Sunday, January 15, 2012

cerita saya di india

Saya ke India selama lima hari atas urusan kerja.Tak kemana pun melainkan berlegar legar di Pragath Maidan, kawasan Auto Expo di Delhi. di situ saya bekerja, mkn dan melihat2 manusia yg sangat ramai. ada mcm pelakon Hindi, ada yg mcm pelakon Tamil. hihihi

 Ada kesempatan, sy mengajak rakan sekerja melihat2 bandar delhi..bandar ini cantik..pusat pentadbiran seperti diputrajaya..ada india gate yg terkenal dlm filem Mann. ada juga President palace yg serba mewah dan wow... meninjau 2 lg dikawasan kediaman golongan pertengahan dan bawahan..sungguh byk ramai yg homeless..anak2 kecil berkeliaran bermain dgn rakan2 ditepi jln, dgn baju yg nipis padahal pd mlm hari suhu boleh mencecah 1 deg c. Di sini byk air mata saya tumpah bila melihat anak2 ini..entah mkn entah tidak.. jgn mimpilah anak2 ni dpt merasa mknan yg sedap2 .hati sy menjerit 2 memarahi diri kerana hanya memandang sepi tidak mengulur walaupun 10 rupee..apakan daya kerana kami dinasihati tidak memberi takut dikejar oleh peminta sedekah yg dewasa. ya allah...engkau tahu apa yg tersirat dihati ini...

Setaip kali saya lihat wajah anak2 kecil yg kelaparan ni, saya teringatkan anak2 saya di kampung.....bersyukur kerana kami suami isteri masih mampu memberikan yg terbaik mengikut kemampuan kami. yg penting, perut mereka sentiasa di isi... usyar badanlah.. hehehe

perjalanan sy di india menginsafkan sy...sy bersyukur tinggal di negara yg makmur, punya kerjaya, punya rumah untuk berteduh..mewah dgn mknan..tp  dihati ini masih belum puas, kerana tiada guna hidupgembira padahal sy tahu ada insan menderita. Saya sudah berdepan dgn mereka face to face..Saya tahu kewujudan mereka dan saya rasa berdosa tidak menolong mereka..rasa nak je jadi volunteer untuk bantu kanak2 yg kebuluran/ homeless ni. ada cara tak?

Sememangnya kunjungan saya ke India membuka mata dan hati saya. bukan sahaja informasi tentang powertrain yg saya bawa pulang..tapi juga kenangan dengan orang2 di india yg  ada yg peramah dan ada yg sombong nak mampus...huhuhu

Apa yang paling saya kenang?

- Cappuccino di Costa di Pragath Maidan. Rs107 @ RM6 satu cup
- Mutton Briyani di Lazeez Affaire Rs527 @ RM30/plate
-Massala Maggie Cup Rs 30 @RM1.50 /cup

hehehe hasilnya?? saya muntah2 dan cirit birit sebaik tiba di Malaysia...yg mana satu puncanya?? wallahualam..

Saya dan geng di hadapan pintu masuk Auto Expo
Gajah rileks je jalan kat atas jalan raya

Bangunan architecture India..cantikkan?

Manusia ramai giler di motorshow

Antara bangunan di President Palace

Saya dan geng di hari terakhir di India


Gate of India

Gembira lepas RM dalam akaun empty lepas bayar duit hotel


Gerai makanan ringan bertaburan di India. ada berani beli???

Mutton Briyani di Lazeez. sodap baisap! 

Having lunch in open air. perkara biasa di Delhi


View kat hotel

Sempat baca surat khabar waktu trafik light merah
.
HORN PROHIBITED!... next time datang india, wajib bawak ear plug..hihihi

Friday, January 6, 2012

india..saya di sini

saya kini berada di new delhi india. alhamdulillah slmt tiba dlm pukul 11 mlm waktu msia. disambut oleh wakil hotel n driver..waaa mcm vvip je rasa. driver angkatkan beg tau,.. sambil borak2 dia bawak ke parking lot. dia suruh teka mana satu keretanya... saya teka kereta suzuki marutilah yg common mcm proton di malaysia. dia tunjuk bmx diesel 5 series..mak ai..tak pernah naik..jakun le..tak de gamba sbb malula kt abg anthony si driver tu..hihihi

keluar dari airport ke city center..mcm tourist guide dia tunjuk itu ini pada saya n shan..kami berdua je naik dgn anthony. jln nya mmg takde lubang2 malah lg rata dari jln di kl or shah alam yg berlubang2. jln agak sibuk dan tabiat pemawndu di delhi suka bunyi hon n angkat lampu. kalau kt mesia mau kena kejar, tp kt sini perkara biasa, itu cara pemandu berkomunikasi...

sampai dihotel nk masuk mcm nk masuk penjara, penuh dgn sekuriti dan peralatan check bom. gate ditutup n hanya dibuka bila dah check kereta. kt lobby beg di check mcm kt airport. katanya nk elak serangsn bom pengganas..huh takut le jugak. dpt bilik terus cari internet... dpt wifi..lyn tenet..nk skype tp hubby x angkat. dlm fb hubby report aryan xnak tido..i know, he miss me..sy jugak:(

esok hr pertama di new delhi. akan berkampung di autoshow sehari suntuk. tak pasti ada kesempatan untuk shopping sari. waaa ngantuk..nk tido..was

Tuesday, January 3, 2012

jeritan batinku

aryan is reaching 5 months. can do nothing except screaming...hehe sindrom anak bangsukah!

