Tuesday, February 21, 2012

Petikan Artikel Metro : Susui bayi seawal mungkin


JALINAN...hubungan   ibu dan anak tiada penghujungnya.
JALINAN...hubungan ibu dan anak tiada penghujungnya.
DR WAN MAZIAH...pemberhentian susu  ibu lebih awal dikaitkan dengan risiko si ibu menghidap penyakit kemurungan selepas bersalin.
DR WAN MAZIAH...pemberhentian susu ibu lebih awal dikaitkan dengan risiko si ibu menghidap penyakit kemurungan selepas bersalin.
TIDAK dapat dinafikan segala perancangan penyusuan bayi harus bermula dari peringkat awal iaitu semasa mengandung yang mana si ibu perlu melengkapkan dirinya bukan saja dengan pemakanan seimbang tetapi juga melengkapi emosi diri.
Namun, ramai juga ibu yang sering tertanya-tanya kaedah untuk menghasilkan susu yang banyak supaya tidak perlu dicampur dengan susu formula.
“Pemakanan seimbang yang tinggi kalsium seharusnya diteruskan ketika menyusukan bayi untuk memenuhi keperluan zat dan tumbesaran bayi.

“Malah, si ibu terbabit perlu menyambung pengambilan vitamin prenatal dan minum air yang mencukupi untuk menampung kedua-dua ibu dan anak,” kata Pakar Kanak-Kanak, KPJ Seremban, Dr Wan Maziah Wan Mohamed.


Selain itu katanya, si ibu juga memerlukan waktu rehat yang mencukupi dan perlu sentiasa berada dalam keadaan tenang. Ia mungkin tidak begitu mudah jika si ibu berkenaan perlu juga menjaga anak yang lain oleh itu, sokongan keluarga sangat penting.

Kadangkala si ibu juga perlu mengambil ubat untuk masalah kesihatan lain justeru, mereka seharusnya merujuk kepada doktor untuk memastikan ia selamat digunakan sewaktu proses penyusuan (laktasi).

“Menyusu bayi seawal mungkin (sebaik-baiknya dalam jam pertama selepas bersalin) akan membantu pengeluaran susu lebih cepat dan banyak.

“Ini disebabkan setiap kali bayi menyusu, ibunya akan dirangsang dan pengeluaran hormon prolaktin dan oxytocin akan membantu menambah susu,” katanya.

Oleh itu katanya, lebih kerap bayi menyusu pada peringkat awal, lebih cepat terhasil pengeluaran susu yang mencukupi.

Namun, jika bayi diberi susu formula untuk menampung keperluan bayi pada minggu pertamanya, rangsangan kepada si ibu menjadi kurang dan pengeluaran susu ibu juga akan tergendala.

Malah, manfaat susu ibu untuk memberi perlindungan kepada usus bayi berkenaan juga akan terjejas kerana koloni bakteria baik akan berkurangan.

Di samping itu, Dr Wan Maziah berkata, pemberhentian susu ibu lebih awal ataupun tidak menyusu ibu dikaitkan dengan risiko lebih tinggi untuk si ibu menghidap penyakit kemurungan selepas bersalin (postpartum).

Kemurungan postpartum ialah ketidakseimbangan kimia yang secara amnya berlaku antara dua hingga lima minggu selepas seseorang wanita melahirkan anak.

Tekanan perasaan tahap kedua ini dikategorikan sebagai sederhana, juga dikenali sebagai kemurungan dan biasanya dialami sekitar 10 hingga 15 peratus wanita bersalin.

Masalah kemurungan ini boleh berpanjangan jika tidak dirawat. Selalunya, ia menyerang dalam tempoh pantang atau enam bulan pertama selepas bersalin.

“Antara gejala kemurungan ini adalah rasa sedih berpanjangan, rendah diri dan berasa dia bukan ibu yang baik bagi anak dilahirkan, tidak boleh menumpukan perhatian, letih dan tertekan, kurang selera makan serta sukar tidur malam.

