Sunday, April 15, 2012

Potty train episode 1

Adam sudah masuk 4 tahun.. saya dah semakin stress sbb dia belum diaper free. mulalah adegan psycho budak kecik tu untuk bg dia awareness pasal potty training ni... mcm2 cerita tau pasal potty train ni..

Cerita #1:

adam start bising nk gi tadika yg dia gelar 'sekolah budak besar'. Siang malam dok usung beg Ben 10 ke hulu hilir, siap isi beg dgn coloring book, magazine and toy konon nak gi 'sekolah budak besar'. Oleh yg demikian saya pun mulalah ambil kesempatan untuk guna point tu untuk start potty train budak kecik tu.

Mami: Adam..kalau adam nk gi sekolah budak besar, Adam kena gi kencing n berak kt toilet tau

Adam: mami!  tgk tu robot *ceh  dia ubah topik pulak...

Langsung dia tak nak diskas pasal isu kencing kat toilet tu.

Tak lama kemudian dia diapernye penuh..

Mami: kenapa aAdam kencing dalam pampers? kan mami cakap sapa nk gi sekolah budak besar x boleh kencing dalam pampers..kena kencing kt bilik air je

Adam: hmmm adam nk gi sekolah budak kecillah..

isk  sanggup dia takmoh gi sekolah budak besar semata2 nak kencing dalam diaper.


End of conversation. dia dah takmoh diskas dgn saya dah pastuh.. tukar topik lain terus..


Cerita #2;

Kali ni ayah dia pulak psycho budak Adam ni.. kengkonon dioarg buat man to man talk session. Adam kalau lepak dgn ayah dia mmg startla buat gaya ala2 matured dan macho. Satu malam ayah dia psyco dia suh dia kencing or berak kat toilet.

Ayah: Adam, kalau adam nak kencing or berak, gi kencing kat toilet tau. budak besar kena kencing kat toilet. Kalau nak kencing pegi mana?

Adam: Pegi  kencing kat bilik air..

pandai! tahu pun..jawapan yg cemerlang.

Tak lama kemudian, pampers penuh...basah dengan air kencing

Ayah: kenapa Adam tka kencing dalam bilik air? Adam janji dengan Ayah nak gi kencing kat bilik air

Adam: sebab Adam nak kencing dalam pampers lah...

tet! end of conversation..adam tak minat nak debate. ayah plak dah malas nak argue..

wakakaka

adam oh adam.. mami tak taula camne nak settle isu adam nak pakai pampers ni..

Friday, April 13, 2012

Friday @ Rumah Pn H

Nak Ngomel sket walalupun tka ada kena mengena dengan tajuk di atas

Honda dah keluarkan tiga model Hybrid.. Civic, Jazz, Insight

Toyota pun ada kerete hybridnye..

Proton dah byk kali menang rally kat oversea with dengan Proton EV..siap masuk paper and TV tau..tapi bila nak mass produced ek? ke design tak feasible untuk di mass produced? BOM cost tinggi ke? hiiiiiiiiiiii

Something to ponder on this lovely Friday..

yippie today is Friday.. tadi gi buat liputan dekorasi rumah seorang kawan..Pn H. baru masuk rumah few months ago. Intermediate House 20x70ft..dengan warna dinding yg cerah nampak rumah luas sgt.. Dekorasi rumah white. clean with modern touch..byk warna putih..itu yg saya suka. dan byk barangan IKEA to optimize space..saya suka juga! dekorasi rumah Pn H masih WIP.. tapi saya mmg suka konsep ruamah PN H ni..so mechanical..hihihi

Few items yg beri idea untuk saya beli kat Ikea..

Looks familiar? barangan ikea ..hihihi saya suka korean wall paper. ada outlet di lot kedai sebelah IOI mall..