Saturday, December 31, 2011

a little surprise from him

belum lagi tiba 2012 sy dah boleh tick satu item yg sy list dlm item yg sy ngidam nk beli thn 2012, apa ya? hehehe rasanya satu dunia tahu apa yg plg sy nk dlm masa terdekat ni. rakan opis dah boringdgr sy ngomel x abis2 pasal nk beli benda ni, tapi tak beli2 pun.. ehehe

actually sy punya strategy, yakni nk dptkan ia secara free. dah 1 bulan saya lancarkan kempen dekat en hubby mintak dia belikan. dia wat dek je langsung xnak komen apa2. ultimatenya smlm dia bawak balik bateri hp baru.. untuk hp samsung omnia sy yg rosak sbb kembar rendam dlm baldi. tau2 hp tu sihat balik dan dah boleh pakai. en hubby hepi. dia ckp x payah beli hp br lg dah, hp dah elok.. x pyh membazir. sy ni bukan gadget freak, selama ni x pernah kisah dgn gadget br launch. biarlah org bergya dgn new gadget, sy pakai jek dgn hp lama asal boleh ckp suda...

tp kali ni sy terus sedih bila hubby suh pakai je hp lama. terus nk nangis tp control la kan. dia taktau yg sy gila2 ngidam benda ni. ngidam kali ni x boleh dipandang remeh tau. terus down sampai xde daya nk masak or mandikan anak2. mogokle tu. hehehe

en hubby mandikan anak2, sy melepek xde smgt. malas nk paksa sbb duit dia kan, hehehe. pastu en hubby tetiba suh sy pakai abg adam bj, dgn malasnya sy gi wardrob, ambik bj. pastuh pakaikan adam bj. hubby dah senyum2 tp sy x perasankan senyuman penuh makna dia maklumla avoid eye contact sbb tgh merajuk. hee

tetiba en hubby ckp "awak x nampakke."

nampak pe? tp hati dh berdebar2. buat2 xphm pulak.

tuh dlm almari, bukak pintu lg satu. kelam kabut daku bukak. waaaaaaa ada kotak. nk nangis rasanya.. en hubby belikan dy benda nieh


ooo surpriseye. tq syg.  hehehe en hubby mmg gitu, pasni nk surprise lg ye. terima kasih daun keladi. kalau boleh hendak lagi







Thursday, December 29, 2011

Bapak sanggup rantai kaki anak kt toilet? manusia ke apa nieh?

Bapa rantai kaki anak?? kejam!!

Saya menangis tgk keadaan anak2 ini. tergamak si bapa perlakukan camtu pada anak2 dia. Sedih sgt tgk diaorg kelapara ndgn keadaan tmpt kurungan yg kotor. apalah yg anak2 ini tahu...insaf sekejap. semoga anak2 tu dapat keluarga angkat yg sayangkan dioarg. Amin..

err kalau takde sapa nak budak2 tu, bagi kat saya..saya nak...seronoknya ada anak perempuan. err yg adik dia dua thn tu sebaya kembar..mmg la tgh lasak. kadang2 saya pun hilang sabar dgn diaorg tapi mcm mana saya garang dgn anak2 saya, saya syg anak2 saya.. dlm marah2 apa saja keperluan diaorg sam ada penting atau tak penting tetap saya utamakan dari keperluan diri sendiri... sapa tak syg anak oi..manusia berhati binatang je yg sanggup buat anak mcm ni..

Ucapan saya pada bapak budak2 dua org tu..:


oi manusia! Apersal ko ni psycho sgt?? bini ko tinggal ko tu satu hal..jgnla ko lepaskan marah ko kat budak2 tu.. ko ni gila ke otak ko letak kat lutut? kalau ko dah tak mampu sgt apersal ko tak reti2 nak mintak tolong kat sedara mara atau kengkawan ko? lagi baik ko tinggalkan budak2 tu kat JKM dari ko kurung dioarg dalam tandas..dah la ko tu spesis pengotor..toilet tak reti basuh. jgn ko salahkan anak ko punca bawak masalah..ko tu yg bermasalah sampai nak cuci toilet pun tak tahu... patutla bini ko lari. eee geram aku..mau je aku lastik kepala ko bertubi2 sampai ko otak ko waras balik. sayanglah anak2 ko tu..ko ni tak tahu ke anak ko tu amanah tuhan untuk ko. dhala dioarg takde mak..ko plak wat gitu kat dioarg..apalah yang dioarg tahu? eeee geramnya aku dgn ko ni

nieh petikan yg saya copy dari utusan malaysia:

sila baca ye..