“Namun, masalah ini boleh dirawat melalui perubatan dan terapi jika berjaya dikesan pada peringkat awal. Tetapi paling penting adalah sokongan keluarga terutama suami yang banyak membantu menangani gejala ini daripada berterusan,” katanya.

Baginya, menyusukan bayi dengan susu ibu adalah salah satu langkah bijak yang boleh diambil sepanjang proses tumbesaran anak.

Katanya, banyak kajian dilakukan sama ada menggunakan kaedah epidemiologi dan teknik makmal yang canggih menunjukkan terdapat banyak manfaat terhadap penggunaan susu ibu kepada anak jika ia diberikan sejak awal kelahirannya.

Antaranya merangkumi faedah kesihatan, imunologi, perkembangan dan tumbesaran anak, psikologi serta faktor sosio ekonomi namun begitu, masih ramai golongan ibu yang tidak menyusukan bayi mereka secara khusus.

“Keadaan ini mungkin disebab�kan masih ramai tidak mengetahui atau tidak begitu yakin dengan khasiat susu ibu ataupun disebabkan proses menyusukan anak memerlukan dedikasi dan disiplin yang tinggi daripada kedua-dua ibu bapa.

“Ada golongan ibu yang melihat penyusuan susu ibu hanya dilakukan oleh orang kampung saja lantas mereka enggan meneruskan penyusuan apatah lagi adanya pelbagai faktor kekangan seperti kerjaya,” katanya.

Menurutnya, penyusuan ibu sebaik-baiknya secara eksklusif dilakukan selama enam bulan dan diteruskan hingga satu tahun untuk meraih sebanyak mungkin manfaat daripadanya.

Apakah sebenarnya khasiat susu ibu? Kenapa ia dikenali sebagai makanan terbaik bagi bayi dan digunakan sebagai ‘standard emas’ untuk pembuatan susu formula?

Dr Wan Maziah berkata, susu ibu adalah satu produk ‘hidup’ yang mengandungi pelbagai antibodi, enzim dan hormon yang tidak mungkin mampu dihasilkan secara buatan.

Malah, kandungan susu ibu berkenaan berbeza mengikut individu dan peringkat perkembangan mereka. Disebabkan itu, golongan ibu mengeluarkan susu paling sesuai untuk bayi mengikut kematangan bayi mereka dan kesan daripada penyusuan susu ibu ini akan kekal hingga dewasa.

“Kajian menunjukkan penurunan risiko penyakit akut otitis media, cirit-birit, jangkitan saluran pernafasan yang teruk, dermatitis atopi, asma (kanak-kanak), obesiti, diabetes jenis 1 dan 2, leukemia, sindrom kematian mengejut bayi dan necrotising enterocolitis.

“Malah, tidak dinafikan masih banyak lagi kajian sedang dilakukan untuk mengenal pasti kandungan lain susu ibu dan khasiatnya yang mampu mempengaruhi tumbesaran terbaik bagi bayi,” katanya.

Manfaat penyusuan ibu bukan hanya tertumpu kepada bayi kerana ia membentuk jalinan rapat antara si ibu dan bayi.

Proses berkenaan juga berupaya mempercepatkan pengecutan rahim kepada normal selain boleh mengurangkan berlakunya diabetes jenis 2, osteoporosis, kanser payudara dan kanser ovari.

“Malah, penyusuan ibu juga baik daripada segi sosio ekonomi kerana selain diperoleh secara percuma, ia juga menjimatkan kos rawatan hospital disebabkan anak lebih sihat.

“Anak yang sihat mempunyai minda lebih cerdas serta mampu menjadi insan lebih sempurna, berjaya dan menghasilkan generasi akan datang yang lebih cemerlang,” katanya.

Selepas ibu mula bekerja, disarankan supaya si ibu meneruskan penyusuan susu ibu dengan cara menyimpan perahan susu dalam peti sejuk beku dan digunakan bila perlu ketika waktu bekerja.

Selain itu, tekanan pekerjaan juga boleh mengurangkan pengeluaran susu, namun terdapat ubat yang boleh membantu menambahkan susu tetapi golongan ibu seharusnya mendapat nasihat daripada doktor sebelum mencubanya.