Penggantung kunci yg cute 

Rak Ikea..dan kotak Ikea for storage.
Other things yg saya suka di rumah Pn H:
- Kitchen cabinet warna putih
- Sofa
- plaster ceiling...

sorry takde gambar..sibuk bersembang sampai tak smepat ambik gambar. To Pn H, tq sbb invite kitaorg gi rumah untuk lunch..wakakaka pn H kena paksa bawak kitaorg gi rumah dia sebenarnya...

sekian terima kasih

Wednesday, April 11, 2012

My darling Aryan Sufi

Dengan ini di umumkan, genap Aryan berumur 8 bulan 4 hari, yakni kelmarin, Si kecil botak saya tu dah pandai duduk sendiri... yeaaa!!! kitaorg biarkan dia duduk selama mana dia mahu..tapi lama sungguh dia duduk sampai menangis2...ingatkan menangis kegembiraan..rupanya menangis sbb tak reti tukar posisi ke merangkak balik..wakakaka

To Aryan,

Mami love u Aryan.. walaupun agak lambat progress Aryan..at least ada jugalah progressnya..syukur Alhamdulillah...

Mami sayang Aryan..mami dah rindu Aryan nieh kat ofis.. mami pumping ingat aryan..mami buat keje ingat aryan.. mami makan ingat aryan..erk tu mami tipu...heeee

muah! muah! muah!

xoxo

mami

Tuesday, April 10, 2012

Selamat Bertunang babe!

Mimi...selamat bertunang.. tak sabar nak tgk hang naik pelamin.
Mimi kawan baik sejak dari zaman universiti.. start close masa end year 1. dia ni mcm mak tiri saya... my step mom pun tak mcm dia tau. ckp straight kekadang tu boleh cair taik telinga dengar dia sound  especially kalau bab saya malas bangun tido or study. Apapun dia kawan susah dan senang saya. dia ada kalau saya menangis,  dia tahu saya luar dan dalam. Kalau dia sedih, saya dah menangis dan meraung dah untuk dia. wakakaka 

Mimi always mimi..ada org ckp mimi garang..ada orang ckp mimi sombong dan tak friendly sgt. Actually muka je nampak sombong..tapi hati baik. Tak kenal maka tak cinta, kan mimi kan? Mimi, walaupun hang nampak cam aku tak peduli hidup hang sejak aku beranak pinak ni, actually aku tak lupa hg as bestfriend aku. Doa aku sentiasa untuk hang.. hang viva, aku kat sini dah menggelabah tak boleh tido. hang sms inform lulus Viva PhD hang tu..aku dah terlompat2 happy mcm budak2 dapat coklat..heheheh

Pertunangan Mimi dengan En KerelAzhar ni membuatkan hati saya lapang. happy untuk dia bila tengok dia happy maa majlis pertunangan dia tu. Muka berseri2 sungguh...maklumla darah manis. Mimi nak bercinta lepas kawin. Tapi saya tau sekarang ni Mimi tgh jiwang2 karat dan malu2 kucing dengan En KerelAzhar dia tu..hihihih

Sebelum ni saya sgtla tak berapa happy everytime ada orang nak kenalkan dia dengan someone. Saya tak mahu hati dia dilukakan. hep! saya marah tau dengan orang yg buat kawan saya ni sedih.   Tapi kali ni doa mimi di makbulkan Allah..saya yakin dia dapat yg terbaik. berbaloi tunggu dengan sabar. Doa saya agar Mimi dan En KerelAzhar ni disatukan dengan keberkatan dan kasih sayang Allah. semoga jodoh dioarg ni kekal hingga ke akhir hayat. ok ni kira short entry khas untuk Mimi. nanti bila kenduri kawin Mimi, entrynya akan lebih panjang..hihihi

love u mie..muah! Friends forever kay...

xoxo

Mami Adam


Monday, April 9, 2012

Weekend @ cousin's kenduri doa selamat & Playground Tasik Permasuri

Upadate Weekend... tkade aktiviti..mami tgh happy dapat meja tulis Ikea... meja tulis untuk anak2 mami sebenornya ..tapi mak adam pulak yg over  excited.  Cerita Ikea tu nanti la ye.. ni nak cerita aktiviti weekend ..

certia hari sabtu:

hari sabtu takde buat apa2 kecuali biar anak2 melompat2 dalam rumah, bergaduh, bertumbuk, menggigit, ko pukul kepala aku..aku pukul kepala ko.. pendek kata apa saja yg dioarg nak buat saya biarkan tak kisahla jiran sebelah nak maki hamun sbb bising..hihihi kalau tak suka boleh pindah rumah...ops silap..saya yang patut pindah rumah..sbb tu rumah sewa..diaorg tu rumah permanent..hihihih okla pakcik dan uncle..tahun depan kitaorg pindah ye. tahun ni mmg tahun uji kesabaran pakcik2 semua.. :)

try mengajar Adam alphabet..belikan dia coloring book angry bird and smurf. end up adik dia yg sibuk nak menulis sampai habis atas meja diaorg conteng..try nak cuci dah tak dapat. permanent..sob! sob! sedih tau..tak smapai 24jam beli..