BUTTERWORTH 29 Dis. - Keprihatinan seorang jiran yang segera melaporkan kepada polis selepas mendengar tangisan kanak-kanak meminta makanan dari sebuah rumah di Taman Mawar, Jalan Raja Uda di sini berjaya menyelamatkan mereka daripada menjadi mangsa dera bapa sendiri.
Polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perai Utara (SPU) yang mendapat maklumat kejadian itu segera menyerbu rumah yang didiami oleh kanak-kanak bersama bapanya, seorang buruh berusia lingkungan 40-an.
Ketika ditemui, dua beradik terbabit iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun dan adik lelakinya berusia 2 tahun berada dalam keadaan letih dan lesu, dipercayai seharian tidak menjamah makanan.
Malah, lebih menyedihkan, terdapat kecederaan di kaki masing-masing dipercayai akibat dirantai dalam tempoh masa yang agak lama di dalam bilik air rumah kedai setingkat itu bagi menghalang mereka bergerak bebas.
Kedua-dua mereka yang dirantai dalam keadaan separuh bogel dipercayai diperlakukan sedemikian sejak sebulan lalu oleh bapa mereka setiap kali dia keluar bekerja.
Sementara itu, ibu kanak-kanak terbabit, seorang warga Thailand dikatakan telah menghilangkan diri sebaik berpisah dengan bapa mereka awal November lalu.
Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Zulkifli Alias ketika ditemui berkata, dua beradik itu dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk menerima rawatan dan kini berada di bawah jagaan JKM SPU.
Menurut beliau, bapanya ditahan sebaik pulang ke rumah kira-kira pukul 8.45 malam dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak.

Tuesday, December 27, 2011

Nuffnang kasik lima posen.. :P

Thanks to nuffnang..baru jek register dah dpt lima posen..hehehe boley beli apa yek? gula2 choclaire yg sebijik seposen.. dapatla lima bijik..mami sebiji, ayah sebiji, adam, amir and amar sorang sebiji. aryan kecik lagi mmg tak boleh mkn gula2 pun..heeee



Penghujung tahun 2011

Waa.. sekejap je pejam celik dah nak masuk thn 2012. Anak2 pun dah makin membesar bagai johan. Abang Adam dah nak masuk 4 thn, 4 january ni kembar dah masuk 2 thn dan aryan masuk 5 bulan. ho yea!!

cepatla besar anak2 ku. Mami tak sabar nak relax ni. Bermula hujung minggu lepas, saya dah train anak2 untuk tidur sendiri. mula2 kembar tidur dgn En Hubby dan saya tidur di bilik lain dgn Adam dan my little pumpkin, Aryan. Malam semalam Adam nak tidur dgn adik kembarnya. so bila tiba tgh mlm, diaorg dah nyenyak tidur, si ayah lari tidur di bilik mami...heheheh tapi bertemankan orang ketiga, Aryanla sapa lagi...huhuhu

Budak bertiga tu ok jek tidur sampai ke pagi. cuma sekali bangun nak susu plus amir nangis kejap sbb jatuh katil. so far so good. so starting malam ni bujang tiga org tu kena tidur di bilik sendiri...mudah2an malam ni pun dioarg ok.

Antara resolusi 2012 saya adalah nak potty train adam. Sampai skrg saya tak berjaya potty train budak kecik ni.Cakap pandai, berdebat pandai, bercerita itu ini pandai, tpai ckp nak kencing and berak tak pandai. sebenarnya saya tak bersungguh train dia sebelum ni sbb malas nak mengelap lantai/ carpet incase adam tak sempat ckp dia nak kencing/berak. huhuhu tahun ni kena ajar sbb dia dah nak masuk 4 thn. karang sampai masa nka hantar gi tadika dia still pakai diaper. malulah dia.

Semalam saya berbual kosong dgn en hubby, ada tiga surpriseuntuk hujung thn ni yakni:

1. Jumlah vitamin B en hubby (bonusle). tapi dah tahu dah dua hari lepas.( errr yang, approval paper nak beli GTab dah approved ke belum? your prompt action is highly appreciated)
2. Tender Kereta kastam - kalau En hubby dapat kereta tender tu sapa nak beli honda stream thn 2000 dgn harga yg sgt memikat hati?? sila angkat tangan! mudah2an adalah rezeki anak2..amin
3. Dividen ASB - hihihihi all about $$$ kaching!

thn 2012, cepatlah menjelma. saya tak sabar nak merealisasikan segala plan sy...so many exciting things to do dan skrg ni dah start warming up.