Tuesday, August 28, 2012

Edisi Raya: Hari Raya keempat

Yea! beraya dirumah tok abah Adam...rindu dgn kampung halaman sendiri. tp keluarga saya masih kecil..anak2 saya the only cucu dalam keluarga. Ayah saya masih muda..masih bekerja sbg guru sekolah. insyaallah moga2 tahun depan beraya dgn ahli keluarga baru..adik iparbertambah lagi seorang and more cucu untuk cikgu Amin and Che puteh. heheheh

Waktu siang tak kemana sbb ibu dah mula bekerja. sibuk dgn persiapan BBQ sempena raya dan birthday Abah..and belated birthday Adik bongsu, Aryan, En hubby..and birthday saya jatuh pada hari kemerdekaan..merdeka! hehehe. all in one event..jimat sungguh!

Mlm tu acara membakar..seafood, ayam, jagung, lamb, etc..ada laksa sarawak, bolognaise spagetti for kids, garlic bread, nasik goreng, coleslaw, mushroom soup, salad.etc etc...tak larat nak listkan..byk sungguh mknan. tetamu pun ramai. penuh halaman rumah dgn kereta..kira2ada sepuloh bijik kereta di dalam kawasan rumah. tak kira lagi yg kat luar pagar..

Then acara potong cake birthday boy..abah le..hehehe semoga abah panjang umur..sihat dan bahagia selalu. we all love u abah..muah! abah boleh bangun dari lumpuh adalah satu miracle..semuanya atas izin Allah. moga2 abah terus sihat dan ceria selalu.

 Sibuk makan sumer orang...
 Abah dan pakndak
 Mango cake secret recipe.
Dah taktau nak main apa...main balang kuih


Home Sweet Home: Part 2

Ahad lepas kami sekeluarga melawat tapak rumah. Tak banyak progress berbanding our last visit cuma ada bata2 yg sudah mula  dilonggokkan di bhgn atas dan sebhagian sudah disusun menjadi dinding.

Happy..excited..

cumatakde duit dah untuk major renovation. sabarlah wahai hati..lagi lima nam tahun harap2 dpt la saya bina rumah impian saya...




 

Monday, August 27, 2012

blue Velvet cake le pulak

amboi amboi..arituh glemer dgn red velvet cake..pastuh rainbow cake..sblm2 tu macarroon..now ada blue velvet cake le pulak..eh ke dah lama ada saya je yg tertinggal train ni? hehehe

rupa paras nya nampak sungguh menarik. but to be honest i will not dare to taste it. too bluish for me..rasa mcm ko letak pewarna biru pekat dlm mulut ku..ke ada natural food coloring yg mmg based from herb yg kaler biru? kalau warna asli dari tumbuhan  mebi saya makan.


Blue Velvet Cake from @addapinch | Robyn Stone
Pinned via pinmarklet

Edisi Raya:Hari Raya kedua & ketiga

Raya kedua start beraya di rumah orang..tgh hari kerumah abang ipar yg buat open house raya. then ptg tu terus ke Taiping..main boling! adeke main boling time raya..ahaha nasibla..abih tu en hubby takde kawan di kampung..taktau nak pi mana..pi main boling lagi best.

Raya ketiga dirumah saja..ramai pulak tetamu yg datang..saya jadi tukang buat air. lewat petang baru gerak ke alor setar ke ruamh pakcik en Hubby. dari Alor setar, terus balik ke kampung halaman saya di gurun. yea! yea! akhirnya dpt jugak peluk cium abah, ibu dan adik2 saya. heeeee

my beloved kak ipar dgn her eldest daughter and her nephew

gambar syok snediri mami dan adam di open house Abg At

Amir sibuk nakbaling bola boling
. 
Amar tgh nak angkat bola boling..

Sunday, August 26, 2012

Edisi Raya: Hari Raya pertama

Beraya di rumah mertua..sedih? taklah..saya dah biasa. ok je beraya di bagan serai..seronok jugak sbb saya rapat dgn biras2..so mcm  adik beradik, berkumpul berborak..mlm raya smpt gi ekspo ramadhan tgk brg untuk dilelong.

Pagi raya bermaafan..then makan! then ambik gambar family. lepak sampai kepetang sambil tgk tv, mkn cookies raya, borak2..


Keluarga kecil saya


Adik beradik En Hubby dan my parent in laws


Mak mertua dengan menantu2nya yg vogue gitu

 
Keluarga besar kami....mcm2 tema kaler baju raya ikut family masing2

My superheroes melepak sambil tgk TV

Edisi Raya: Balik kampung...

Perjalanan ke Utara..Balik kampung..ho ho ho balik kampung..hati girang!!!

Bertolak pukul 3 pagi...bersahur sandwich dunkin donut dlm kereta... excited sgt..anak2tido tak sedar diri. saya suka gerak waktu mlm sbb tu lah..anak2 tido..mami boleh jadi copilot ayah.

Pic taken masa hiway start jam di terowong dekat ipoh. msa tu baru nak cerah..ada kabus..sejuk..best! walaupun di tengah jam.. maklumla i am not the driver. hehehe









Wednesday, August 15, 2012

Edisi Raya: Persediaan Balik Raya

Thn lepas tak ada update raya. maklumlah dlm pantang. balik kampung dgn baby..anak2 yg lain dah lama ada dikampung. this time kami balik bersama2..thn ni giliran kampung en hubby. excited nak beraya tu takdela sgt..tapi adam dah sudah paham erti hari raya.

bila saya kemas rumah...mamikemas rumah sbb nak raya ke? errkkk ko ni..mcmla mak ko ni kemas rumah setahun sekali

masa saya mengecat meja, dia tegur lagi "mami buat rumah (referring to mengecat) sbb kita nak raya ke?"

pastuh dia dan amar selalu humming lagu balik kampung...lagu yg Sudirman nyanyi tu. mesti belajar dari abang2 di nursery ni.

Semalaman saya tak tidur sbb sibuk mengemas rumah yg nak ditinggalkan..berdoa supaya rumah  selamat tidak dimasuki pencuri.Jiran sebelah inform ada kes pecah rumah lately di putra heights. so kena hati2.

Saya juga sibuk mengemas beg pakaian. balik kampung ucma seminggu lebih tapi saya pastikan bekalan pakaian cukup setiap org untuk 7 hari. dibimbangi washing machine umah mak mertua fully utilized..kena queue nak basuh baju dan tmpt sidai baju yg limited. huhuhu so baik sediakan baju byk2..baju kotor masuk satu bakul. kalau sempat basuh kt kampung..tak sempat balik shah alam la baru basuh

hari ni hari terakhir berkerja..esok saya start bercuti. Blog juga tidak akan aktif baut sementara waktu. kalau smepat just update gambar. Kedai Bonda ditutup selama 10 hari bermula esok. pada pelanggan yg membeli barang2 dari kedai bonda..teirma kasih byk. lepas raya akan ada new stock and new product.

Ampun maaf dipinta kalau ada sebarang salah silap, atau kekasaran bahasa.

Check list raya

 Antara beg yg dah siap dipacking. Diaper ada tiga sizes..M for Aryan, L for the twins and XL for Adam

 Brg2 mandian, makeup etc..

Baju Aryan ready untuk dimasukkan dlm luggage.