Berakhir episod Amir patah tgn, kemudian kembar selsema teruk, kemudiannya Aryan pula demam panas disebabkan lung infection sampai kena warde..yg terkini anak teruna yg sulung pula terkena jangkitas scabies atau kudis buta dlm bahasa melayu.
saya rasa nak menangis, baru je happy sbb anak2 dah sihat..skrg datang ancaman baru yg boleh attack the whole family. Adam gatal2 minggu lepas, saya ingatkan ruam panas, tpai makin lama makin teruk dan attack seluruh badan adam bahagian perut ke atas. tak sedap hati, saya bawa ke klinik..before this sy hanya sapukan calamine lotion pada badan. shockingly Dr ckp he was infected by mites..penyakit tu dipanggil scabies / kudis buta..whattt????
adoi hai...first thing saya rasa muka saya panas..malu giler..mcm mana anak saya boleh terkena penyakit ni..mcm lah rumah saya kotor sgt..mmg tka percaya..tapi tulah kenyataannya..adam kena penyakit kudis buta..sebut nama tu je pun rasa satu mcm..kalo chicken pox ke boleh thn lagi...huhuhu
Paling ngeri, Dr ckp anak2 lain even parents pun boleh berjangkit. so Dr bg ubat thn gatal dan juga lotion anti scabies plus sulphur soap bar brand JF. balik je mulalah operasi membersihkan baju adam, cadar, tilan, sarung bantal..semua saya basuh dan tukar baru. dah tiga hari treatment, nampak bhgn yg mcm berair tu dah kering..ada satu bhgn teruk infected bawah ketiak pun dah kering terus. lega..
tapi smlm saya visit lagi klinik Aman. Dr puas hati tgk condition kulit Adam dan dia beri lagi ubat dan extra lotion for whoel family untuk pakai. wee kami berpesta lotion anti scabies..hehehe
smlm pun saya tukar lagi cadar. nampak gaya rumah harus betul2 bersih suci dari hama tu. fuh..mencabar! apapun kena buat walaupun penat sbb penyakit tu boleh dtg balik kalau tak direbus baju2 dikhuatiri telur dan hama tu snediri terlekat pada cadar and baju adam. terjangkit dgn adik2 dia mmg naya..nauzubillah.
saya masih tak percaya rumah saya kotor. sehabis mungkin saya jaga kebersihan terutama tmpt tidur anak2. anyway, dah takdir nak kena..harap2 di nursery segala bantal dan sarung tilam sentiasa dibasuh. kalau tak sia2usaha saya ni..huhuhu (mode: nak nangis...).
Byk sgt kejadian tak diingini belaku pada anak2 saya semasa diaorg di nursery..amir patah tgn..kuku kaki Amir pecah..bibir amar berdarah..Aryan Non stop kena selsema. saya fhm bukan senang nak handle nursery. kalau saya sendiri buka nursery, pasti akan ada masalah begitu. saya cuba nak memahami keadaan, tapi ini dah di kira too much untuk saya. saya tka smapai hati nak pindahkan diaorg ke taska lain..sbb budak2 tu sygkan owner. owner mmg baik orgnya. Semoga murah rezeki suami saya, smeoga langsai hutang piutang kami, semooga saya boleh jadi WAHM secepat mungkin.. tak sanggup lagi nak tanggung risiko anak2 berterusan sakit itu ini selama ada di taska.
pasal penyakti scabies. Bagus Dr ni share info kat blog..dia ni pakar kanak2 tau...

Scabies dewasa..mempunyai 8 kaki

Telur scabies yang menetaskan larva scabies

Kesan scabies pada badan dan kaki
Scabies adalah penyakit kulit yang disebabakan oleh infestasi hama anthropod yang dikenali sebagai
Sarcoptes scabie. Penyakit
ini disebarkan melalui pendedahan yang berpanjangan kepada mereka yang mengidap scabies ini.
Organ utama yang terlibat adalah kulit di mana hama scabies betina akan masuk ke dalam kulit dan meninggalkan bahan-bahan buangannya (debris), telur dan najis hama ini. Keadaan ini meyebabkan tindakbalas alergi berlaku dan meyebabkan kesan gatal-gatal dan reaksi imunologi pada kulit. Scabies betina ini boleh megeluarkan sebanyak 90 telur sepanjang hidupnya lebih kurang 30 hari. Selepas 3-4 hari telur ni akan menetas dan larva akan menjadi scabies dewasa dalam tempoh 2 minggu dan kitaran ini akan berulang semula
Kesan utama pada kanak-kanak yang terkena scabies adalah gatal pada badan terutamanya pada waktu malam. Kesan-kesan pada kulit seperti bintik-bintik kecil berair (vesicles), kesan trak scabies dalam kulit (burrowing) dan kesan megelupas jelas terdapat pada celah-celah jari tangan atau kaki. Kesan-kesan sebegini juga kerap terdapat pada pusat, ketiak dan juga pada anggota sulit.
Rawatan adalah dengan memberi ubat sapu (untuk membunuh scabies dewasa, larva dan telur) pada seluruh anggota badan (leher ke bawah) yang perlu disapu pada waktu malam untuk 3 malam berturut-turut dan dibiarkan sehingga esok pagi baru dicuci. Adalah penting untuk merawat anggota keluarga yang tinggal serumah bagi mengelakkan jangkitan ini daripada berulang. Pakaian, selimut, sarung bantal serta apa-apa yang dipakai perlulah dicuci dan direndam dalam air panas mendidih untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut.