Sunday, October 30, 2011

Saya bukan Supermom

Sejak dua menjak ni saya sentiasa berada dalam keadaan keletihan... tambah pulak bila en hubby accident, terus kerja saya jadi double. segala tugas2 en hubby dirumah saya terpaksa uruskan..sebelum ni saya dan en hubby bermusyawarah dan bersetuju dengan tugas dan tanggungjawab yg ditetapkan;

saya a.k.a mami:
1. masak
2. mengemas
3. basuh baju/ sidai kain
4. lipat kain/kemas lemari
5. prepare baju anak2 untuk daycare
6. beli barang dapur 2 kali seminggu
7. buat stok susu aryan
8. mop lantai
9. basuh botol susu after feeding
10. sterilize botol
11. buang sampah
12. cuci toilet
13. kilatkan dapur
14. fully incharge jaga aryan (sbb dia masih bfeeed and takut dibuli abang2 nya)
15. seterika baju
pendek kata tugas bibik dirumah terpaksa saya uruskan sendiri..

en hubby a.k.a ayah:
1. mandikan anak2
2. bancuh susu anak
3. baby sit anak and layan segala keperluan dioarg
4. bawak anak jalan2 / main kat playground
5. tukar diaper anak2
6. driver keluarga
pendek kata apa saja urusan berkaitan anak2 en hubby yg uruskan

so bila en hubby tgh sakit skrg, saya kena buat sendiri semuanya...waaaaaaa!!!!!!!

saya sgt letih dan keadaan agak kucar kacir dirumah. appaun takdela sampai membawak ke tahap stress yg kronik sbb kekadang tu saya rasa enjoy jugak buat kerja rumah dgn anak2 yg menyibuk di keliling saya. bayangkan sekarang ni saya terpaksa kendong aryan dlm baby sling sambil menyapu sampah dan amar/amir dok keep merengek kat saya nak keropok/gula2/ mengadu dgn saya itu ini....

setiap hari saya berada dalam surviving mode. takpelah rumah tak teratur asal makan pakai anak dan suami masih dijaga sempurna. namapun ada naka kecik ramai..takde sapa nak ngutuk saya. heheheh

tapi skrg ni saya sdg sakit hati sbb company perabot yg janji nak hantar sofa yg saya order tu tka dpt hantar seperti yg dijanjikan sbb material yg saya mintak tu takde stok, kena order baru dan memerlukan lagi 2 minggu untuk siap. sakitnye hati!! yg ni mmg menaikkan tekanan darah saya. so kalau sapa2 berniat nak beli sofa brand casa italy dari kedai perabot bahagia. lupakan sajalah...walaupun salesman nye handsome macam pelakon korea tapi servis tak bagus.

oh ya, sejak en hubby sakit, saya rasa ukur lilit pinggang saya dah kurang satu inci..ahaks! sudah kurus rupanya saya sbb tak ada masa nak makan.

p/s: saya baru sedar yg telinga saya ada masalah pendengaran skrg ni..maybe sbb gegendang telinga saya bergetar non stop dirumah dek jeritan super hero saya.

Wednesday, October 26, 2011

Tulang bahunye patah





Ayah..ooo ayah... nape la bawak motor laju2.. mujurlah tuhan tetapkan umur abang masih panjang, kalau tak menangis tak berlagu isteri abang ni walaupun duit claim insurans byk.. (insurans?? duit byk??? hehehehe)


Hari selasa lepas my hubby kena langgar kereta masa dia tgh bawak motornye di highway nkve. Betis dgn siku terseret and terkopek kulit sbb kena tar jalan. tulang bahu pulak patah. gi hkl nurse cuci luka and jahit bahagian siku yg nampak tulang tu je... bahagian yg patah doktor tak buat apa2 tapi dia mention kalau patah mcm ni kena jumpa bomoh patah..ade ke doktor suh jumpa bomoh...mau aku lempang aje itu budak doktor.


Dengan perasaan tak puas hati, saya paksa hubby gi DEMC. apa kisah insurans kan ada..claim aje la. ingatkan tak perlu surgery, rupanya perlu sbb tulang tu terus patah dua dan positionnye dah terkeluar jauh dari landasan. mcm mana nak cantum sendiri kalau bahagian tu mmg dah langsung tak bercantum. heee geram saya dgn doktor HKL tu. mmg nak kena ajar ni, sy yg bukan doktor ni pun boleh nampak obvious sgt dekat x-ray film yg tulang tu tak mungkin bercantum sendiri..kalau suruh adam tengok pun mesti dia boleh explain kat doktor tu kenapa perlu buat surgery..huhuhu


kalau saya jadi professor masa dia belajar dulu, sah2 saya failkan dia bg markah F. geram tol.


Terus pegi bahagian admission, agree untuk terus undergo surgery and masuk ward walaupun insurance lom settle. dgn muka tak malunye mintak discount inform insurance limit rm10k je..ahahaha bolehke dapat discount 50% ek.. mcm jualan gudang pulak.


So hari selasa lepas maghrib terus Doktor ortopedik yg diberi nama Dr Mahmud (mcm watak doktor mahmud dlm citer p ramlee je) operate bahu hubby. doktor tu sgt friendly, wajah penuh wibawa sebagai seorang doktor pakar. masa kalut2 dan panik (kalut update kat facebook sebenonye), mana terpikir nak ambik gambo die. karang dia kata minat pulak kat dia. tak pasal2 jadi skandal, padahal nak story kat blog je..hehehe


Hari rabu patutnye plan nak celebrate birthday adam, tapi cancel..so saya cuma bawak adam, adik2 dia and tiga bb sitter adam ke papa john..mkn pizza jela. sodap la lagi best dari pizza hut..(sorry pizza hut..kalau nk saya puji kot blog ni, bglah kupon free). Ayah makan nasik sorang2 kat ward. sian ayah, tapi apa boleh buat, mami ni mmg selfish dalam bab makan, kira perut sendiri je.

