lately ni baru rajin sket membelek pokok herba yg saya tanam..pandan, daun kesum, limau purut, pokok kari..yg baru saya tanam is daud pudina. tgk dah ada tunas..harap2 segar bugar le lepas ni. nak buat laksa petik je daun katl uar..hihihi

saya juga ada ambik anak pokok keladi..suka dgn daun keladi and fern..hijau je..tunggulah kalau ada masa boleh semai tagi beberapa jenis pokok hijau..

anniversarisaya dan samsol tinggal lagi seminggu. 17.11.2007 kitaorg nikah..now dah masuk lima tahundah kitaorg kawen. ada naik turunnya...tapi sebetulnya jarang bergaduh besar. byk gaduh comel2 jek..huahuah

seblm ni tka pernah ada sambutan pun..sbb selalunya saya lebih fokus nak beranak..maklumla tiap tahun beranak. tp tahun ni free la pulak. Aryan pun dah besar. so bolehla nak buat surprise kat hubby.surprise apa ye? hihihihi~gatal mode~ 

Sunday, November 4, 2012

Happy Birthday Adam -4 thn sudah

Selamat hari lahir buah hati mami, Adam Saufy



Semoga Adam panjang umur, membesar jadi anka yg soelh dan diberkati hidup dunia akhirat.

Ayah dan mami sayangkan Adam sepenuh hati.

Adam kebanggaan mami dan ayah selamanya...

xoxo
Mami

Fuh, masih teringat lagi rasa sakit nak lahirkan Adam, rupa labour room, camna Adam di NICU, your first smile, your first laugh, your first step, your first obesession and your first word....AYAH! huh!

Tuesday, October 23, 2012

Aryan's Haircut Day

Kali keempat kepala Aryan digondolkan.

Kali kedua Aryan berdepan dgn barber. hehehe
 sebelum: Semak tul tgk rambut dia ni


Ahad 21.10.2012 - Di barber shop Alam Megah




selepas:saya dah hencem!

Sunday, October 21, 2012

Weekend @ home: Layan citer Adam dan hawa dan cerita emo

First time saya menonton cerita Adam dan Hawa..Episod pertama buat jiwa raga cair..pandai sungguh Aaron dan heroin citer tu blakon. comel jek. so akhirnya mata saya melekat di skrin laptopasal je ada kesempatan. alhamdulillah habis 27 episod saya tonton selama dua hari ni. Patutlah ramai ckp cerita ni best..mmg giler best ah! sblm ni saya slalu ckp tak minatla si aaron aziz tu..tapi judgement saya  adalah berdasarkan pada rupa dia..mungkin hensem sgt sampai rasa tak minat..wakakaka...actually saya punya pendapat, asal siapa hensem atau cun giler..sure teruk giler lakonan..harap muka je hnsem or cun.

 tapi tak dpt dinafikan aaron ni pandai berlakon. so sapa ckp dia tak pandai berlakon tu...mmgla sbb tak pernah tgk movie or drama yg aaron berlakon or mmg anti sbb dia hensem sgt..ahahah ok tettttt! jgn ban blog ai okeh?

Saya tanam pokok! eh tak...sayaubah pasu pokok jek... pastuh bila tgk ada lima pasu dimana pokok2nye ala2 nak idup dgn gembira, rasa berkobar2 nak gi shopping pokok. ajak hubby gi nursery pokok, hubby ckp kat MAEPS MARDI ada ekspo org jual pokok. terus plan hari ahad ptg nak gi..sementara tunggu anak bgn tidur siang, sempt lagi jeling2 laptop tgk citer adam dan hawa. kul 3 kuar, hujan renyai..hubby tanya sure ke nak gi..tka kire walopun ribut ttp nak beli pokok. sampai kat MAEPS, mmg lebat giler hujannya. lalu kat area ekspo tu, tinggal khemah je dik non oi ekspo dah habis dah agaknye..luluh hari ku... en Hubby ni tak habis buat researchla..

perut lapar, hubby bawak gi satu tmpt kt seri kembangan...nama restoran tu anjung apa tah..hubby bawak gi situ sbb restoran tu ada bilik private yg ada aircond. so anak2 nak buas ke apa ke tak kesahla kan..dtg waiter untuk ambik order ckp indon haram tak phm bahasa melayu. nak je aku lempang..jgn jadi waiterla kalo tak reti ckp melayu. end up kite plak kena ckp indon dgn dia. hangin je..saya order pasta chicken carbonara, and mushroom soup adn garlic bread sbb nak kasik budak2 ni mkn... yg dtg satu mangkuk susu dicampur dgn tumisan bawang putih. mushroom aku tak jumpe cair plak tu..dua slice roti bakar yg takde rasa garlic. mau aku penampar je tukang masak ni..adoihai sumer org aku rasa nk lempang ni ape ke hal? heheheh

dtg pulak fettucini dalam kuah susu dgn rass bawang putih hangit. hubby sengih2 je..dia nye nasik goreng paprik tah apa rasa tah..malas nak tanya sbb menggelegak dah darah dlm jantung aku ni. last2 tak boleh nak telan, terus gi bayar..hubby dah kalut bawak anak masuk kereta selamatkan diri sbb ada org nak meletup kat kaunter.