Pengambilan ubatan untuk menambah susu seperti ini harus digunakan sebagai langkah terakhir jika semua ikhtiar yang dilakukan tidak berhasil dan diingatkan, rangsangan terbaik masih daripada bayi yang menyusu badan.

“Terdapat juga keadaan tertentu seperti masalah kesihatan yang memaksa golongan ibu untuk memberi susu formula. Si ibu terbabit perlu memilih susu formula yang tidak membuatkan bayi sembelit atau cirit-birit serta tidak menimbulkan alahan.

“Jika keadaan ini berlaku maka si ibu tidak perlu bersedih kerana tidak mampu memberikan makanan terbaik (susu ibu) kepada bayi kerana bayi masih lagi mampu membesar sebaiknya jika cara dan langkah yang dilakukan mengikut aturan yang betul,” katanya.

Monday, February 20, 2012

Rumah sewa kami

Hello ladies! Hari ni masuk dua netry dalam blog ni.. haaa amek ko..kalau tak bz sampai 10 entry pun saya boleh post. klaau bz, berminggu2la blog ni tak berupdate. bersawang berhabuk jadinye.

Entry ni nak cerita pasal rumah yg saya duduki kini. Rumah ini sebenarnya rumah sewa. Sebelum ni saya tinggal di sebuah apartment kepunyaan sendiri di Desa Petaling. Tapi bila kuantiti anka bertambah dan semuanya lelaki, saya jadi fobia dengan ketinggian dan takut anak2 memanjat dibalkoni. ruamh saya tu tingkat 12 tau. nauzubillah..

Akhirnya saya membuat keputusan menjual rumah tersebut dan sementara selesai proses jual beli, saya menyewa dulu teres dua tingkat di putra height..Skrg ni dah masuk 10 bulan kami menyewa disitu. Harap2 thn 2013 kami anak beranak bukan lagi homeless...amin

Rumah sewa punya limitation, saya tak boleh sewenang2 mengubah apa yg telah sedia ada dirumah tu, malah, nak drill dinding untuk letak frame/ bracket pun buat kami fikir berpuluh2 kali..Jadi apa yg boleh saya buat dirumah sewaan daku itu cuma maintain je seadanya. try sehabis mungkin untuk sejukkan mataku yg memandang walaupun byk detail2 yg saya sgt tak suka dirumah itu..

okla...saya nka menjemput puan2 semua melawat rumah saya. setiap gambar tu mmg la byk benda saya nak komen, byk corner yg saya nampak apa details yg saya boleh buat, tapi tak dpt buat sbb itu RUMAH SEWA
:-( tak bestnye kan?

Ini adalah TV corner,  langsir tu adalah langsir dari dalam bilik kedua di rumah lama. saya tka punya langsir cantik untuk ruang tamu sbb rumah lama takde tingkap dibahagian living room. apartment kan... nak buat baru, tapi malas sebab rumah sewa. saya tak sukakan warna dinding tu..sapalah yg pilih warna merah tu..huhuhu malas nak komen lelebih karang tuan rumah baca, dia naikkan lagi sewa rumah. ahahah

Toy yg bersepah tu adalah kepunyaan hero2 kecil saya. diaorg ni dah ada toy room sendiri tpai masih nak  bawa toy ke living room. ..

Ni entrance masuk. Warna pintu tu adalah coklat.. lantai ada broken marble warna kelabu..dinding warna merah dan kuning..matching tak??? takkan?? eheheh
Sebelum ni saya cover lantai dengan carpet dan rug takut anka2 saya calarkan lantai tu, tpai memandangkan tuan rumah nak naikkan sewa lagi rm100 bulan 5 ni, so saya fikir biarlah bercalar..nanti tuan rumah boleh upah org polish balik lantai tu..murahje pun..dalam rm 500 je.. huhuhu