Discussion ke korang?

Ada budak kecik nyibuk kat bawah tu
Belajar le konon

Hasil kreativiti Adam.. saya teka zirafah. tapi jawapannya, jambatan dan bangunan ada lampu..apekah??
Petang tu baru keluar gi umah my bestfriend kat klang...family dia ada buat majlis kenduri doa selamat...pi bawak hero2 bagi kecoh kat lokasi majlis..kenyang perut baru balik..waaa sedap toi makanan kenduri..maklumla free. yg best dapat kendong baby girl nama Durrah. cute tau! semua baby girl cute. baru tiga bulan tpai panjang dah sama dgn Aryan..ringan sket je dari Aryan. fully breastfeed...seronok tul tengok baby bambam camni.

Cerita hari Ahad:


 Buat appoinment dgn abg ipar dan adik ipar nak pi kenduri cousin hubby kat pantai dalam, kat flat sri angkasa. waa parking susah woo.. lepak kat khemah reramai dan makan..makanan superb..! sedap gile masakan kampung. ada gulai nangka, kerabu kerang, kerabu kacang, gulai nenas, ulam2,ayam masak merah..laksa, kuih muih, ikan bakar,  bubur pulut hitam..mmg sedap tambah2 pulak free! hehehe

On the way nak pi KL, wajib ambik gambar si botak ni dulu

Biras2 ku - Kak Su and Liza

Baby and Balqisya


Lepas kenyang perut, hati pun suka nak lepak2 kat taman tasik permaisuri..kami bawak anak2 dan anak sedara gi sana..dgn baju kurung kitaorg belasah je pi..biar yg kecik2 main, mami2 dan ayah2 lepak makan rojak buah. 2 jam kat taman tasik tu, baru bertolak pulang. (picture tah hape2 sket sbb photographer adalah Adam)
Kak Aina and ibu  dengan Aryan

Amir tertidur kat atas bangku panjang

Amar berlari kegembiraan

Abang Man, my BIL

Amar kehausan penat berlari

Suka buat muka menyampah

Abang Aizul n K Aina

sebelum balik tu singgah saujana putra tgk progress rumah... tiang pun lom naik lagi..ahahha dpt tgk tapak rumah pun jadilah buat hilang rindu..kihkihkih..sorry takde pic

next entry cerita jejalan hari Jumaat dengan hubby dan Adam..chow



Wednesday, April 4, 2012

Homeschool and Glass room - amazing design

Hi all,

Bz today? me ? naah... hihihi . Since yesterday, not much work to do so I have plenty of time doing research on home school and Montessori at home. This will be new project for me at home during weekend. Adam is now 3 plus and going to be 4 this October. He is ready for homeschool until he reaches 5. Next year i will send him to Tadika. so this year, my aim is to get him recognise alphabet, numbers, colors and arts. reading? counting? nope..for me boys are difficult to teach compared to girl. lainla kalau genetik mak bapak mmg pandai, anak tak kira gender pun cepatla tangkap kot..hihihi

Apart of doing research on homeschooling, i also spent some time on Pinterest. my favourite website, inspired me to be an organized person, to be a great interior designer for my own house. berangan lagi..hihihi

since our own house is targeted to be ready to move in by early next year..i must do budgeting on renovation, lighting, kitchen, and decoration. since our pocket tak dalam, so major renovation will not take place until 3-4 yrs. I only has budget for kitchen extension since the kitchen area is too small. takde moodla nak masak kalau dapur kecil..hihihi alasan.

googleing around then layan pinterest for design ideas... i found this pictures..a glass room, with greens for me to spend my golden days reading quran, novels, chit chat with my dearest hubby... waaa superb! love it and i want it to become a part of my house. insyaAllah. seb baik ada tanah sekangkang kera untuk tambah..in the picture, the size is quite besar, so for my own nanti, i plan to make it 10ft x 20 ft... kecik je.. hihihi..