time nak bayar, jumlah rm22.70. Saya tak kisah harga okeh,terus saya bayar...lepas bayar sy start bebel. Dgn minah indon kat kaunter tu saya khtubah dlm bahasa indon ala tak jadi supaya dia fhm sikit. saya tanya mana tukang masak..dia tunjuk di dapur..saya suruh dia bgtahu tukang masak, masakan dia langsung tak sedap, saya tak boleh telan sbb terlalu teruk. Saya ckplagi..kalau ta pandai masak, jgn berniaga, jgn berani jual mknan pada org kalau tak tahu mcm mana nak masak..belajar dulu masak sampai jadi. belajar dulu tumis bawang putih jgn sampai hangit.

cashier tu senyum2 je angguk kepala. aku rasa nak luku je kepala tu paham ke tidak aku ckp ni..eeeii mmgla tokey Anjung ni..ambikla pekerja yg boleh dipakai sket. dahla tka phm bahasa melayu, kite pulak kena ckp bahasa dia..masak mcm sampah..sorry emo akak.. sbb kalo korang dpt makanan tu mmg korang rasa nak campak ke muka tukang masak.

sblm darah kembali menggelegak teringat insiden smlm, baik stop..karang $@#$#^%$^$^ yg kuar..terkejut korang.ahahaha

so mcm mana dgn weekend korang?best?



 k

Thursday, October 18, 2012

Am i pregnant or not?

Waaa tajuk kemain hot.. actually not

For past two weeks saya memberitahu diri yang saya preggy. diskusi di surau office, congak kira bagai, ada chance daapt anak perempuan! yea! my Aufa Sumayyah is coming! saya berdoa yang terbaik, jika tiba masa nak tambah anak, saya terima dgn penuh kesyukuran. walaupun hubby tak begitu excited. hihihi

Tak sabar, hari keenam lewat, saya belije pregnancy test kit. balik ruamh terus test. negative!

seminggu berlalu dari due date  saya patut start period. masuk hari kelapan, mual2 makin terasa..bgn pagi terasa pening..terus cancel gi keje..nak gi klinik. tapi hati tetap rasa saya tka pregnant. bila doc check BP, HB bagai semua nya normal. doc ckp keep monitor guna pregnacy test kit minggu depan kalau masih negative, kena jumpa gynae.

Doc bg komen mungkin saya terlalu penat..otak saya nafikan, tapi body saya dah jerit2 ckp beliau sgt penat. kawan2 nasihat suh berehat...tapi balik dr klinik, maasih pening..gagahkanjuga diri berus toilet ang mop lantai. bila lagi nak buat..kalau resakse kecik sy balik xde peluang nak mop lantai.

habis berus toilet, period! adeh... saya rasa cam nak meroyan. takde Aufa..takde bb..huhuhu percaturan Allah adalah yg terbaik. Allah maha mengetahui dan Dia tahu hambaNya yang bernama Siti Norsarah tu takmampu nak jaga lima anak kecil :)

Wednesday, October 17, 2012

Testimonial tentang Set B Shaklee

Suatu mlm pukul 8 lebih saya dapat miscall yg byk dari seorang rakan saya, Farida. Sangkakan ada emergency saya contact balik farida. mmg betul dia emergency, production susu badannya merudum. rungsing sbb bayi nya yang baru berumur 2 bulan asyik menangis sbb tak cukup susu dan bila nak pam terasa sakit sbb susu dah kering.

Saya suggest Shaklee Set B. Saya tak ada full pack, jadi saya offer dulu trial set untuk sebulan dan saya beri juga dia satu tupperware kecik ESP untuk dia cuba. Farida setuju. Mulanya nak ambil esok hari, tapi dia ubah fikiran mlm tu juga dia collect di rumah saya di Putra heights. padahal dia di alam Budiman. jauh juga. tapi demi anak2, segalanya sanggup. kasih ibu untuk anaknya.

ni sebhgn conversation saya dgn farida mlm tu:


Dua hari kemudian,saya dapat update dari Farida:


Hari pertama farida di pejabat, sekali pam dapat 12oz! Yg ni saya jeles! eheks..Alhamdulillah..rezeki Marissa. Mama dah ikhtiar nak berikan yg terbaik tuk Marissa. Semoga Marissa jadi anak yg soleh dan taat pada Mama Marissa kay.

untuk penegetahuan, set B Shaklee adalah pakej untuk ibu2 menyusu. Set ini mengandungi B Complex, Alfafa, Vit C dan Vitalea. ianya untuk mencukupi nutrisi yg diperlukan oleh ibu2 yg menyusu bayi secara eksklusif. juga dapat membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti susu.

ESP / Energizing Soy Protein juga mempunyai kebaikan tersendiri. biasanya ibu2 akan menghasilkan susu yg pekat dan bayi akan rasa cepat kenyang bila menyusu. ESP juga membantu mencantikkan kulit para ibu selain memberi tenaga dan mencuckupi keperluan protein yg diperlukan oleh badan.

Saya memberi komen diatas berdasarkan pengalaman saya sendiri dan rakan wanita yang membeli set ini dari saya.


Saya adalah pengedar sah shaklee.sila hubungi saya jika anda berminat nak beli produk shaklee dgn harga yg memikat hati. :)