Ini adalah tempat lepak anak2 saya. biru dan merah..tak matching langsung.. itu salah saya tapi sofa bed tu takkan bergaul dgn L Shape sofa tu kalau saya ada rumah sendiri nanti..masing2 dah ada lokasi yang akan diletakkan, cuma skrg ni longgokkan je dulu sekali.

anak2 saya suka bantal panjang yg warna warni tu..anda boleh dapatkan di IKEA. throw pillow warna coklat tu dari courts ammoth beli masa stock clearence. rm29/pc je

memandangkan saya nak mengadap corner ni selama lagi setahun lebih, maybe saya nak paint side table yg tersorok kat tepi tu dgn warna putih dan letak  lampu kat atas meja tu... langsir sliding door tu tu pun mcm n ak kena berganti. En Hubby..apa kata you?

Ini adalah satu lagi corner sebelah tmpt tgk tv tu. saya plan nak beli book rack Ikea warna putih dekat dinding warna merah untuk dptkan contrast. and sofa coklat tu ubah ke bahagian dinding warna krim tu.. rak TV tu pun nak dicat warna putih..apa komen En Hubby? ala pakai je rak Tv tu sampai rosak, nanti pindah beli baru..amboi2..byk duit abg? saya tak kira, saya nak cat jugak... degil..hehehe

Ni adalah kabinet simpan barang2 hubby yg dia suka sepahkan merata2 sebenarnya. siap ada kotak coklat lagi atas tu, (abaikan tabung haji tu, tu adam punya..bukan situ tmpt simpan tabung tu..) Saya suka Frame Family tu..saya print gmabar anak2 saya hitma putih and tepek dlm frame tu..patutnya kena gnautng kat dinding..tpai sbb rumah sewa, letak atas kabinet je lah :(

oh pintu tu saya sgt teringin nak cat kaler putih... i love white!

Ni adalah ruang mkn. thanks to tuan rumah dah siapkan built in cabinet tampt simpan pinggan mangkuk. ada lagi satu kabinet itam kepunyaan saya,taktau nak letka kat mana..mcm nak cat putih jugak..ahahah

meja mkn tu meja yg boleh dipanjangkan dan dipendekkan..beli kat ikea.

tuala sidai kat situ??? takde rak towel..sampai kesudah tak beli..alasan..rumah sewa! ahahah

ni dapur basah..bersepahkan? mak sapa lah ni... ni baru betul2 honest.. kalau ikut nak tunjuk diri supermom, mesti saya kasik betul2 bersih dan berkilat baru amek gamba.. camnilah dapur saya ..penuh dgn pinggan mangkuk tak simpan dalam kabinet..ada TV kat atas lantai dapur? En Hubby tak smepat angkat simpan di bilik atas sbb tetiba dia patah bahu..Tv tu berat bona..

ini lah keadaan rumah saya buat masa skrg..saya betul2 tak sabar nak punya rumah sendiri sbb dah ada rumah sendiri barulah semangat nak mengemas and deko rumah..skrg ni layanje la pinterest tu buat isi masa terluang dengan berangan..

Our Love song..

Pernah dengar lagu Phill Collin dalam filem animasi Tarzan? Itu lagu yang dinyanyikan oleh mak tarzan, Kala untuk Tarzan masa Tarzan menangis sbb Kala tersalah cara mengcarry Tarzan..Time tu Kala baru dapat kebenaran hubby dia untuk adopt Tarzan pengganti anak dia yg baru je mati.

Saya sangat suka lagu tu..nak tahu kenapa saya sgt suka lagu tu? sebab itu lagu kesukaan arwah ibu saya..lagu kenangan dia dgn adik bongsu saya yang masa tu masih lagi baby.

Bila saya dengar lagu ni, saya rasa mcm balik kezaman saya sekolah, lepak depan tv dengan mak tonton movie Tarzan ni dgn adik bongsu saya..kami berdua siap boleh hafal skrip2 dalam filem ni..sbb kami tgk berpuluh2 kali.. Part favourite kitaorg ialah bila Tantor (anak gajah, kawan tarzan) tanya dengan mak dia air sungai tu ada bakteria ke tak..hehehe saya dan adik boleh hafal seluruh skrip adegan tu..

mengimbau kenangan abadi dgn mak..saya sgt rindu dia...