Hari ni insyaAllah boleh discaj dari ward. harap2 keluar before lunch hour sbb saya nak mkn ikan bakar dfend di kelana jaya. tempat favourite lunch saya dan hubby. ambik kesempatan nak dating sbb anak kat day care. sungguh gediks...patutla ramai anak..

Nilah rupa pesakit. budak busuk ni sudah tiga hari tak mandi, dia pakai baju so tak nampak bahagian cedera. alhamdulillah dia ok.. boleh bebel2 and ngurat cik nurse kira ok lah kan.. hehehe


Friday, October 21, 2011

House project lagi

Esok Sabtu. yea! tak sabar nak balik rumah. minggu ni tak ada aktivity menarik melainkan nak buat aktiviti berikut:







1. filing untuk all bills, receipt, invoice etc.



2. Tagging and restore all cooking stuff in an more appropriate container. heheheh



3. cuci toilet - ayak..tebal daki kat dinding



4. vacuum carpet







hari ni saya bershopping lagi. dan saya beli ini..tadaa!





beli 3 seater sofa and the price is very costly for me yg tak berduit. bertahun berangan baru dpt. tapi kena mix and match dengan 1+1 wingchair yg rega below than 1k otherwise terlebih bajet.


just came back from training course finance for non finance personnel. so i know how to do budget planning. ahahhaha




Wednesday, October 19, 2011

Tips for working mommy - balancing work and family life

hye..I found 1 article from 1 booklet in my surau- BALANCING WORK AND FAMILY LIFE. Jom menelaah!

The key to balancing work and family lies in your ability to manage fatigue, stress and family life


1. Manage your stress

You experience more stress when you become parents. mastering this phase of life requires you to deal with stress effectively. You need to improve skills as both an individual and as a couple.


2. Improve the way you cope as an individual


  • Take care of your self by eating a balanced diet and having enough rest and exercise

  • maintain friendships with other adults and share your worries with those whom you trust

  • Constantly give yourself positive messages and do not make comparisons

3. Improve the way you cope as a couple


  • Support each other's individual as well as joint parenting efforts

  • Be aware of your spouse's signs of stress and find ways to help him or her to relive them

4. managing your familiy life

Make your family a priority


  • Make the most of family time. Plan special family events. Do not waste your weekends on housework. Head to the park, beach or visit places of interest, instead.

  • Trade at least one individual activity for a family activity. For instance, replace golf with family walks in the parks

  • Bring home instead working overtime at the office. You're at least accessible to your baby when you work from home. Try to avoid working late at the office.

Avoid the 'superparent' syndrome


  • There's no such thing as a perfect parent, trying to be a 'supermom' by pushing yourself on all fronts will affect your health

Re-examine your standards for housekeeping


  • Make list and prioritise the task to be accomplished

  • Simplify tasks whenever possible

  • Combine the errand into one trip

coretan perasaan kini: tgh rindu my little Aryan + ngantuk + nak shopping kasut keje!!!!

anak2 saya








Thursday, October 13, 2011

Food supplement & house project

Nak meningkatkan taraf kesihatan anda? ambillah kapsul virgin Coconut Oil.. ehehe mcm iklan promosi ubat pula. Saya baru je dapat VCO ni dari seorang kawan. katanya boleh mencantikkan kulit, mengurangkan kolestrol dlm darah dan menambahkan production susu. insyaAllah. saya baru ambil satu kapsul pagi ni dan akan ambil lagi malam ni (duit lom pun bayo lagi). harap2 kulit cantiklah ye lepas ni. gebu je..geram hubby i nengok. hihihihi. jgn tambah anak lagi pasni sudahlah ye.





weekend ni ada tetamu nak datang.. cik Monaliza. bakal adik iparku yang akan mengajar ku memakai tudung ala2 hana tajima. nanti saya upload gambar saya bertudung style hana tajima tu ye. pastu bolehla panggil saya Sara Tajima..ekekeke




ada satu mission saya untuk weekend ni. Projek nak isi frame gambar dgn gambar anak2 bujang saya. saya teringin nak deko rumah and be well organized dgn cara Ms Jenn from Iheart Organizing. wow, harap2 dapat menjadi ibu dan isteri yg sempurna dimata suami dan anak2. cantik, slim, pandai masak, pandai urus rumah tangga wakakaka mesti korang muntah hijau kalau tengok diriku yg sebenar. tapi takpelah...saya mmg act mcm ada high self esteem. perasan tak sudah! huhuhu




Eh rupa paras tak penting, yg penting akhlak dan level saya di sisi Allah Taala.






Ni pic yg saya captured untuk aktiviti deko2 hujung minggu ni..ala taruk je dlm frame habis cerita. antara aktiviti lain adalah nka kemas almari baju saya (sgt bersepah okey) dan organize pantry. koleksi barang2 bakeri bersepah2...ada yg tak pakai lagi. hmm bolehkot ahad ni bakar kek lagi untuk balut dgn chocolate ganache. kali ni nak wat dua layer and taruk cream in between cake. wala!! mcm cake boss dlm AFC channel tu pulak. padahal baru nak belajar. esok beli whipping cream. kalau berhasil saya post kat blog ni ye.