Imagine dok baca novel dlm bilik kaca sambil tgk pemandangan luar yg ijau dari tanah sekangkang kera kat luar tu...waaa dunia kecil sayan yg hijau je. bestnye..ceh berangan lagi


Sunday, April 1, 2012

Weekend @ Tepi Sepang Gold Coast

AS-Salam Ladies!

Pagi ni cuaca mendung dan hujan sikit2, gi kerja dengan hati yang mendung juga..hihih Monday blues la.. Apa aktiviti weekend korang? Weekend ni adalah weekend yg best sebab berjaya spend masa berkualiti dengan hero2 kecik.. kalau masa hujung minggu dihabiskan dirumah..mesti budak2 tu akan pecahkan barang2 dalam rumah..so kena bawa dioarg keluar dari rumah. rasanya area kl semua tempat dah jelajah..so this time pegi jauh sikit..pegi Speang Gold Coast...eh pembetulan..kat tepi sepang gold coast je..Bagan Lalang...hihihi

Hubby kerja hari sabtu, so bila dia sampai je rumah tgh hari tu, saya ajak jalan2 ke bagan lalang, so en hubby cakap kalau nak gi sana baik tinggal di homestay. Apa lagi, teruslah saya google cri homestay di bagan lalang. Dapat book Homestay Auntie Asma. Call adik2 ajak diaorg join sekali, sbb plannya nak mkn ikan bakar kat bagan lalang malam sabtu tu.

Sampai kat bagan lalang dah dekat maghrib . check in kat homestay, hampeh..lantai berpasir, cadar berhabuk..smeuanya berhabuk dan kotor. hmm nasib badan..baca review mcm gempak sgtla homestay ASRA Auntie Asma ni. nasib baik ada satu bilik ada air cond, kalo tak mau mengamuk anak2 saya sbb rumah tu agak panas.

Lepas check in, terus ke area pantai, lima minit naik kereta. sampai kat pantai, punyalah ramai umat manusia..mcm ada pesta pulak. Seb baik adik dah book tempat kat restoran. so, sementara nak dapat meja, kitaorg gi lepak2 tgk sunset.. walalupun bagna lalang ni pantainya takdela cantik..tpai oklah untuk budak2 ni..seronokje diaorg kejar ketam..main air. tapi waktu maghrib air surut.

pukul 8 lebih baru dapat mkn,..seafood..bedal kow2 lah..sebab kitaorg semua kebulur..punyalah pelahap sampai lupa ambik gambar..hiii

mlm tu balik rumah terus zzzz

Pagi Ahad semua dha cergas, beli roti canai dan air..berkelah tepi pantai. disebabkan tak plan, takdela bawak tikar, khemah bagai.. kitaorg bersila je atas pasir, mkn dan minum pastuh semua terjun laut..hihii saya kena carry aryan..so takdela nak terjun..jadi tukang ambik gambar je.

ni lah gamabr2 yg smepat di snap. Random pic tak ikut story line..heheheh




cak!!!

cak!


aryan dan ayah


rupa dalam homestay
Homestay kitaorg menyewa
kena tanam..menjerit2 amar



pakcik dan aryan



Adam pun sibuk wat sign peace
Aryan ambik kesempatan buli abang


Add caption


Ayah tangkap ikan kecik
Budak ni minum air laut tah berapa gelen


pemandangan kat pantai
bakal adik iparku

mami dan aryan

mak ude dan aryan


tgk sunset..amaze sgt. adam ckp matahari jatuh dalam laut
kipas lampu angry bird..haisy apersalla ada org jual menatang ni


usyar ketam
Amar gedik


Abang besar, Adam


tgk matahari jatuh dalam air
adik no 4 Mira dan hubby, ein

aryan
mami dan aryan



dah nak balik...bye bye panjang umur sampai lagi