Sekarang lagu ni saya jadikan lagu cinta saya dengan Aryan..ehehe kenapa Aryan? sbb dia sorg je masih baby...yang lelain dah besar..apapun mami sayang semua anak mami..



Layan you tube?? click here --> You'll be in my heart

"You'll be in my heart"


Come stop your crying 
It will be all right 
Just take my hand 
Hold it tight 

I will protect you 
From all around you 
I will be here 
Don't you cry 

For one so small, 
You seem so strong 
My arms will hold you 
Keep you safe and warm 
This bond between us 
Can't be broken 
I will be here 
Don't you cry 

[Chorus] 
'Cause you'll be in my heart 
Yes, you'll be in my heart 
From this day on 
Now and forever more 

You'll be in my heart 
No matter what they say 
You'll be here in my heart, always 
[ Lyrics from: http://www.lyricsfreak.com/p/phil+collins/youll+be+in+my+heart_20108086.html ] 
Why can't they understand 
The way we feel? 
They just don't trust 
What they can't explain 
I know we're different but, 
Deep inside us 
We're not that different at all 

[Repeat Chorus] 

Don't listen to them 
'Cause what do they know? 
We need each other 
To have, to hold 
They'll see in time 
I know 

When destiny calls you 
You must be strong 
I may not be with you 
But you've got to hold on 
They'll see in time 
I know 
We'll show them together 

[Repeat Chorus] 

Oh, you'll be in my heart (You'll be here in my heart) 
No matter what they say (I'll be with you) 
You'll be here in my heart, 
I'll be there always 
Always 

I'll be with you 
I'll be there for you always 
Always and always 
Just look over your shoulder 
Just look over your shoulder 
Just look over your shoulder 
I'll be there always



Sunday, February 19, 2012

Semoga Adik Faris sembuh

Saya ni mmg jenis cepat tersentuh hati kalau hal melibatkan anak2 kecil..saya mmg garang dgn anak2, tapi garang saya bertempat.

Cerita Adik Faris yg dihebahkan di FB tentang penyakit barah darah yg dihidapi membuat hati ni mcm kena siat2. tgk wajah adik ni menanggung sakit buat air mata saya melimpah tak boleh stop. tentu ada sebab dugaan ni allah beri padanya..dia anak yang kuat, sekuat ibu dan ayahnya..

saya? saya tak sekuat mereka.. sentiasa berdoa agar segala kesakitan anak2 saya, diberikan saja pada saya. saya tak mampu meihat mereka menangis (melainnkan kalau dicubit saya.. :) )

Semoga adik Faris cepat sembuh..semoga Allah makbulkan doa hamba2Nya  untuk adik Faris ni..

maaf tak mampu nak post gambar adik Faris...karang every time bukak blog ni, saya menangis

untuk mengetahui perkembangan adik Faris, sila klik di sini ; --> Mazidul Akmal

Play time! Sunday morning @ Taman tasik Shah Alam

Weekend lepas memang tak ada plan untuk kemana2, kecuali ke Taman Tasik Shah Alam breakfast dekat sana and let the boys spend their time at their favourite place..apa lagi.. play ground lah..we let them feel free running, jumping, climb, play with muds, stunt or apa saja yg diaorg nak buat and let them make friends with other kids too...  suprisingly, eventhough they have each other, diaorg masih berkawan dengan budak2 lain... majority are girls.. so cute bila Adam salam dengan tiga orang anak dara tecit2 bila time nak balik, siap cium tgn tu..adoi hai.. kids are so innocent and always innocent..tapi nanti dah besar, jangan buat gitu dgn anak dara orang ye..
Skodeng kure2

Jatuh dlm becak
Me bersama kekasih gelapku...

Ice cream time..comot!

I need air cond mami.. dah berpeluh2

isk..ajar anak makan berdiri

comot tul..rambut tu patut kena potong..tak sempat gi barber shop

lari..lari...kejar crow!

comotnye Amar!